Gejala-gejala Sosial Yang Membinasakan Bangsa
>> Saturday, December 22, 2012
Kita tentu sedar telah berlaku berbagai-bagai perubahan dalam masyarakat
kita dari masa ke masa, dari sejak dahulu hingga sekarang. Segala perubahan
yang berlaku dalam masyarakat itu, adalah sejajar dengan arus pembangunan yang
berlaku dalam negara dari sejak merdeka hingga sekarang.
Tidaklah dapat dinafikan, bahawa Malaysia mengalami proses pembangunan yang
amat pesat dalam berbagai-bagai bidang, baik dari segi ekonomi dan teknologi
yang sudah pasti menimpakan kesan-kesan yang besar terhadap masyarakat yang
merangkumi bidang yang amat luas pula, seperti dalam bidang perbandaran,
penghijrahan, perubahan sikap dan nilai-niai hidup anggota-anggota masyarakat.
Tapi memang tidak boleh dielakkan bahawa segala perubahan masyarakat itu berlaku kerana
terpengaruh oleh berbagai-bagai perubahan dan pembangunan kebendaan yang
berlaku dalam negara itu.
Senario perubahan ini amat pesat berlaku dalam ruang-lingkup kemajuan perbandaran atau perkotaan. Selepas merdeka,
bilangan penduduk bandar atau kota telah meningkat dengan pesat dari masa ke
semasa.
Perangkaan menunjukkan bahawa daripada tahun 1970 hingga tahun 1987 penduduk
bandar telah meningkat sebanyak 32.0 peratus, dan terus meningkat lagi kepada
60.8 pepratus pada tahun 2003.
Peningkatan penduduk bandar ini berlaku kerana penghijrahan penduduk luar
bandar ke bandar sepanjang masa tersebut.
Penghijrahan itu berlaku kerana sebab-sebab ekonomi, iaitu untuk mencari peluang
pekerjaan yang tidak wujud di luar bandar. Kebanyakan pekerjaan itu banyak
terdapat dalam bidang perkilangan dan perindustrian yang kian meningkat dari
masa ke masa di mana bandar-bandar adalah menjadi nadinya kerana terdapat
berbagai-bagai kemudahan yang disediakan di sana.
Kebanyakan penghijrahan ke bandar itu berlaku di kalangan anak-anak muda luar bandar yang berada dalam lingkungan usia 15 hingga 34 tahun. Di tinjau dari satu segi penghijrahan itu memang berguna dari segi ekonomi dan sosial rakyat dan negara Malaysia. Namun begitu, kegunaan itu tidak dapat memberi sumbangan yang wajar kepada kesjahteraan hidup keruhanian manusia yang merupakan unsur yang tidak selalunya mendapat perhatian yang saksama.
Sementara itu, perkembangan-perkembangan media elektronik dan media cetak yang begitu pantas telah mencetuskan berbagai-bagai efek terhadap pemikiran manusia, terutama kepada golongan kanak-kanak dan anak-anak muda remaja. Pengarauh-pengaruh yang ditimpakannya itu sering bertembung dengan nilai-nilai tradisional dan juga nilai-nilai agama yang suci, kerana elemn-elemen yang dibawa dan dikembangkannya bukan sahaja murni dan mulia, malah sebaliknya lebih banyak mengecewakan hati nurani manusia.
Akibatnya sebagaimana yang kita lihat berbagai-bagai gejala buruk telah menimpa batu gemala anak-anak bangsa kita, baik secara langsung ataupun tidak langsung. Perkara yang tidak diingini ini berlaku kerana rapuhnya keruhanian kita dalam menempuh berbagai-bagai gelumbang cabaran yang dilonjakkan oleh berbagai-bagai kemajuan yang begitu pesat berkembang dalam semua bidng kehidupan.
Gejala-gejala buruk yang begitu ketara telah berlaku dalam gerak nadi masyarakat kita antaranya ialah penyalahgunaan dadah, penagihan alkohol, aneka jenis jenayah, seperti rasuah, rompak, samun, ragut, rogol, buang bayi, wabak perzinaan atau seks bebas, problem displin dan ponteng sekolah yang kian meningkat, dan berbagai-bagai perkara makar lagi yang kian pesat berkembang dalam masyarakat kita, termasuklah gangguan psikologi yang kian meninggi dari masa ke masa.
Dari segi keruhaniannya segala perubahan-perubahan dan kemajuan itu telah mengusik dan menggoda jiwa para insan, terutama unsur-unsur negatifnya yang akan memimpin mereka ke arah kehancuran, sedangkan mereka tidak mempunyai benteng keruhanian yang utuh untuk mengahadapi aneka cabaran hidup yang melanda, terutama dari segi kebendaan yang akan melorong manusia ke arah kemusnahan sebagaimana telah lama berlaku secara berleluasa dalam masyarakat barat. Semua perubahan yang berlaku, mahu tidak mahu, telah menimpakan kesan-kesan terhadap jiwa manusia, baik dengan kadar yang sedikit ataupun dengan kadar yang banyak, termasuk dari segi kesihatan yang biasanya mempegaruhi hayat manusia yang terlibat.
Keresahan jiwa dan tekanan perasaan akibat himpitan hidup boleh mempengaruhi kesihatan manusia, seperti boleh mengakibatkan berbagai-bagai jenis penyakit, seperti penyakit darah tinggi dan penyakit jantung. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia [WHO] negara kita Malaysia pun tidak terlepas daripada gejala-gejala penyakit tersebut.
Di negara kita Malaysia, kadar kematian kerana penyakit darah tinggi dan penyakit jantung [cardiovascular], kian meninggi dari masa ke masa. Pada tahun 1980 kadar kematian di Malaysia kerana penyakit darah tinggi ialah 26.6 bagi setiap 100,000 orang penduduk, tapi pada tahun 1989 kadar kematian itu telah meningkat kepada 37.3 dalam 100,000 orang penduduk.
Kecelaruan jiwa manusia akibat tekanan hidup menimpa setiap peringkat usia masyarakat dan juga setiap peringkat taraf hidup mereka. Ia menimpakan kesan ke atas kanak-kanak sekolah, anak-anak muda remaja, orang-orang dewasa dan juga orang-orang tua, lelaki dan wanita. Perkara ini berlaku kerana beberapa faktur, seperti berpunca daripada tekanan kerja, tekanan pendidikan, tekanan ekonomi, tekanan di rumah tangga dan sebagainya. Tindak balas mangsa itu pula berbeza antara seorang personal dengan seorang personal yang lain dalam masyarakat.
Akhirnya kerana dipengaruhi oleh berbagai-bagai faktur lagi, telah menyebabkan salah satu institusi yang penting dalam masyarakat, iaitu institusi kekelurgaan menjadi ranap, punah dan runtuh ditelan perubahan dan masa yang berlalu. Keruntuhan institusi kekeluargaan ini telah berjaya menimpakan kesan-kesan yang buruk ke atas masyarakat, seperti meningkatnya gejala ponteng sekolah, pengamalan seks bebas atau perzinaan, melepak, merompak, membunuh, samun bersenjata dan tidak bersenjata, merogol, pelacuran, vandalisme dan sebagainya. Semuanya itu memerlukan perhatian yang serius supaya ianya tidak menjadi barah yang lebih parah dan memusnahkan bangsa dan negara.
Segala kemajuan dan perubahan-perubahan yang berlaku ini melibatkan seluruh
masyarakat, termasuk umat Islam samada mereka sedari atau tidak sedari, samada
mereka mahu atau tidak mahu. Arus pembangunan yang bergerak laju itu, akan
meliputi, malah telah pun menenggelamkan sebahagian daripada mereka yang alpa
tidak awas dan waspada, dan tidak mempunyai kelengkapan-kelengkapan diri yang
perlu untuk menjadi benteng kebal yang diperlukan untuk menghadapi dunia yang
kian mencabar ini.
Keadaan ini telah menimpakan krisis nilai terhadap masyarakat, khususnya masyarakat Islam. di mana ia telah menjelma dalam berbagai-bagai gejala buruk di kalangan rakyat Malaysia sejak kebelakangan ini. Krisis ini telah berjaya menghapuskan nilai-nilai murni dalam masyarakat.
Keadaan menjadi tambah buruk dengan adanya faktur-faktur yang berikut:
-Pengaruh budaya luar, khususnya budaya kuning yang buruk yang merosakkan budaya murni yang telah sedia ada dalam masyarakat, yang boleh menyebabkan keruntuhan masyarakat itu sendiri.
-Merosotnya pemupukan niai-nilai murni dalam masyarakat, khususnya dalam sistem kekeluargaan yang menjadi asas kepada pembentukan masyarakat.
-Merosotnya pemupukan nilai-nilai moral atau agama dalam masyarakat, tegasnya keluarga yang menjadi tunjang masyarakat.
-Fungsi kekeluargaan yang penting itu telah terhakis dengan teruknya, malah tidak berperanan lagi, telah menjadi makhluk yang hampir lumpuh. Justeru itu generasi-generasi muda dalam keluarga, tidak lagi tumbuh dan berkembang dengan sewajarnya, malah tumbuh dengan meliar di kelilingi oleh parasit-parasit lalang, semak dan hamun yang boleh membinasakan.
Andainya ketua-ketua keluarga tidak tegak dalam keimanan, maka anak-anak buah mereka, generasi-generasi yang akan mewarisi mereka, sukar untuk menjadi anak Muslim yang tulen, malah mungkin menjadi lebih buruk lagi, sebagai anak-anak jin dan syaitan. Kata orang, bagaimana acuan begitulah kuehnya, malah kadang-kadang kueh lebih buruk daripada acuan-acuannya.
Bukan lagi perkara pelik pada hari ini, kalau kita mendengar ada anak-anak yang tidak menghormati ibu bapa mereka, malah terdapat kes-kes di mana anak-anak memukul dan membaham ibu bapa mereka, menghalau ibu bapa mereka, meninggalkan ibu bapa mereka, malah ada yang sanggup menguggut dan membunuh ibu bapa mereka kerana enggan memberi RM 10 untuk mereka berjoli membeli dadah yag terkutuk itu.
Mengikut kajian, anak-anak muda Melayu, yang pastinya beragama Islam, adalah merupakan sebahagian besar daripada rakyat Malaysia yang terlibat dalam gejala-gejalan sosial yang buruk di negara kita.
Sebahagian besar daripada penagih-penagih dadah yang menghuni di pusat-pusat serenti di seluruh negara, adalah Melayu, iaitu sebanyak 80 peratus. Hampir seluruh mereka yang terlibat dengan kerja-kerja bohsia dan bohjan adalah terdiri dripada anak-anak Melayu; seluruh Mat Rempit yang berlagak gila di jalan-jalan raya adalah anak-anak Melayu, sebahagian besar daripada orang-oang yang fasik menentang agama mereka sendiri adalah anak-anak Melayu, dan sebahagian orang-orang Melayu sejak kebelakangan ini yang hidup seperti suami isteri tanpa nikah hingga melahirkan anak-anak haram. Dan sebahagian besar daripada mereka yang melempar anak-anak mereka adalah Melayu
Akibat merostonya fungsi kekeluargaan itu, maka fungsi kejiranan juga menjadi merundum. Sedangkan fungsi kejiranan itu sepatutnya terus hidup segar dan berkembang walau pun di bumi mana manusia berpijak. Kerana itu walau pun rumah kediaman mereka, sebelah menyebelah, rumah pangsa sekali pun, ada kemungkinan besar, mereka tidak kenal mengenali antara satu sama lain.
Justeru itu tidak ada siapa yang bersedia menegur anak-anak jiran mereka yang membuat kemungkaran di hadapan mata mereka sekali pun. Kerana dengan berbuat demikian mereka terpaksa bersedia menerima risiko dimarahi dan didendami oleh anak-anak jiran itu ataupun dicela oleh ayah anak-anak itu yang menganggap perkara itu sebagai fitnah semata, dan usaha untuk menjaga tepi kain orang lain. Kalau sekadar dimarah dan dicela sahaja, tidaklah merisaukan sangat, tapi bagaimana kalau diikuti dengan tindakan agresif, kekerasaan fizikal. Dengan itu lebih selamat untuk tidak “menajaga tepi kain oang lain” dan besikap “ada mata lihat, ada telinga dengar”, daripada membuka mulut.
Ledakan informasi dalam teknologi informasi dsn komunikasi [ICT] yang melampau-lampau, mendedahkan mereka kepada aneka unsur negatif yang tidak sihat dan ke arah kerja-kerja bejat dan durjana.
Perkara ini berlaku kerana beberapa faktur:
-Kebiasaannya anak-anak muda remaja gemar mencuba sesuatu yang dianggap “dewasa” dan kebiasaannya kecenderungan itu menyebabkan mereka menyempang daripada landasan moral yang sebenarnya.
-Kebanyakan golongan remaja hari ini tidak mempunyai kepimpinan atau panduan yang betul untuk membantu mereka menempuhi zaman remaja mereka yang penuh dengan aneka cabaran.
-Penganjuran hiburan yang terlampau tanpa mengira
halal dan haram, dan progremnya tidak berlandaskan ajaran Islam dan akhlak yang mulia, malah bercanggah dengan nilai-nilai agama.
Progrem ini tetap diteruskan juga walaupun mendapat tentangan daripada alim
ulamak, demi kepentingan poket penganjurnya. Justeru dalam progrem-progrem
seperti ini, percampuran bebas antara lelaki dan prempuan, pendedahan aurat,
pengelibatan arak dan penyalahgunaan dadah, berkelakuan tidak bermoral dan
sebagainya tidak diambil kira selagi ia boleh memberi pegnhasilan yang melimpahi
kantung.
Sebagai pengganti penghakisan nilai-nilai murn itu telah timbul nilai-nalai baru yang kacau-lembang dan budaya-budaya biadab dalam masyarakat, seperti sikap kurang ajar atau tidak sopan, gelujuh, rakus, biadab, kejam, ganas, menipu, rasuah, terlalu mementingkan diri sendiri, pergaulan bebas, hidup bersama tanpa nekah, maksiat perjudian, minum arak, salahguna dadah, makan riba dan sebagainya berleluasa dalam masyarakat, sebagaimana berlaku dalam masyarakat barat.
Akibat terpengaruh dengan gejala-gejala dan budaya-budaya yang tidak sihat dan buruk itu, segala sifat mulia dalam masyarakat telah berangsur-angsur terhakis, seperti sikap menghormati orang-orang tua, ibu bapa, kasih sayang terhadap keluarga dan jiran tetangga, berbudi bahasa, bersopan santun, menghormati peraturan dan undang-undang dan sebagainya dari sifat-sifat yang mulia dan positif telah pupus, dan ini mencetuskan kebimbangan kepada anggota-anggota masyarakat yang berfikir.
Malah masyarakat kita telah berubah menjadi masyarakat materialistik yang berlebihan, atau bersemangat keakuan yang melampau-lampau yang menyebabkan terpinggirnya amalan murni yang selama ini menjadi tunjang masyrakat kita.
Justeru itu, penghakisan nilai murni dalam umat Islam Melayu itu telah menjadi krisis besar yang telah menimbulkan kesan yang buruk dan amat membimbangkan. Penghakisan niali-nilai murni masyarakat ini telah menghilangkan peluang-peluang dalam masyarakat kita untuk mencapai kedudukan yang baik dalam bidang pendidikan, ekonomi dan sosio. Harapan telah menjadi musnah dengan timbulnya dan berleluasanya berbagai-bagai gejala dan isu buruk yang membinasakan masyarakat itu sendiri.
Lebih malang lagi, ia bukan sahaja merangkul generasi muda, malah juga golongan dewasa dan golongan tua yang menjadi mabuk digoncang oleh gelumbang-gelumbang krisis nilai yang menggila dan menjahnamkan mereka semua. Kerana pengelibatan mereka, menyebabkan keadaan masyarakat menjadi lebih teruk, lebih tidak bermoral, lebih kelam kabut dan kucar-kacir dan lebih cepat meluncur ke arah kemusnahan. Akibat kehiilangan nilai murni ini, golongan dewasa juga banyak melakukan jenayah-jenayah berat yang amat mengaibkan, seperti merogol, termasuk merogol daging darah sendiri, sumbang mahram sampai beranak pinak, yang mencetuskan problam lain dan tersendiri pula dalam masyarakat yang telah sakit ini.
Keadaan menjadi bertambah parah, kerana kita orang-orang Islam Melayu, tidak berjaya menggunakan kuasa politik secara bijaksana dan tegas sejak tahun 1955 lagi. Selepas Perdana Menteri Tun Abdul Razak meninggal dunia, nampaknya kita tidak begitu agresif lagi untuk membangun perekonomian dan pendidikan bangsa. Keadaan menjadi bertambah buruk, kerana kegagalan kita untuk menjelaskan kepada orang-orang bukan Melayu di negara ini bahawa Dasar Ekonomi Baru [DEB]yang diwujudkan itu bukan bertujuan untuk merampas segala hak orang bukan Melayu, tapi bersifat perkongsian bersama sebagai warga Malaysia yang cintakan perdamaian, kerharmonian dan keamanan.
Di samping itu pula, golongan-golongan atasan Melayu yang berkuasa gagal untuk memberi DEB bermanfaat kepada seluruh orang-orang Melayu yang menyebabkan problem orang Melayu menjadi bertambah buruk. Orang-orang Melayu yang berkebolehan tidak memperolehi peluang yang sewajarnya, kerana golongan yang berkuasa itu lebih mementingkan kaum kerabat dan puak-puak sendiri yang dikenali dengan panggilan kroni. Itulah sebabnya kenapa biasanya tender-tender projek besar dikeluarkan menerusi tender tertutup atau tender runding yang nilainya biasanya menyebabkan kerugian yang bukan sedikit pula menimpa ekonomi negara.
Salah satu sebabnya perkara yang tidak wajar ini berlaku, kerana mereka yang memegang tampuk kekuasaan itu tidak mempunyai semangat keIslaman yang kental, kerana itu mereka lebih mementingkan nilai-nilai kebendaan, wang dan ringgit daripada kepentingan agama, bangsa dan negara. Justeru itu ramai dari kita sanggup menggadai bangsa dan agama kerana memburu kepentingan diri peribadi atau puak juak sendiri. Dengan itu kita menjadi lupa bahawa agama Islam adalah teras kepda bangsa kita.
Di samping itu, kita orang-orang Melayu tidak bersatu padu dalam menghadapi problem yang menimpa bangsa dan agama kita, malah sebaliknya kita lebih cenderung memiih jalan untuk bertelagah dan berperang sesama sendiri demi kepentingan diri dan puak-juak sendiri dalam usaha untuk membuncitkan perut dan menimbunkan kekayaan. Ini berbeza dengan kaum-kaum lain yang menjadi rakyat negara ini, mereka saling bantu membantu dan lengkap melengkapi antara satu sama lain walau pun mereka mungkin berbeza dalam fahaman dan politik mereka.
Dan yang tidak kurang juga pentingnya ialah kerana kita menjadi pak turut, mengikuti model-model yang ditinggalkan oleh Barat dalam berbagai-bagai bidang kehidupan kita yang telah membawa bencana kepada kita. Model-model ini memang direncana oleh penjajah pada masa itu ketika mereka memperkenalkan model tersebut, khususnya untuk memecahbelahkan umat Islam, walau pun mereka telah lama pergi meninggalkan negara ini, baik secara sukarela atau terpaksa kerana menyahut tuntuan anak-anak peribumi yang inginkan kemerdekaan.
Semuanya ini dapat diatasi dengan kembali kepada peribadi sendiri, kembali kepada agama Islam yang selama ini menjadi tunjang bangsa kita, Islam dalam ruang lingkup yang lebih luas mencakupi semua bidang kehidupan untuk menjamin kebahagian hidup umat manusia di dunia dan di akhirat. Kita mesti meletakkan Islam dalam semua bidang kehidupan, baik pendidikan, ekonomi dan politik dan sebagainya, kalau kita ingin maju dan berkembang sebagai umat Islam dalam skop yang lebih luas bukan hanya terbatas kepada kaum dan bangsa.
0 comments:
Post a Comment