ANCAMAN-ANCAMAN BENCANA SEKS BEBAS
>> Thursday, December 13, 2012
Tindakan pihak berkuasa negeri Kelantan menahan pasangan yang
berkelakuan tidak sopan di khalayak ramai telah dikecam hebat oleh segelintir orang-orang
bukan Islam.
Mereka telah memperbesar-besarkan perkara itu dan mengaitkannya dengan Hukum
Hudud, sedangkan perkara itu tidak ada kena mengena dengan Hudud. Mereka hanya ditahan kerana berkelakuan
tidak senonoh di tempat awam.
Isu ini telah disensasikan begitu rupa untuk menimbulkan kebencian kepada
pihak berkuasa. Sedangkan semua pihak berkuasa tempatan di negara kita
dilengkapkan dengan kuasa tersebut, dan hanya tergantung kepada mereka hendak bertindak
atau tidak?
Tujuan mereka ialah untuk mencegah, menghalangi perkara yang lebih buruk dan
keji daripada berlaku dalam masyarakat, sebagaimana berlaku di sesetengah
negara maju di dunia ini.
Apakah standard
Moral Mereka?
Tapi tindakan sesetengah orang bukan Islam yang membesar-besarkan perkara
tersebut sebagai tindakan yang tidak wajar dan menzalami orang bukan Islam,
menimbulkan pertanyaani apakah ukuran moral mereka?
Apakah sukatan
moral mereka sudah merosot nilainya?
Apakah mereka sukakan bangsa mereka,
khususnya rakyat Malaysia, dengan kejatuhan moral di kalangan bangsa mereka, terutama
di kalangan muda mudinya?
Apakah orang-orang bukan Islam itu suka dengan kelahiran anak-anak haram di
kalangan kaum mereka akibat membuka pintu kebejatan moral yang seharusnya
ditutup tanpa mengira bangsa dan agama?
Adakah mereka sukakan kehidupan sumbang, tanpa nikah di kalangan bangsa
mereka berkembang pesat?
n sebagainy
Adakah mereka menganggap perbuatan sumbang, khususnya di kalangan muda mudinya
suatu perbuatan yang mulia?
Adakah mereka berpendapat perzinaan atau hubungan seks bebas di luar nikah sebagai
suatu moral yang mulia dan tidak perlu dirisaukan.
Adakah mereka tidak merasa apa-apa bila melihat perbuatan-perbuatan terkutuk
yang tidak berakhlak berlaku di hadapan mata mereka?-
Adakah mereka ingin membiarkan segala keburukan moral terus bermaharajalela
meroskakan bangsa mereka?
Sedangkan kebanyakan orang-orang bukan Islam pun menganut berbagai-bagai agama
juga, seperti Budha, Kristian dan sebagainya?
Kita tidak percaya agama-agama yang mereka terima itu membenarkan segala perbuatan-perbuatan sumbang yang tidak bermoral berlaku?
Sedangkan kemuliaan sesuatu bangsa adalah bergantung bukan sahaja kepada kemajuan ilmu pengetahuan
tapi juga kepada akhlak atau moralnya?
Banyak bangsa-bangsa yang hebat dari sejak dahulu telah hancur dan binasa
bukan kerana mereka tidak berilmu, tapi berpunca dari kejatuhan moral mereka.
Semua bangsa-bangsa yang bejat moralnya, yang tidak berakhlak, yang sombong
dan bongkak, yang berleluasa hidup dalam
kenistaan seks telah hancur
lebur, dan ada di antaranya sisa-sisa kemusnahannya masih boleh didapati sampai sekarang.
Kemusnahan Di Amerika
Negara-negara Eopah, termasuk Amerika Syarikat sedang mengharung kemusnahan akibat moral umatnya yang buruk?
Adakah rakyat Malaysia ingin meletakkan bangsa mereka diambang kemusnahan
dengan membiarkan kebejatan moral bermaharajalela?
Bayangkanlah bangsa Amerika, yang begitu maju, khsususnya muda mudinya
boleh bercumbu rayu di tempat awam, di tepi-tepi jalan, di pub-pub dan
sebagainya?
Malah mereka tergamak berzina di
tempat-tempat yang terbuka asalkan mereka suka sama suka, sebagaimana diamalkan oleh palajar-pelajar kampus dan
universiti mereka yang kemaruk seks?
Apakah rakyat Malaysia yang bukan Islam atau Islam di Malaysia yang waras
rela dengan pandangan seumpama itu berlaku di negara kita Malaysia?
Akibat kebebasan seks yang tidak terkawal itulah berbagai-bagai akibat
buruk telah menimpa muda-mudinya yang menjadi beban bukan sahaja kepada
keluarga mereka, tapi juga negaranya.
Cubalah bayangkaan, kira-kira 1 juta atau lebih, gadis-gadis remaja di
Amerika mengandung setiap tahun, iaitu dengan kadar 3,000 orang setiap hari.
Sebahagian daripada mereka, iaitu 80 peratus adalah mengandung anak di luar
nikah atau berzina.
Daripada 1 juta anak gadis yang mengandung itu, kira-kira 500,000 orang
membuat keputusan untuk memiliki bayi yang mereka kandung, baik anak halal
hasil daripada perkahwinan yang sah atau anak yang tidak sah hasil daripada
perzinaan.
Di samping itu seramai 450,000 orang daripadai mereka pula telah
menguggurkan kandungan mereka atau pun dalam kata-kata lainnya membunuh bayi
yang mereka kandung itu sebelum sempat dilahirkan.
Seramai 100,000 orang lagi telah membuat keputusan untuk menyerah dan
memberikan anak haram mereka itu sebagai anak angkat kepada mana-mana pehak.
Kadar mengandung di luar nikah di kalangan
tentera laut wanita Amerika amatlah tinggi, iaitu seramai 54,000 orang, dan merupakan
sebanyak 40 peratus jika dibandingkan dengan 17 peratus mengandung di luar
nikah di kalangan penduduk umum Amerika Syarikat.
Bagaimana nasib anak-anak muda remaja yang mengandung tanpa nikah ini?
Sebanyak 50 peratus dari mereka belajar sampai tamat sekolah tinggi dan
lebih daripada 50 peratus bergantung kepada Kebajikan Masyarakat.
Mereka ini didapati menjadi pengkhianat kanak-kanak, dan anak-anak haram
yang mereka lahirkan itu pula setelah besar mengikuti contoh tauladan ibu-ibu bapa mereka, iaitu
mengandung anak luar nikah juga, di mana 82 peratus daripada mereka
mengandung ketika remaja.
Kerajaan Amerika terpaksa membelanja sebanyak 8.6 bilion dolar setiap tahun untuk kebajikan ibu muda yang
mengandung dalam alam remaja itu.
Penyakit Seks
Sebagaimana boleh diduga, membiaknya perzinaan atau hubungan seks di luar
nikah boleh menimpakan kesan yang buruk dari segi kesihatan.
Menurut kajian pada tahun 1985 sahaja di Amerika, terdapat berjuta-juta
rakyatnya menderita berbagai-bagai jenis penyakit yang
berhubung dengan seks, seperti penyakit kencing
nanah,siplis dan sebagainya.
Seiring dengan itu penyakit AIDS yang digeruni itu juga merebak. Seramai
200,000 pengidap AIDS telah dirawat di Amerika Syarikat sahaja, di mana separuh
daripada mereka telah meninggal dunia.
PENYAKIT AIDS
Penyakit AIDS ini berkembang dengan amat pentas di Amerika Syarikat, iaitu dengan kadar satu kes dalam setiap 14 minit
yang berlalu.
Sehingga kini dunia masih belum menemui ubat yang mujarab untuk merawat
AIDS.
Di samping itu sebilangan mereka yang lari dari rumah juga terus meningkat,
iaitu sehingga mencapai angka satu juta orang menambahkan lagi problem kepada bangsa
negara itu.
Problem ini amat menakutkan orang-orang yang beragama dan berakhlak, khususnya
orang-orang Islam yang beriman, sedangkan nampaknya masih belum ada peneylesaian yang
konkrit untuk mengatasinya, dan sekiranya penyelewengan itu terus juga berjalan
dengan rancaknya, tidaklah takjub jika pada satu masa nanti negara yang kuasa besar,
seperti Amerika Syarikat itu akan musnah dan lebur seperti negara-negara masa
lalu telah hancur dan lesap dari muka bumi.
Apakah rakyat Malaysia rela begitu? Saya tidak fikir mereka yang waras
bersedia untuk menerima risiko seperti itu dengan membiarkan anak-anak muda
mereka rosak akhlaknya, sedangkan mereka adalah waris penyambung generasi yang
akan datang?
Sekian sekadar menungan bersama.
0 comments:
Post a Comment