Rahsia Batu-batu Dan Airnya
>> Sunday, December 2, 2012
Setiap kita mesti biasa dan
mengenali batu-batu. Ada beraneka jenis batu dan berbagai-bagai jenis rupa batu di
dunia ini. Ada batu yang besar, sebesar bukit atau sebesar gunung, sebaliknya
ada pula batu-batu kecil, seperti biji pasir atau debu-debu kerana terlalu amat
kecilnya, maka namanya pun berubah menjadi debu-debu atau habuk-habuk batu.
Batu-batu itu pula mempunyai
berbagai-bagai warna, dan banyak yang kita ketahui berwarna hitam, gelap,
merah, putih, kelabu, kuning dan sebagainya.
Ada berbagai-bagai lokasi
batu-batu itu ditemui di serata tempat di seluruh dunia, seperti dibukit dan di
gunung, di dalam sungai, di dalam laut, di dalam perut bumi, di padang pasir,
dan sebagainya.
Batu-batu itu juga mempunyai
berbagai-bagai kegunaan kepada manusia , seperti dijadikan bahan asas untuk
membina bangunan-bangunan,
jambatan-jambatan, membina jalan-jalan raya dan sebagainya dalam bidang pembangunan.
Pada masa-masa yang lalu,
batu-batu ini juga digunakan sebagai senjata dalam peperangan, untuk membaling
atau melastik musuh-musuh.
Baginda Rasulullah s.a.w. telah tercedera terkena balingan batu oleh musuh dalam Perang Uhud yang menyebabkan Baginda s.a.w. luka.
Di samping ada lagi berbagai-bagai kegunaan batu yang beraneka jenis dan warna itu.
Batu Sebagai Ubat
Dari sejak dahulu telah diketahui batu-batu telah digunakan sebagai ubat untuk merawat berbagai-bagai jenis penaykit yang menimpa makhluk manusia, terutama di masa-masa yang lalu d mana ilmu perubatan masih belum berkembang maju seperti hari in.
Dalam hal ini, batu-batu seperti juga dengan berbagai-bagai jenis benda lain, dipercayai dapat memberi manfaat secara langsung kepada mereka yang menggunakannya.
Menurut para ahlinya, kegunaan batu-batu itu dari segi perubatan adalah tergantung kepada warna batu dan warna air batu itu yang keluar bila dicanai atau diasah.
Di sini saya paparkan sebahagian kecil daripada kegunaannya sebagaimana diketahui untuk perhatian anda sekaliannya daripada bahan-bahan yang telah saya kutip dan kumpulkan, terutama daripada tulisan Muhammad bin Abdullah.
Sebelum itu patutlah diingatkan bahawa air sesebuah batu itu bila diasah atau dicanai tidaklah mesti sama dengan warna batu yang asalnya sebelum diasah, umpamanya batu yang berwarna putih, tidak semestinya mengeluarkan air asahan yang berwarna putih juga. Demikianlah dengan lain-lain batu.
A] Batu Warna Putih
Batu warna putih jika diasah akan mengeluarkan berbagai-bagai jenis warna yang berbeza-beza dan dipercayai mempunyai khasiat yang berbeza-beza pula. Antaranya:
a] Jika air asahannya yang keluar berwarna putih juga menunjukkan batu itu tidak mempunyai nilai atau apa-apa guna pun.
b] Jika air asahannya yang keluar berwarna kuning.
Orang yang mengguna batu ini dipercayai boleh mengetahui perkara-perkara yang ghaib. Justeru itu, jika dia bercakap mengenai perkara yang ghaib atau perkara-perkara yang akan datang yang masih belum berlaku biasanya kebanyakannya adalah benar.
c] Jika air asahannya yang keluar berwarna merah.
Orang yang mengguna batu ini, jika dia melakukan sesuatu, biasanya pekerjaannya itu akan menjadi lebih baik daripada apa yang diharap-harapkannya.
d] Jika air asahannya yang keluar berwarna kelabu.
Orang yang mengguna batu ini, biasanya mudah mendapat pertolongan orang lain. Justeru itu jika dia meminta tolong kepada seseorang, biasanya orang itu akan memberi pertolongan yang diperlukannya itu.
e] Jika air asahannya yang keluar berwarna hijau.
Jika batu ini digantung di dalam sesebuah ladang atau kebun, atau di gantung pada tanaman-tanaman atau pokok, insya-Allah kebun atau pokok-pokok itu akan terselamat daripada ancaman atau bahaya, seperti selamat daripada serangan musuh-musuh tanaman dan sebagainya.
f] Jika air asahannya yang keluar berwarna hiam.
Batu ini dipercyai mempunyai khasiat yang besar sebagai penawar kepada segala jenis racun. Caranya ialah batu itu hendaklah diasah dan air asahannya itu hendaklah diberi minum kepada orang termakan racun itu.
B] Batu Merah
a] Jika air asahannya yang keluar berwarna putih.
Orang yang mengguna batu ini biasanya segala usaha yang dilakukanya menjadi mudah untuk mendapat hasilnya.
b] Jika air asahannya yang keluar berwarna hitam.
Orang yang mengguna batu ini biasanya akan berjaya mendapat segala apa yang menjadi hasrat dan cita-citanya. Insya-Allah.
c] Jika air asahan yang keluar berwarna kelabu.
Orang yang mengguna batu ini biasanya dikasihi dan disayangi oleh semua orang.
d] Jika air asahan yang keluar berwarna kuning.
Orang yang mengguna batu ini biasanya akan dikasihi dan disayangi oleh semua orang.
e] Jika air asahannya yang keluar berwarna hijau.
Orang yang menggunanya batu ini biasanya terbabas atau terselamat daripada terkena senjata-senjata tajam dengan izin Allah Taala.
C] Batu Hijau
a] Jika air asahannya yang keluar berwarna putih.
Orang yang mengguna batu ini biasanya mempunyai peluang kehidupan yang cerah dan diberkati. Insya-Allah.
b] Jika air asahannya yang keluar berwarna hitam.
Orang mengguna batu ini biasanya mempunyai peluang kehidupan yang baik dan diberkati. Insya-Allah.
c] Jika air asahan yang keluar berwarna kuning.
Orang yang mengguna batu ini biasanya mempunyai kebolehan untuk membuat ramuan ubat yang berekesan untuk menyembuhkan sesuatu penaykit. Insya-Allah.
d] Jika air asahannya berwarna merah.
Orang yang mengguna batu ini biasanya mempunyai pertalian atau perhubungan yang erat dengan orang-orang besar atau orang-orang kenamaan.
e] Jika air asaannya berwarna kelabu.
Orang yang mengguna batu ini, biasanya mempunyai kebolehan yang luar biasa untuk menyembuhkan orang sakit dengan doa atau jampi yang menyebut nama Allah. Insya-Allah.
D] Batu Hijau Bercampur Kuning
a] Jika air asahannya yang keluar berwarna putih.
Orang yang mengguna batu ini biasanya terhindar dari kesedihan dan kedukacitaan.
b] Jika air asahannya yang keluar berwarna hitam.
Orang yang mengguna batu ini biasanya tidak berjaya dalam segala usahanya.
c] Jika air asahannya yang keluar berwarna kuning.
Biasanya orang yang mengguna batu ini samalah ertinya menempah kesulitan atau kesusahan.
Adalah dipercayai jika batu seperti ini terdapat dalam sesebuah telaga atau perigi boleh menyebabkan telaga itu kekurangan mata air, sekali gus mengurangkan kadar air di dalam telaga tersebut.
d] Jika air asahanya yang keluar berwarna merah.
Biasanya orang mengguna batu ini tidak mempunyai kemahuan untuk melakukan kebajikan.
e] Jika air asahannya yang keluar berwarna hijau.
Orang yang mengguna batu ini, jika dia bertani atau berkebun, biasanya tanaman-tanamannya menjadi subur.
Dan jika dia memelihara binatang-binatang ternakan, seperti kambing, biasanya kambing-kambingnya menjadi biak.
f] Jika air asahanya yang keluar berwarna kelabu.
Batu ini jika dibuat celak mata dipercayai dapat menawan hati orang yang menjadi pujaannya. Ketika bercelak, baik dia lelaki atau perempuan, hendaklah memasang niat untuk mendapat cinta kasih orang yang dirinduinya itu.
E] Batu Hitam
a] Jika air asahannya yang keluar berwarna putih.
Adalah dipercayai batu ini dapat menawari racun yang merbahaya dengan cara batu itu diasah dan diberi minum kepada orang yang termakan racun itu.
b] Jika air asahannya yang keluar berwarna hitam.
Orang yang menggunanya batu ini biasanya dia mempunyai akal fikiran yang bijjaksana.
c] Jika air asahannya yang keluar berwarna hijau.
Orang yang mengguna batu ini biasanya terbabas atau terselamat daipada terkena racun. Insya-Allah.
F] Batu Kelabu
a] Jika air asahannya yang keluar berwarna putih.
Adalah dipercayai batu ini dapat mencetuskan rasa cinta dan kasih sayang, baik kepada orang lelaki atau pun perempuan. Caranya ialah menggunakan batu ini sebagai celak. Ketika memakai celak itu hendaklah diniatkan untuk menarik hati dan rasa cinta orang yang dirindui itu.
b] Jika air yang keluar itu berwarna hijau.
Orang yang mengguna batu ini sebagai celak, biasanya dipandang tinggi dan mulia oleh semua orang yang melihatnya.
c] Jika air asahan yang keluar itu warna hitam.
Orang yang bercelak dengan batu ini biasanya dipandang tinggi dan mulia oleh orang yang memandangnya.
c] Jika seorang isteri mmenggunakan batu ini sebagai celak, biasanya dia disayangi dan dikasihi oleh suaminya. Insya-Allah.
d] Jika air asahannya yang keluar berwarna kuning.
Orang yang mengguna batu ini biasanya mendapat kebaikan ke mana sahaja dia pergi.
e] Jika air asahannya yang keluar berwarna merah.
Orang yang mengguna batu ini biasanya memperolehi kebajikan ke mana sahaja dia pergi.
a] Jika air asahannya yang keluar berwarna putih.
Orang yang mengguna batu ini biasanya segala hajatnya kepada orang lain diperkenankan. Insya-Allah.
b] Jika air asahannya yang keluar berwarna hijau.
Orang mengguna batu ini biasanya segala hujah-hujahnya akan didengar orang dan dia akan berjaya dalam perdebatannya.
c] Jika air asahannya yang keluar berwarna hitam.
Orang mengguna batu ini biasanya disayangi daatk dikasihi oleh orang yang menjadi hasratnya. Orang itu akan terikat dengannya dan tidak mungkin berpisah lagi. Caranya ialah dengan jalan dia menyeru nama orang itu dipermulaan pertemuan mereka.
Patut diingatkan bahawa batu-batu itu tidaklah mempunyai kekuasaan menentukan sesuatu walau pun sedikit tanpa izin Allah. Ia hanya sebagai ikhtiar sebagaimana orang sakit memakan atau mengguna obat, dan obat itu walau bagaimana baik sekali pun tidak akan berkesan tanpa izin Allah.
Demikianlah. Wallahu’aklam.
0 comments:
Post a Comment