Cari Bahaya Di Jalan Raya
>> Friday, July 22, 2011
CARI BAHAYA DI JALAN RAYA
Panaroma Pertama
Pokok kelapa ini hampir benar menyembah jalan raya. Mengikut pengamatan kami pokok ini sudah lama benar dalam keadaan uzur untuk tumbang, dan kalau ia tumbang ada dua bencana yang mungkin menimpa.
Pertama kalau ia tumbang, ia akan menimpa talian elektrik yang terentang memanjang di bawahnya yang boleh mmenimpakan gangguan elektrik dan mungkin juga membahayakan kalau berlaku renjatan elektrik.
Kedua kalau pokok kelapa itu tumbang ia akan merintangi jalan, dan sudah tentu meghalang lalu lintas, dan mungkin juga akan menempah bencana, bila ada pemandu-pemandu yang tidak sempat memberhentikan kenderaannya dan terus melanggar pokok kelapa yang tumbang itu, terutama jika ia berlaku di waktu malam.
Memandangkan ancaman pokok kelapa itu kian meningkat, ada hamba Allah yang membuat sokong meletak sebatang kayu di batangnya, untuk menahanya daripada terus tersembam menyembah bumi melintas jalan.
Pokok kelapa condong ini terletak di Jalan Kg. Keling yang sebelah hujungnya keluar ke simpang Mulung-Kota Bharu-Kuala Krai, dan hujung sebelah lagi simpang Jalan menuju ke Pasir Puteh-Kota Bharu.
Kita harap janganlah selepas berlaku bencana yang tidak diingini barulah tindakan akan diambil. Kepada pihak yang berkenaan, bertindaklah sebelum terlambat.
Nyawa orang ramai perlu diberi perhatian.
Panaroma Dua:
Lihat penunggang-penunggang motosikal kita yang sengaja menempah bahaya di jalan raya menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar. Foto-foto ini merupakan sebahagian daripada pandangan yang sempat kami rakam dalam perjalanan kami melalui Jalan Kota Baharu- Pasir Puteh dan Jalan Kota bharu- Kuala Krai.
Kenapa suka menempah bahaya? Malang tak berbau. Sayangilah nyawa anda, kerana nyawa anda amat berharga.
Yang menunggang motorsikal tanpa penutup kepala itu, bukan sahaja lelaki, tapi juga wanita, bukan sahaja para teruna, tapi gadis-gadis ayu yang berani mencabar bencana.
Selain daripada menunggang tanpa topi keledar, ada pula yang berani menunggang melawan arus; entah apa yang difikirkannya.
Ini tidak termasuk mereka yang terdiri daripada hero-hero dengan menunggang gaya yang sendiri, memandu dengan kaki, berdiri di atas motor, tidur terlentang, berlomba-lomba mengejar maut.
Mereka ini bukan sahaja mengejar bencana, tapi memburu maut; sedangkan mati itu tidak payah dicari, ia akan tiba dengan sendirinya bila waktunya sampai.
Tak lari gunung dikejar.
Hidupnya sekali.
Fikirkanlah orang-orang tersayang, apa akan berlaku kepada mereka andai sesuatu yang tidak diingini berlaku menimpa anda akibat anda mencari bala, atau akibat kecuaian anda bermain-main dengan bencana.
Jangan sengaja mencari bencana, mohonlah perlindungan kepada Allah.
Jangan minta bencana, kelak anda tidak mampu menanggungnya bila Allah turunkan bencana.
xxxxxxxxxxxxx
Bisik Pondok Rahmat:
Pautkan Iman.Hulurkan Sejambak Mahabah.Seuntai Kasih.Sekalung Harmoni.
0 comments:
Post a Comment