Bercerai Hdup Dan Bercerai Mati Tidak Memadam Cintanya
>> Friday, July 8, 2011
BERCERAI HIDUP dan BERCERAI MATI TIDAK MEMADAM CINTANYA
Pernahkah anda terfikir tentang seorang wanita, selepas berpisah dengan suaminya yang berkahwin dengan wanita lain, kemudian meninggal dunia, tapi cintanya kepada lelaki itu masih tetap subur, dan tidak padam-padam?
Demikianlah pengakuan seorang wanita muda, Siti Nordiana atau Nana, 27 tahun, bekas isteri pelakon Faizal Yusof, yang namanya sedang meningkat naik dalam duna lakonan ketika beliau kembali ke pangkuan Ilahi
Faizal Yusof, meninggal dunia pada 1 Januari 2011 kerana penyakit jantung di Hospital Pusrawi. Pada masa itu, lelaki itu bukan lagi suaminya, kerana mereka telah berpisah.
Namun begitu, kematian lelaki itu mengusik jiwanya, kerana cintanya pada lelaki itu masih segar di dalam sangkar hatinya, setelah hidup bersama selama tiga tahun sebagai suami isteri, dan mereka dikurniakan dengan seorang anak lelaki yang mirip wajah ayahnya.
Cinta Tidak Luntur
Saya tertarik untuk menyentuh kisah Nordinana kerana jarang sekali kita mendengar kisah cinta seorang wanita yang begitu unggulnya mengikut pengakuan yang diberikannya kepda wartawan Seleberiti, Metro, Nor Akmar Samudin,
Kebanyakan lelaki atau perempuan, bila berpisah dengan pasangan masing-masing, baik berpisah hidup atau mati, terutama kalau badan masih muda, akan bersegera untuk mencari ganti yang baru.
Kebanyakan kenalan dan kawan saya yang mengetahui pemergian isteri saya bila kami bertemu di mana-mana sahaja, malah di tanah perkuburan sekali pun, di antara lain pertanyaan mereka ialah, “Dah cari gantikah?”, maksudnya, “ta kahwin lagikah?”.
“Saya sangat mencintai arwah dan rasa cinta itu akan terus menyala sampai bila-bila walaupun kini dia sudah tiada. Faizal cinta pertama saya”. Akur wanita muda ini tanpa segan dan silu.
Seterusnya beliau terus meluahkan kepiluan rasa hatinya ditinggalkan oleh orang yang dicintainya, “Mulanya kami bercerai “hidup” dan kemudian kami bercerai mati namun kasih sayang kepadanya tidak pernah padam”.
“Dek kerana itulah payahnya hati ini untuk menerima lelaki lain sebagai penggantinya”.
Pada masa itu, lelaki yang disayanginya itu, Allahyarham Faizal Yusof telah pun mendirikan rumah tangga dengan wanita lain
Kalau dia begitu cintanya kepada lelaki itu, cinta separuh mati, tapi kenapa pula dia memohonkan diceraikan oleh suaminya itu?
Kepada pertanyaan itu Nadia menjelaskan, “Memang saya mencintainya tetapi dia tak sayangkan saya lagi. Itulah katanya kepada saya. Luluhnya hati saya”.
“Saya sayangkan dia sedangkan kasihnya sudah tertumpah pada yang lain. Lalu saya rela lepaskannya pergi. Pergilah cari kebahagiannya sendiri andainya cintanya pada saya sudah terpadam”.
Dapatkah anda menyelami jiwa wanita ini yang terlibat dalam kemelut cinta yang begitu getirnya serta menghiris tangkal hati? Bagaimana sedihnya hati untuk melepaskan orang dikasihi pergi ke pangkuan orang lain?
Dengarlah rintihannya, “Sedihnya hati, tapi kami tidak lagi mampu berpura-pura bahagia depan orang lain. Apabila kita menyayangi seseorang pasti kita mahu melihat dia gembira dan bahagia. Jadi itulah yang saya buat, izinkan dia pergi memupuk cinta baru”.
Itulah hakikat cinta yang suci, rela berkorban apa sahaja demi kebahagian orang yang dicintai. Itulah ia disenandungkan, “Berkorban apa saja; harta ataupun nyawa”......
Pada zaman ini, tidaklah begitu mudah lagi untuk mencari insan yang begitu murni cintanya terhadap pujaan hatinya, walaupun masih ada di sana sini di celah-celah kehidupan ini. Sesungguhnya cinta murni itu akan kekal, dan tidak ada apa pun yang dapat memisahkan antara kedua hati insan yang telah bertaut kasih yang sejati walau maut sekali pun.
Terkenang
Saya terkenang kepada seorang wanita kekasih kepada seeorang sahabat saya. Mereka kedua bercinta sejak zaman persekolahan lagi sampai mereka tamat pembelajaran dan masing-masing mendapat pekerjaan di bidang yang sama, walaupun berlainan tempat bertugas.
Tapi entah bagaimana percintaan yang telah lama berputik dan berkembang subur itu tidak dipetik oleh tangan yang membajanya. Entah kenapa, sampai ke hari ini pun masih menjadi misteri kepada saya, kenapa bila tiba saat untuk mendirikan rumah tangga, kawan itu memilih sekuntum bunga yang lain?
Tapi bukan cerita yang penting, kerana yang hendak saya tandaskan ialah gadis tersebut, tidak pula memberontak, dan merelakan kekasihnya memilih dan menyunting wanita lain sebagai teman hidupnya. Bertahun-tahun selepas itu saya dimaklumkan, gadis tersebut tidak pernah mendirikan rumah tangga, walau pun ada jejaka yang bersedia mempersuntingkannya. Katanya dia menolak lekaki lain, kerana dia tetap mencintai kawan saya itu, dan tidak dapat melupakannya, dan itulah cintanya yang pertama dalam hidupnya.
Yang pilunya bila kawan saya itu menambah bunga di jambangannya yang disuntingnya adalah wanita lain juga yang tidak pernah dikenalinya sebelum itu, walaunpun bekas kekasihnya pada masa itu masih belum disunting orang.
Saya tidaklah dapat mempastikan pada hari ini, adakah wanita itu masih teguh dengan sikapnya itu atau sebaliknya, kerana masa berpuluh-puluh tahun telah berlalu, dan kawan saya itu telah berbelas-belas tahun telah meninggal dunia..
Sebuah kisah lagi tentang keagungan cinta seorang gadis terhadap kekasih yang saya dengar pasti sebelum saya mendirikan rumah tangga dahulu. Ada seorang gadis yang sedang mekar di taman dipaksa kahwin oleh ayahandanya dengan seorang lelaki yang tidak disukainya. Dia menolak perkahwinan itu, kerana pada masa itu dia sedang bercinta kasih dengan seorang pemuda teman persekolahannya.
Mahu tidak mahu dia dipaksa kahwin. Namun beigtu, hatinya tetap mencintai kekasihnya. Walau pun telah menjadi isteri orang, hatinya tidak berubah, kasihnya tidak luntur; dia bukan sahaja tidak menyerahkan hati dan perasaannya kepada suaminya, malah jasadnya juga tidak rela dia menyerahkannya. Katanya roh dan jasadnya adalah untuk kekasihnya semata. Dia tetap akan setia kepada janji mereka.
Ini menyebabkan rumah tangga mereka bergolak dan ranap. Tapi malang buat wanita itu, pengorbanannya yang begitu besar tidak diterima oleh pemuda yang dikasihinya itu, kerana dia sudah bertaital janda, dan pemuda itu juga enggan mempercayai dirinya masih suci lahir dan batinnya. Maka kecewalah wanita itu dalam memburu cinta yang tidak berhujung.........
Berhati-hati
Demikianlah haibat cinta wanita........Inilah Laila dalam kisah “Laila Majnum”, yang hanya maut dapat memisahkan pertautan jasad mereka dalam lautan kasih, tapi cinta mereka terus utuh dan subur tanpa pinggirannya.
“Sekarang dia [Faizal] sudah benar-benar tiada di sisi buat selama-lamanya kerana Allah SWT lebih sayangkannya. Dia tinggalkan saya dengan tanda kenangan yang cukup abadi, iaitu anak Rayyan Nakhaie.....”.
Kini Nana atau Nordiana benar-benar keseorangan-menjanda. Sedangkan hidup sebagai serang janda terpakasa menempuh berbabagi-bagai dugaan, lebih-lebih lagi seorang janda muda yang cantik seperti Nana.
Ini diakui oleh beliau sendiri, dengan katanya, “Sebagai janda muda, dugaannya besar. Tetapi saya bersyukur dengan adanya Rayyan, saya tahu batas pergaulan. Walaupun cinta saya pada Faizal tetap utuh tetapi sudah sampai masanya saya membina hidup baru”
“Saya berkawan dengan ramai lelaki tetapi belum ada benar-benar berkenan di hati. Lelaki yang ingin menyunting selain dapat menerima saya seadanya, dia juga mestilah menerima Rayyan seperti anaknya sendiri. Tetapi dalam zaman sekarang adakah lagi lelaki yang ikhlas menerima tanggungjawab sebagai bapa segera?”.
Demikian Nana meluahkan keraguannya dalam usaha mencari teman hidup yang baru. Saya terkenang kepada seorang lelaki yang kematian isteri yang dicintainya. Mereka mempunyai dua orang anak, mungkin kerana terlalu cintakan isterinya, atau kerana bimbangkan nasib anak-anaknya itu, lelaki tersebut tidak pernah kahwin-kahwin lagi, enggan dia mencari “mak uda” untuk anak-anaknya itu, lalu anak-anaknya itu didukung dan diheretnya ke mana dia pergi untuk sentiasa bersama-sama dengannya.
Nana masih muda, insyaAllah masa masih panjang. Andai anda ingin mencari seorang teman hidup, maaflah jika saya mengada-ngadakan menyampaikan pesan supaya Nana jangan lupa mencari juga lelaki yang dapat memimpin Nana dan keluarga ke arah mencapai kebahagian hidup dunia dan akhirat. Sejauh-jauh perjalanan, ada titik penghujungnya, setinggi-tinggi tebang burung, di dahan juga singgahnya; dunia ini hanya main-mainan sahaja, tempat persinggahan yang sekejap untuk menuju ke alam abadi yang tidak ada siapa mengetahui bentuk dan warnanya.
Jalanilah hidup ini dengan mulia dengan tidak menyempang dari apa yang telah digariskan oleh Maha Pencipta bagi menjamin kebahagian hidup kita di dunia dan akhirat. Semoga anda menemui sebuah cinta baru yang indah, suci dan mulia yang akan menyemarakkan hidup anda sepanjang masa dalam cinta lama anda yang masih segar.
Seungguhnya, jodoh pertemuan dijalin di langit, perkahwinan diikat di bumi,
xxxxxxxxx
Bisik Pondok Rahmat:
Pautkan Iman.Hulurkan Sejambak Mahabah,Seuntai Kasih,Sekalung Harmoni.
1 comments:
Sy nk jadik ayah rayyan.ok tak
Post a Comment