Kuning Dalam Kehidupan

>> Saturday, July 16, 2011






KUNING dalam KEHIDUPAN



Hidup kita ini penuh dengan warna warni. Warna kelihatan ada di mana-mana. Di dalam rumah atau di luar rumah. Kita dikelilingi oleh warna. Hanya mata yang ditakdir cacat atau rosak sahaja yang tidak dapat mengecam warna.



Dalam keadaan tertentu, warna itu menjadi penentu arah tuju kita. Pengguna jalan raya, baik sebagai pemandu, penumpang atau pejalan kaki telah sedar pergerakan-pergrakan mereka di jalan raya dtentukan oleh warna-warna.



Hari ini kebanyakan jalan raya, khususnya di tempat-tempat yang strategik dipasangkan dengan lampu-pampu jalan yang mempunyai tiga warna, iaitu merah, kuning dan hijau yang menjalanakan tugasan polis tarfik untuk membuat arahan kepada penggunanya.



Lampu warna merah memberi isyarat anda wajib berhenti ada bahaya di hadapan, lampu warna kuning [sebenarnya kekuningan-amber] memberi isyarat anda boleh bersiap sedia, dan lampu warna hijau memberi isyarat anda boleh teruskan perjalanan, kerana jalan klear.



Jika anda tidak mematuhi isyarat-isyarat lampu itu, terutama tdak berhenti bila lampu merah, anda akan menghadapi dua kemungknan, pertama disaman oleh pihak berkuasa, atau pun menyebabkan anda terlibat dalam kemalangan jalan raya yang membahayakan.



Warna Kuning


Kuning adalah salah satu daripada berbagai-bagai jenis warna, seperti hijau, biru, merah dan hitam yang terdapat dalam alam maya ini. Kuning adalah salah satu warna yang danggap cantik dan sedap dpandang, warna yang menjadi lambang yang berkaitan dengan keamanan dan kebahagaan hidup.



Seperti warna merah dan hijau juga, ada berbagai-bagai benda yang berwarna kuning, seperti bunga-bungi, isi tumbuh-tumbuhan, logam-logam seperti tembaga.



Warna kaki langit yang indah di senjakala dan di lemon pagi bila cahaya langit berbaur dengan berbagai-bagai warna dan disempurnakan oleh warna merah dan kuning.



Seperti warna-warna yang lain juga warna kuning ada dua jenis, iaitu warna kuning asli seperti yang terdapat pada pokok-pokok atau bunga-bungi dan satu lagi warna bukan asli iaitu kunng tiruan , seperti warna kuning yang terdapat pada pakaian, seperti baju, dan kain.



Warna kuning adalah warna asli pada kunyit dan logam tembaga yang digunakan untuk membuat berbagai-bagai jenis barang keperluan manusia.


Lambang


Dalam kehidupan kita orang-orang Melayu warna kuning telah digunakan dalam berbagai-bagai bidang untuk melambangkan sesuatu yang baik ataupun tidak baik.



Lambang Cinta


Bagi anak-anak muda, khususnya yang sedang dilamun cinta, warna-warna, baik warna kuning, merah, biru mempunyai lambang atau makna yang khusus. Zaman saya muda-muda dahulu, saya juga hafal dengan pengertian warna-warna cinta itu. Tapi masa itu telah lama berlalu, dan hari ini waran-warna cinta telah pudar dari ingatan saya, walau pun semarak cinta masih ada .



Penyakit


Ada sejenis penyakit berjangkit yang dipanggil penyakit kuning, bahasa Inggerisnya jaundice, dan ia juga dipanggil demam kuning. Tanda-tanda mendapat penyakit ini ialah tubuh seorang menjadi kuning.



Sejak kebelakangan ini sesetengah bayi-bayi yang baru lahir sering mendapat penyakit kuning, dan terpaksa ditahan dalam wad dalam jangka masa yang tertentu untuk menerima rawatan.



Makanan


Ada sejenis makanan, dikenali dengan nasi kuning atau nasi kunyit. Ada ada dua jenis nasi kuning, iatu nasi yang diperbuat daripada beras biasa, atau beras jemah yang dikategorikan sebagai nasi kerabu kuning, dan sejenis lagi ialah nasi kuning yang dimasak dengan beras pulut yang dikenali dengan panggilan nasi kunyit atau pulut kuning..



Nasi kuning atau nasi kunyit ini biasanya digunakan dalam majlis-majlis perkahwinan, yang juga dpanggil nasi semangat bila dikaitkan dengan pengantin baru.



Ada sejenis masakan yang dipanggil ayam goreng kuning, atau dipanggil juga ayam goreng kunyit.


Kuning Sebagai Warna


Bila orang-orang tua berbicara tentang-tentang warna sesuatu, maka ada sejenis warna yang mereka panggil kuning air, iaitu sejenis warna kuning keputih-putihan, biasanya terdapat pada buah-buahan, khususnya buah manggis yang belum begitu matang.



Bila dikatakan putih kuning ialah warna kuning keputih-putihan, biasanya dirujukkan kepada warna kulit manusia, iaitu warna yang dikategorikan sebagai cantik.



Untuk kulit manusia juga dipanggil warna kuning langsat, iaitu warnanya tidak putih sangat.



Kalau kepada benda-benda yang bukan manusia biasanya warna seperti itu dikatakan berwarna kuning gading.



Pokok langsat, kalau kita kikis atau buang kulit luar batangnya, kita akan menemui kulit dalamnya, atau kulit arinya yang berwarna kuning, itulah dikatakan kuning langsat.



Kuning pinang masak, iaitu warna yang terdapat pada kulit pinang yang tua atau masak, iaitu kuning bercampur merah, kuning kemerah-merahan. Biasanya digunakan untuk barang-barang seperti pakaian.



Kuning emas, ialah berwarna kuning tua.



Kuning telur, bahagian telur yang terletak di dalam atau di tengah-tengah telur, jika dikatakan sesuatu itu berwarna kuning telur, maka warna itulah yang dimaksudkan.



Kuning tua ialah maksudnya kuning gelap, pekat, biasanya digunakan untuk mewarnakan benda-benda.


Kuning muda, iaitu warna kuning yang tipis atau ringan, biasanya untuk menggambarkan warna-warna benda; berlawanan dengan warna kuning tua.



Kiasan


Ada sejenis daun sirih yang berwarna kuning yang dipanggil sirih kuning, dan bila dsebut kepada seseorang wanita ia membawa erti seorang gadis yang cantik molek.



Ada lagi sejenis peribahasa orang-orang tua kita yang berbunyi “Kuning oleh kunyit, hitam oleh arang”, yang bererti seseorang yang mudah menerima pujian atau hasutan orang.



Nama pokok dan haiwan


Di samping itu ada pula nama-nama pokok yang dikenali dengan nama pokok kuning atau pokok kunyit atau pun akar kunyit yang biasanya dgunakan sebagai bahan ubat herba.



Ada sejenis burung, iaitu burung kuning atau burung kunyit, dan ada pula sejenis ikan jenis yang kecil dpanggil ikan kuning atau ikan kunyit.



Tidak cukup dengan itu ada sejenis hantu yang dikenali dengan panggilan mambang kunng, iaitu hantu waktu mata hari terbenam di waktu petang.



Sungai Kuning


Di negara Cina ada sebuah sungai yang termsyur yang deikenali dengan nama Sunga Kuning dan dalam bahasa Cina dkenali dengan nama Hwang Ho yang mengalir dari Barat Cina ke Teluk Pohal, sepajang 2800 km. Sungai ini sering menimpakan banjir di negara itu yang sering menelan korban yang besar baik nyawa atau harta beanda.



Nama-nama Tempat

Di Malaysia ada beberapa tempat yang menggunakan nama kuning sebagai nama tempat. Antaranya Air Kuning Selatan dan Kampung Air Kuning terletak di Negeri Sembilan, Air Kuning, sebuah Bandar di negeri Perak, Terumu Kuning terletak di Terengganu dan empangan Air Kuning terletak di Selangor.



Sastera


Pada masa tidak begitu lama dahulu, penuls-penulis kita bila melukiskan keindahan suasana di desa tidak akan luput daripada menggambarkan pokok padi sedang subur d sawah dan buah-buahnya pula sedang menguning, yang bermaksud padi mulai masak yang menambahkan seri keindahan alam desa pada waktu itu.



Lambang Kebangsawanan


Pada masa dahulu warna kuning merupakan warna yang dihormati, iaitu warna yang khusus digunakan oleh raja-raja atau kalangan istana, di mana rakyat jelata dilarang menggunakannya, seperti pakaian atau payung-payung kehormatan diraja yang berwarna kuning.



Warna kuning menjadi lambang kebangsawanan, terutama di negara-negara Asia Tenggara.



Di negara Cina zaman kuno, warna kuning adalah lambang Maharaja Cina, kerana itu rakyat jelata Cina tidak dibenar menggunakan warna kuning, hingga sampai negara Cina memasuki era moden.



Di samping itu ada salah seorang Maharajlaa Cina zaman kuno bernama Maharaja Kuning yang di dalam bahasa Cinanya disebut Maharaja Huang Di.



Di Patani pada suatu masa yang lalu ada seorang raja perempuan bergelar Ratu Kuning yang memerintah dari tahun 1623 hingga 1635. Namanya yang yang sebenar ialah Paduka Sri Raja Kuning bte Almarhum Sultan Abdul Ghaffar Muhiud-din Sah, dan di dalam bahasa Siamnya disebut Phra Nang Chao Ying.



Lambang Lucah


D samping itu pernah pula warna kuning ini dijadikan lambing budaya lucah yang kini disebut karya porno.



Saya juga dalam tahun 1970-an ketika menulis tentang karya-karya porno menyebutnya karya kuning atau budaya kuning dengan maksud budaya lucah.




Di negara kita Malaysia ada sebuah jabatan kerajaan menggunakan warna kuning sebagai sebahagan daripada warna jabatannya di samping warna merah dan biru, iaitu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.



Warna Amaran


Dalam bidang sukan juga tidak terlepas daripada warna kuning, khususnya dalam bidang bola sepak, di mana pengadil akan memberi amaran kepada para pemain dengan melayangkan kad kuning, selepas kad kuning, maka dilayangkan pula kad merah, tanda pemainnya telah tidak dibenarkan lagi meneruskan permainan mereka.



Sebenarnya warna kuning mengandungi berbagai-bagai perlambangaan yang menggambarkan perasaan, keadaan alam dan perangai seseorang, antaranya kegembiraan, bahagia, harapan, ketdakjujuran, pengecut, cemburu, haloba, penipuan, persahabatan; lambang mata hari, musim panas, emas; lambang falsafah; lambang penyakit dan alamat juga alamat bahaya.



Warna-warna itu pula, baik kuning, merah atau biru dan sebagainya dipercayai bukan sahaja dapat menenangkan perasaan, tapi juga mempunyai kesan istimewa terhadap seseorang. Itulah sebabnya kebanyakan orang begitu hati-hati dalam memilih warna, terutama warna-warna untuk rumah kediaman mereka.



Warna Kesalahan


Sejak akhir-akhir ini pula memakai baju warna kuning, khususnya bertulis dengan perkataan BERSIH 2.0 dianggap salah oleh kerajaan Malaysia, kerana ada kaitan dengan Demonstrasi yang diadakan pada hari Sabtu 9 Julai 2011 yang lalu. Mereka yang didapati memakai baju tersebut, menjual dan juga menyimpannya ditahan oleh pihak berkuasa polis atas tuduhan menghasut orang ramai menghadari perhimpunan haram itu.



Sampai bila baju kuning ini akan menjadi taboo, setakat ini masih belum diketahui?



Janganlah sampai semua warna kuning diharamkan.



xxxxxxxxxxxxx



Bisik Pondok Rahmat



Pautkan Iman.Hulurkan Sejambak Mahabah.Seuntai Kasih.Sekalung Harmoni.



0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP