MALU SONGSANG
>> Monday, March 30, 2020
MALU
SONGSANG ?
MALU adalah satu perasaan yang mulia dan amat berharga. Tanpa perasaan
“malu” ini sukar seseorang untuk menjadi manusia dalam erti kata yang sebenarnya.
Pernahkah anda merasa malu kerana melakukan sesuatu yang salah atau tidak sopan,
meyalahadab kebiasaan yang menyebabkan anda merasa hina, aib rendah diri dan
sebagainya.
Perasaan malu inilah boleh mencegah seseorang daripada melaku atau
mengulangi melakukan perkara-perkara yang tidak baik, tidak sopan, tidak wajar
atau bercanggah dengan kebenaran, malah mungkin perkara yang bercanggah dengan
agama.
Justeru malu mempunyai pengaruh yang
besar terhadap buruk dan baik peribadi seseorang.
Menginggatkan rasa malu ini boleh membuat kita berfiikir beberapa kali sebelum
melakukan sesuatu yang tidak wajar di khalayak ramai khususnya.
Bagaimana kalau diketahui orang? Kita akan
menghalakan pertanyaan kepada diri kita sendiri.
Walaupun nilai malu dalam mencegah kejahatan ini tidak setinggi kerana
Allah, tapi setidak-tidaknya ia dapat mencegah kita daripada terus melakukan
sesuatu yang tidak patut atau tidak wajar.
Cubalah perhatikan contoh-contoh berikut,
-Anda merasa
malu bila mengetahui ada orang tahui anda megumpat mereka.
-Anda merasa
malu bila mengetahui ada orang tahu anda memfitnah mereka.
-Anda merasa
malu bila mengetahui ada orang tahu anda
sedang mencuri
-Anda merasa
malu bilamengetahui ada orang tahu anda sedang berbohong.
-Anda merasa
malu bila mengetahui ada orang tahu anda sedang mengintip atau mengendap
mereka.
Dan ada aneka
perbuatan yang tidak wajar yang kita lakukan yang menyebabkan kita merasa malu
bila diketahui orang.
Sifat malu
seperti ini memang sifat yang terpuji, kerana malu memang kena pada tempat dan
wwaktunya.
Jika anda tidak
merasa apa-apa atau tidak merasa malu dalam keadaan seperti itu menunjukkan
perasaan anda sakit atau jiwa anda sedang merana yang memerlukan rawatan.
Orang tanpa malu
seperti ini boleh melakukan apa sahaja yang disukainya, tanpa mengira pendapat
dan perasaan orang lain.
Orang yang tidak bermalu ini dikatakan manusia bermuka tebal, boleh
melakukan apa sahaja yang disukainya, tanpa kekok-kekok atau
silu-malu,atausegan-sean walaupun prbuatannya itu boleh menjatuhkan maruah dan
peribadinya.
Malu Yang Tidak
Wajar
Di samping malu
yang hak atau wajar itu adalah pula malu yang tidak wajar atau songsang. Malu
songsang ini amatlah merugikan kerana banyak
kebaikan tidak terlaksana akibat malu.
-Ada orang
merasa malu untuk memabca al-Quran kerana takut dikatakan orang sudah berjurus
atau telah menjadai baik.
-Ada orang malu
hendak pergi mendengar tok guru mengajar di masjid takut dikatakan wara’.
-Ada orang
merasa malu hendak pergi solat jemaah kerana dikatakan orang ‘alim.
-Ada orang
merasa malu untuk memberi sumbangan tenaga atau kerja kerana takut dikatakan
kan orang tidak ikhlas.
Dan banyak lagi
perkara-perkara yang tidak patut atau wajar sama sekali dimalukan tapi jadi
bahan kemaluan yang amat merugikan, bukan sahaja orang yang berkenaan, tapi
orang lain yang mungkin akan memperolehi manfaat darinya.
Tidak Malu Yang
Tidak Wajar
Sebaliknya ada mereka tidak merasa
malu, atau tidak merasa apa-apa walaupun melakukan perbuatan-perbuatan
terkutuk dan telah terbongkar dan diketahui
oleh orang ramai.
Dia mencuri tempat awam, pasar raya umpamanya, dan di sirtu juga dia dapat
ditangkap kerana pencurian itu, tapi dia tidak merasa apa-apa, tdak merasa malu
sedikitpun, tidak merasa berdosa, malah sebaliknya merasas bangga kerana hampir
berjaya mencuri di pasar yang ramai orang itu dan ada pula pengawal keselamatan
itu.
Ataupun seseorang telah berjaya menipu sesebuah institusi kewangan yang
besar, seperti bank dan berjaya melesapkan wang jutaan ringgit, tapi telah diberkas
dan didakwa namun tetap merasa bangga kerana berjaya melakukan penipuan yang
besar itu.
Islam Dan Malu
Islam memandang tinggi orang yang mempunyai perasaan malu, dan
menganggapnya malu itu sebahagian daripadaciri-ciri keimanan yang penting itu.
Justeru tiada malu bererti tiada iman.
Inilah maksud daripada sabda Rasulullah saw:
“Sesungguhnya semua agama itu mempunyai akhlak, dan
akhlak Islam itu perangai malu”.
Jagalah baik-baik perasaan malu anda. Biar ia sentiasa berada bersama anda
di mana sahaja ada berada, siang atau malam. Sesiapa yang kehilangan perasaan
malu ini bererti dia mungkin berada di ambang bahaya kemusanahan dirinya
sendiri, iaitu sebagai tanda yang nyata dari Allah SWT.
Rasulullah saw bersabda,
“Sesungguhnya Allah jika hendak membinasakan seseorang,
maka Dia mencabut rasa malu pada diri orang itu. Apabila rasa malu diri
dicabut, kami tidak menjumpainya kecuali dibenci. Kemudian apabila tidak
ditemuinya, kecuali dibenci, maka dicabutlah daripadanya amanah kepercayaan.
Apabila sudah dicabut sifat amanah kerpercayaan daripadanya, maka tidak akan
didapatinya, kecuali sebagai pengkhianat dan dikhianati. Kalau sudah jadi
pengkhianat dan dikhianati, maka dicabutlah daripadanya rahmah. Kalau sudah
dicabut rahmah daripadanya, tidak akan kamu dapati, terkutuk dan mengutuk. Apabila terkutuk yang
mengutuk sudah dicabut daripadanya, maka akhirnya dicabutlah ikatan ke
Islamannya”.
Juteru itu berjaga-jagalah dengan persaan malu anda supaya sentiasa tetap
bersama anda sepanjang masa.
Rasuluulah saw sendiri seorang pemalu, walaupun seorang Rasul yang
menyampaikan perintah Ilahi dengan patuh dan penuh taat setia, Baginda saw
tetap seorang pemalu, malah sifat malu Baginda itu itu lebih daripada malu yang
dimiliki oleh seorang gadis pingitan.
Abi Said Ai-Khudri berkata,
“Adalah Rasulullah saw lebih pemalu dari gadis pingitan. Dan bila terjadi sesuatu yang tidak disukainya, kami dapat mengetahui dari wajahnya”.
“Adalah Rasulullah saw lebih pemalu dari gadis pingitan. Dan bila terjadi sesuatu yang tidak disukainya, kami dapat mengetahui dari wajahnya”.
Pondok Rahmat
29 Mac 2020
0 comments:
Post a Comment