HARTA, KELUARGA DAN ANDA

>> Wednesday, April 1, 2020



HARTA,KELUARGA DAN ANDA



Masyarakat bermula dari sebuah keluarga, iaitu sebuah keluarga kecil, kemudian berkembang menjadi sebuah keluarga besar, iaitu masyarakat, bangsa dan negara. Masyarakt kecil ini terdiri dari seorang lelaki [ayah], seorang wanita [isteri] dan turunannya [anak-anak].

Di samping ayah, ibu dan anak-anak itu meliputi juga dalam lingkungan keluarga terdekat ialah adik beradik kita, bapa saudara sebelah ibu dan sebelah ayah, [adik beadik ayah dan ibu],  anak-anak saudara kita [anak-anak kepada adik beradik ayah dan ibu kita], dan seterusnya keluarga itu berkembang menjadi kelurga jauh dan dekat.

Untuk  keharmonian sesebuah kaeluaga, maka keluarga itu perlu dijaga lahir dan batin dengan sebaik-baiknya, terutama keluarga dalam lingkungan rumah sendiri, anak-anak, ibu bapa dan adik beradik.

Suasana dalam keluarga kita hendaklah sentiasa berada dalam suasana aman dan baik, sebab di situ letaknya kunci  keamanan keluarga dan masyarakat, bangsa dan negara. Sebaliknya jika keluarga bubruk  maka rosaklah masyarakat, bangsa dan negara seluruhnya.

Untuk menjamin keluarga berada dalam baik, maka semua pihak perlu mengambil berat dan memikul tanggungjwab bersama; ia bermula dari ibu, ayah, anak-anak, saudara-mara dan kerluarga seluruhnya mestilah memberi kerjasama sepenunya.

Pada ummnya di masa-masa yang lalu hubungan kekeluargaan itu berjalan dengan baik secara tradisionalnya, walaupun tidak sempurna, ia tetap memberi sumbangan yang penting dalam mempastikan keharmonian keluarga, seterusnya masyarakat, bangsa dan negara.

Tapi keadaan hari ini tidak lagi berjalan lancar seperti masa-masa yang lalu itu, banyak halangan yang menimpa, termasuklah perubahan sosial, ekonomi dan sikap atau kefahaman masyarakat yang turut berubah dengan berubahnya masa.

Perubahan fahaman masyarakat ini pada umumnya kian meningkat, iaitu fahaman mementingkan kebendaan, biasanya berjaya membelakangkan kepentingan-kepentingan lain yang tinggi nilainya. Fahaman ini samada disedari atau tidak, lebih banyak merobek-robekkan keutuhan keluarga yang selama ini banyak diikat oleh tali persaudaran kerohanian yang amat bernilai. Pengaruh kebendaan itu telah kian  berjaya mengikiskan sebahagian daripada pengaruh-pengaruh tradisional yang mulia itu.

Justeru kerana pengaruh kebendaan hubungan kekeluargaan bertambah renggang  kerana terperangkap dalam jaring-jaring ekonomi yang sempit yang tidak mengenal kasihan belas.

Memang benar juga dikatakan hubungan kekeluargaan menjadi sempit kerana jarak tempat kerja, masa dan ongkos, namun begitu kesulitan-kesulitan itu tidak dapat memadamkan semangat kekeluargaan yang tulen., kerana hubungan itu dapat dihangatkan kembali menerusi surat-surat, telefon dan internet untuk golongan yang muda-muda. Pendek kata di mana ada kemahuan di situ ada jalannya.


Tapi segala kemudahan itu tidak dipergunakan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan, menggembira ibu bapa dan adik beradik, dan saudara-mara, tapi diutamakan untuk mencari kesenangan hati atau hiburan sendiri, seperti menersi Facebook, istagram, youtiub dan sebagainya sedangkan hubungan kekeluargaan sentiasa dipinggirkan menjadi sejuk dan dingin kalau tidak dicampur dengan wang pemanas.

Kalau ada yang melibatkan diri dalam bisness, atau korporat hanya menggunakan kemudahan-kemudahan internet itu untuk faedah bisness sahaja, jarang ada yang mencuri secubit masa untuk menghubungi keluarga yang jauh di mata.

Kecuali, ya kecuali yang ada hubungan dengan ekonomi, seperti pemabahagjian harta pusaka dan sebagainya.

Adik beradik sudah beberapa hari sakit, tapi tidak ada keluarga yang jauh bertanya khabar, bapa saudara telah beberapa hari uzur tak ada anak buah yang bertanya, kecuali ada hubungan dengan harta benda, untuk bertanya itu dan ini.


Sebuah kisah nyata. Dalam sebuah kampung, ada sebuah keluarga mempunyai beberapa orang adik beradik yang kebanyaknnya berkerja di tempat yang berlainan dan tinggal di tempat yang berlainan. Pada mula-mulanya ayahanda mereka masih ada dan tinggal di kampung bersama-sama salah seorang daripada saudara mereka.

Ditakdirkan ayahanda mereka tiba-tiba meninggal dunia. Beliau ada meninggal  harta pusaka untuk dikongsikan di kalangan beberapa orang anaknya itu. Harta itu termasuklah beberapa petak sawah yang terletak di tepi jalan raya.

Mendengar berita kematian ayahanda itu berebut-rebut anak-anak beliau lelaki dan perempuan pulang ke rumah. Tujuan utamanya untuk menyelesaikan harta pusaka. Anak yang tinggal di kampung  diberikan tanggungjawab  menyelesaikan pusaka itu, tertuama berhubung dengan tanah. Sejak itu anak-anak yang  jauh pun lebih kerap menghubungi keluarga di kampung, khususnya menerusi telefon berbincang fasal tanah pusaka. Anak-anak yang jarang sekali menelefon ayahnya sering menelefon bertanya hal pusaka, bila hendak  diselesaikan?


Keadaan suasana keluarga terus hidup. Tapi berapa lama keadaan seperti ini boleh bertahan?

Biasanya selagi pembahagian harta pusaka itu belum beres, maka selama itulah suasana kekeluargaan menjadi mesra antara keluarga. Tapi bila semuanya telah selesai, maka masa itulah hubungan kekeluargaan akan menjadi kontang kembali, persis lopak di sawah di musim kemarau.

Tidak ada siapa lagi akan menghubungi siapa untuk bertanya kabar. Pengaruh syaitan kebendaan telah berjaya memusnahkan hubungan yang baik yang terjalin di hati.

Sedangkan kita umat Islam, diperintahkan oleh agamanya supaya sentiasa menjaga keharmonian dan hubungan baik keluarga itu dengan sukarela, ikhlas dan jujur, tanpa menyimpan sesuatu hasrat atau harapan yang terselindung di sebaliknya.

Banyak ayat-ayat suci al-Quran dan Hadis-hadis Nabi saw yang memerintah umatnya supaya bersilaturahim sesama keluarga yang sewjarnya dipatuhi oleh setiap individu Islam dalam pembentukan sebuah keluarga dan masyarakat yang harmonis.

Allah berfiman dalam kitab suci al-Quran:
-“Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapa” Al-nisa’ 4 :36.

-“Dan Tuhanmu telah pernintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibubapa”. Al-Isra’ 17:23.

Dalam menggalakkan silaturahim ini, maka pemeberian sedekah pun digalakkan disampaikan kepada keluarga sendiri, seperti kepada ayah, ibu, isteri, suami, anak-anak dan sebagainya di mana semua pemberian itu dianggap dianggap sebagai  sedekah.

Nabi saw bersabda
-“Anak-anakmu itu terlebih berhak bagi kamu memberi sedekah kepada mereka”.

Dan
-“Dan sesungguhnya seorang Muslim  itu apabila ia memberikan nafkah kepada keluarganya demi untuk mencukupkan keperluan keluarganya [menyara hidup keluarganya], maka nafkahnya itu dikira sebagai sedekah”.

Hubungan persaudaran amatlah penting dijaga supaya sentiasa subur tanpa bermusim, apa lagi hasil daripada hubungan itu ia akan memberi manafaat kepada semua pehak yang terlibat, malah yang tidak terlibat secara langsung pun kemungkinan memperolehi faedah daripadanya, di dunia dan juga di akhirat.

Setiap tindakan sillaturahim yang diambil dapat mengukuhkan lagi tali persaudaraan. Tapi setiap orang mestilah bersikap ikhlas dan julur dalam menjalin silatahurahim itu supaya ia benar-benar memberi kesan yang berpanjangan, malah berkekalan.

Justeru dalam setiap tindakan mestikan disertakan dengan keikhlasan semata-mata, iaitu kerana Allah. Jangan lain di mulut atau jauh di hati, atau telunjuk lurus kelingking berkait yang akan menyebabkan hubungan itu tidak akan berkekalan panjang.

Rasulullah saw bersabda:

-“Tidak ada seorang pun yang datang mengunjungi saudaranya [sahabatnya] , kerana Allah semata-mata, melainkan dipanggil oleh suara malaikat yang memanggil dari langit, bahawa baguslah anda dan syurga senang kepadamu. Kalau tidak begitu, Allah berfirman dalam kerajaan ‘Arasy Nya. Hambaku berziarah di jalanku, dan Aku akan menjamunya, Pasti ia tidak akan rela pahala kecuali syurga”.

Justeru itu sebarang silaturahim tanpa keikhalasan, malah apa sahaja usaha, bukan kerana Allah tidak akan berkekalan,malah akan terputus begitu sahaja akibat biasanya ia didasarkan kepada kepentingan kebendaan  semata, tanpa unsur-unsur keikhlasasn.

Sekian.


Pondok Rahmat:
1 April 2020

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP