HATI JANGAN DIBIARKAN BERKARAT
>> Thursday, April 30, 2020
HATI, JANGAN DIBIARKAN BERKARAT
HATI. Apakah Hati dan apakah pentingnya hati kepada manusia?
Hati
adalah inti pati seorang manusia, lahir dan batinnya, kerana hati itulah yang
menentukan buruk baik seseorang manusia dan amat berpengaruh.
Sesuatu yang kita lihat dan dengar akan turun ke hati, kemudian hati akan membuat penentuan atau menetapkan sikapnya terhadap perkara yang didengar atau ditonton itu untuk diambil tindakan.
Seorang
gadis yang melihat seorang pemuda, lalu tercetus rasa suka atau berkenan, maka
ia akan turun ke hatinya yang akan membuat keputusan untuk melanjutkannya atau
tidak. Demikian juga jika seorang pemuda menghadapi perkara yang sama. Maka
dikatakanlah dari mata turun ke hati.
Allah
brrfirman:
“Tiupan pertama itu diringi oleh tiupan kedua. Hati manusia pada masa
itu sangat takut. Pandangannya tunduk”.An-Naziat
[79]:7-9.
Dan
“Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai
tuhannya dan Allah membiarkannya sesat dengan sepengetahuan Nya dan Allah telah
mengunci pendengaran dan hatinya serta meletakkan tutup di atas
pengelihatannya? Maka siapakah yang mampu memberinya petunjuk setelah Allah
[membiarkannya sesat]? Mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?”.al-Jatsiyah
[45]:23.
Dan:
“Katakanlah, “Dialah yang menciptakan kamu dari dan
menjadi pendengaran, pengelihatan dan hati nurani bagi kamu. Tetapi sedikit
sekali kamu bersyukur”. Al-Mulk [67]:23
Demikianlah
pentingnya hati itu dijadikan Allah Taala.
Dalam
bahasa kita terdapat banyak perkataan-perkataan yang dirangkaikan dengan
perkataan hati, bertujuan untuk menggambarkan
suasana atau keadaan hati.
Antara
kata-kata itu ialah:
Hati
batu, hati berkarat, berat hati, rela hati, sedih hati, busuk hati, pedih hati,
luka hati, pintu hati, bersih hati, buruk hati, berkenaan di hati, makan hati, [berulam
jantung], tulus hati, lubuk hati, besar hati dan berbagai-bagai hati lagi.
Hati
itu amat penting kepada seseorang, baik dari segi lahir dan batinnya, mental
dan fizikalnya, kerana hati itu mempengaruhi kedua-duanya.
Kepentingan hati itu telah digambarkan oleh Baginda Rasulullah saw dalam sabdanya:
“Ketahuilah dalam tubuh badan kita ada sepotong daging,
kiranya ia elok, maka eloklah seluruh tubuh badan kita. Dan kiranya ia rosak,
maka rosaklah seluruh tubuh badan pula, ketahui ia adalah hati”.
Kedudukan
hati itu amatlah penting kepada seseorang baik dari segi ruhani atau jasmani,
kerana hatilah yang menjadi salah satu penilai darjah atau makam seseorang di
sisi Allah Taala.
Dalam
hal ini, Allah tidak menilai kepada rupa paras hambanya, cantik atau rupawan
atau kekayaanya, mewah atau banyak hartanya. Tapi yang menjadi penilaiannya
ialah hati dan amalan hambanya, jika baik hati itu, maka
mulialah mertabatnya di sisi Allah Taala.
Rasulullah
saw bersabda:
“Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa paras kamu
tetapi Dia melihat kepada hati dan amal kamu”.
Baginda
Rasulullah saw juga bersabda:
‘Sesungguhnya orang-orang yang terutama [wali-wali] dari umatku tidak akan masuk syurga kerana banyak sembahayang atau banyak puasa. Akan tetapi [mereka masuk syuga] kerana bersih hati, murah hati dan berbelas kasihan terhadap setiap muslim”.
‘Sesungguhnya orang-orang yang terutama [wali-wali] dari umatku tidak akan masuk syurga kerana banyak sembahayang atau banyak puasa. Akan tetapi [mereka masuk syuga] kerana bersih hati, murah hati dan berbelas kasihan terhadap setiap muslim”.
Allah
menceritakan bahawa pada suatu ketika Nabi Ibrahim as berdoa kepadan Nya
sebagaimana berikut “.......................:“Janganlah aku d ihinakan pada
hari mereka dibangkitkan, iaitu pada hari harta benda dan anak-anak tidak
berguna, kecuali orang-orang yang datang kepada Allah dengan hati yang bersih”.
Ash- Shu’ara [26]: 87-89.
Ada
berbagai-bagai perkara yang boleh merosak dan membinasakan hati dan boleh
menimbulkan berbagai-bagai fitnah dan penyakit
yang merbahaya. Antara penyakit-penyakit yang boleh merusakkan hati ialah syirik,
nifak, bidaah, sombong, hasad, dengki, bakhil, serakah, mementingkan diri sendiri,
menipu daya, dan mengutama kepentingan lahiriah atau duniawi dan sebagainya.
Orang-orang
yang cintakan dunia ini boleh menjadikannya lalai atau hanyut persis sampah dalam
kehidupan dunia, malah lebih parah lagi boleh menyebabkan dia lupa kepada Allah
Taala yang Maha Berkuasa dan Maha Pencipta.
Orang
yang lalai, akibat cintakan dunia tidak ada bezanya dia miskin atau kaya.
Andainya dia kaya atau berada, dia akan bertindak sewenang-wenangnya
menggunakan kekayaannya itu untuk mencapai hasrat dan cita-citanya tanpa
mengira halal atau haram dengan angkuh
dan sombong.
Sebaliknya
kepada mereka yang cintakan dunia ini kalau dia tidak berada atau miskin kerana
gagal untuk mencapai apa-apa yang dia usaha dan dicita-citakannya dia juga akan
menjadi orang yang jahat kerana kekecewaannya itu untuk memperolehi dunia yang
telah diusahakannya.
Tambahan
pula hati manusia juga mudah berada dalam keadaan keluh-kesah dan kelam-kabut,
kacau-bilau dan bergoncang akibat perkara-perkara yang kecil sekalipun.
Rasulullah
saw bersabda:
“Sesungguhnya hati itu lebih cepat bolak baliknya dari makanan yang
sedang menididh di dalam periuk”.
Hati
Keras
Daripada
penyakit lalai, ia boleh berkembang menjadi penyakit hati keras membatu, malah
lebih keras dari batu, tidak lagi tersentuh atau murasa dengan perkataan-perkataan yang
biasanya menggetarkan hati orang yang normal mendengarnya. Tidak ada apa-apa
riaksi darinya, bak daun keladi dicurah air, semuanya tumpah ke tanah.
Hati
keras ini tidak akan terusik atau keharuan bila mendengar perkataan seperti
maut atau mati, neraka jahanam, seksa di alam kubur, seksa-seksa di alam
Akhirat, kesusahan di Padang Masyar, kepayahan meniti jambatan Siraj dan
seumpamanya. Malah jika diperingatkan bahwa perbuatan dosanya boleh melemparkanya
ke neraka jika tidak segera bertaubat, dia hanya tersenyum sinis, dan selamba menjawab “Biarlah
aku masuk neraka”. MasyaAllah.
Mengenai
hati keras ini Allah menyebut di dalam al-Quran:
“Kemudian setelah itu hatimu menjadi keras, sehingga
[hatimu] seperti batu, bahkan lebih keras. Pada hal dari batu-batu itu pasti
ada sungai-sungai yang [airnya] memancar daripadanya. Ada pula yang
terbelah lalu keluar mata air daripadanya. Dan ada pula meluncur
takut kerana takut kepada Allah. Dan
Allah tidaklah lengah terhadap apa yang kamu kerjakan”.Al-Baqarah [2}:74.
Rasulullah
saw bersabda:
“Empat perkara yang menjadi tanda kejahatan, iaitu hati
yang keras, mata yang beku, sentiasa berkira-kira dan panjang harapan atau
angan-angan”.
Janganlah
dibiarkan penyakit-penyakit hati itu terus bermaharajalela di lubuk hati, kelak
ia akan membinasakan seluruh diri anda lahir dan batin. Bertindaklah segera untuk merawatnya.
Langkah
penting yang perlu diambil ialah senitasa mengingati Allah, bila-bila masa dan
di segala tempat. Dalam Islam maksud zikir atau mengingati Allah amat luas, bukannya
semata bersela di atas sejadah atau membilang biji tasbih sahaja, tapi ia
merangkumi semua aktitviti seharian seseorang, asalkan ianya bertujuan kerana
Allah.
Mengenai
perkara ini kita petik kata-kata Dato’ Yusoff Zaky Yacob yang berbunyi, “Seluruh
langkah hidup seseorang Muslim adalah ibadat belaka, segala amalan, pekerjaan,
fikiran dan perasaannya adalah ibadat selama matlamatnya ialah untuk berbakti
kepada Allah dan mmenyempurnakan ajaran Nya”.
Allah
berfirman:
“Orang-orang
yang tidak lalai oleh perniagaan dan jual beli dari mengingati Allah,
mengerjakan solat dan membayar zakat. Mereka gentar kepada hari ketika hati dan
pengelihatan menjadi guncang [hari kiamat}. An-Nur [24]:37.
Dan
Allah juga berfirman kepada Rasul Nya agar tekun beribadat sampai ke akhir
hayat Baginda saw, kerana pada masa itu hati Baginda saw tidak tenteram dengan
sikap orang-orang kafir terhadap seruan Baginda saw kepada agama Islam dengan
cemuhan, ejekan dan penghinaan.
Ini
membuktikan ibadat dalam Islam itu merupakan tonik ajaib untuk mencapai
ketenangan dan kedamaian jiwa.
Allah
berfirman:
“Sesungguhnnya Kami mengetahui bahawa hatimu begitu
rungsing terhadap ejek-ejekan mereka
[orang-orang kafir] , bertasbihlah dengan memuji Tuhan mu dan bersujudlah
bersama orang-orang yang sujud dan teruskan beribadat kepada Allah hingga didatangi maut”.Hijr [15]:97-99.
Baginda
Rasulullah bersabda:”
“Sesiapa
melakukan satu dosa, maka tumbuh di hatinya setitik hitam. Kiranya dia
bertaubat, akan terkikislah titik hitam itu dari muka hatinya.
“Jika dia tidak bertaubat, maka titik hitamm, itu akan
terus merebak, hingga seluruh muka hatinya
kenjdi hitam”.
Justeru
itu jauhilah diri anda daripada perkara-perkara yang boleh membawa musibah
kepada diri dan hati anda, seperti perbuatan-perbuatan yang keji dan hina,
tidak bermaruah dan segala perbuatan yang melanggar perintah Allah Taala,
sebaliknya jagalah diri anda supaya sentiasa berada dalam kebersihan lahir dan
batin yang sudah tentu akan memberi kesan kepada hati anda.
Kita
bukan sahaja dilarang keras melakukan kerja-kerja yang boleh merosakkan hati
kita, membuat hati kita menjadi lalai, tapi kita juga dilarang mematuhi atau
mengikuti orang-orang atau golongan-golongan yang lalai itu.
Allah
berfirman:
“........Dan janganlah engkau mengikuti orang yang hatinya Kami lalaikan dari mengingati
Kami, serta menuruti keinginananya dan keadaaannya sudah melanggar batas”. Al-Kahfi
[182]:28.
Dan
jangan pula lupa berdoa. Rasulullah saw pun berdoa untuk kebaikan hati yang
keras dan resah gelisah. Antara doa baginda saw ialah:
“Wahai Tuhan yang membolak balikan hati, tetapakanlah
hatiku atas agamamu”
Dalam
Kitab Suci al-Quran Allah berfirman tentang sebuah doa untuk kita yang bererti:
“Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau sesatkan hati kami,
sesudah Engkau tunjukkan jalan yang benar dan berilah kami rahmat dari sisi
Engkau, sesungguhnya Engkau suka memberi”.
Akasnya
kita hendaklah sentiasa mengambil berat tentang hati kita supaya sentiasa
berada dalam keadaan yang lurus dan bersih, dengan melengkapkan diri kita
dengan akhlak yang mulia dan terpuji sejajar dengan perintah Allah, sebaliknya
menjauhkan diri kita daripada perangai dan tingkah laku yang keji dan hina yang
tidak diperkenan oleh Allah.
Semoga kita akan kembali kepada Allah dengan hati yang bersih tanpa sifa-sifat keji dan tercela yang menjadi kemurkaan Allah.
Sentiasalah
ingat bahawa kebahagian hidup manusia itu bergantung kepada hatinya. Dan hati
itu pula mestilah sebuah hati yang tenang, tenteram dan bahagia. Tanpanya manusia
tidak mungkin mencapai kebahagian yang sepenuhnya, walaupun ada berbagai-bagai
cara manusia untuk mencapai kebahagin hidup. Dan kebahagian itu pula hanya boleh
dicapai oleh hati orang-orang yang beriman, hati patuh setia kepada Allah
Taala. Tanpanya kebahagian penuh tidak akan tercapai walaupun sekuat dan sejauh
mana mereka berusaha untuk meraihnya. Seperti dikatakan di atas, seluruh
kegiatan harian umat Islam adalah ibadat, asalkan dilaksanakan kerana Allah,
justeru itu semua tindak tanduk orang Islam akan mendapat ganjaran pahala, dan
pahalanya akan sampai kepada hati dan ini akan menambahkan kebahagian hati
sepanjang masa..
Semoga kita akan kembali kepada Allah dengan hati yang bersih tanpa sifa-sifat keji dan tercela yang menjadi kemurkaan Allah.
“Hai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhan mu dengan hati yang puas dan diridhai Nya, maka masuklah ke dalam jama’ah hamba-hamba Ku, dan masuklah ke dalam syurga syurga Ku”. Al-Fajr [90]: 27-30.
Pondok Rahmat
30 April 2020/
7 Ramadhan 1441
0 comments:
Post a Comment