KETTAWA TERKEKEH-KEKEH

>> Saturday, April 4, 2020




KETAWA TERKEKEH-KEKEH BILA ORANG JATUH


PADA zaman kanak-kanak kita sering mengikuti berbagai-bagai jenis permainan untuk brsukaria atau berhibur bersama-sama rakan-rakan.

Seringkali kita pun jadi peserta juga, bukan hanya sekadar menjadi penonton.

Beraneka jenis permainan kita mainkan bersama, seperti main guli, main golek para, main kapalterbang, main capkelepit dan sebagainya.

Selalunya kita mentertawa dan mengejek-ejek orang yang kalah bermain, dan sebaliknya kita juga sering diejek kalau kita tewas dalam sesuatu permaian dalam bentuk pertandingan.

Itu adalah perkara yang lumrah diejek dan mengejek,

Tidak ada siapapun marah-marah kalau diejek atau mengejek kenana tewas dalam sesuatu perlawanan.

Kalau ada yang marah kerana diperli akibat tewas dalam sesuatu permainan, maka dia dianggap lokek dan sukar untuk mencari kawan untuk bermain lagi.

Itu kehidupan zaman kanak-kanak, tertawa mentertawa, dan ejek mengejekkan.

Sedar atau tidak sedar, sebahagian daripada cara-cara bermain zaman kanak-kanak itu trebawa-bawa kepada zaman dewasa, ke dalam lapangan hidup yang sebenarnya.

Antara kebiasaan bermain zaman kanak-kanak itu yang kita warisi ke alam dewasa dalam perjuangan hidup yang sebenarnya ialah mengejek dan mentertawakan mereka yang tewas dalam sesuatu adegan hidup walaupun pertandigan tidak pernah diistiyarkan.

Salah seorang daripada kawan kita mendapat pjojek besar untuk dilaksanakan, setelah berjalan beberapa waktu projek itu gagal diselesaikan dan kawan kita itu mangalami kerugian.

Kita amat gembira dengan kegagalan itu serta mengejek kerana menerima pojek besar yang tidak mampu dijalankannya. Malah dari sejak awal lagi kita tidak berharap kawan kita memperolehi projek tersebut, malah mengharapnya kita yang lebih berpengalaman ini memperolehinya, lagipun kita juga mempunyai banyak kroni yang sepatutnya kita mendapat projek trsebut. Tapi kenapa tidak?


Sikap ini penyakitnya lebih berat, kerana mengandungi hasad dan dengki, yang telah citerima sebagai penyakit kronis  kepada orang Mukmin.

Kita ketawa terkekeh-kekeh bila mengetahui ada segolongan anak-anak muda, termasuk pelajar-pelajar sekolah telah diberkas oleh polis kerana terlibat dalam kegitan yang tidak bermoral.

Lalu kita menuduh ibu-bapa mereka tidak mengambil berat tentang anak-anak mereka, dan menuduh mereka cuai dalam pendidikan anak-anak menyebabkan mereka menjadi liar,

Kita merasa bangga kerana anak-anak kita tidak terlibat dalam kegiatan yang merbahaya dan merugikan itu.



Tapi kita tidak tahu, anak lelaki kita, juga sedang diburu polis kerana disyaki terlibat dengan pengedaran dadah.

Pada suatu hari kita mendapat beerita sekumpulan pegawai-pegawai kerajaan telah ditangkap oleh polis kerana terlibat parti haram.

Anda merasa gembira mereka ditangkap kerana kecuaian mereka dalam melakukan kerja-kerja maksiat. Anda lupa bahawa anda sendiri sering melakukan kerja-kerja tidak bermaruah seperti itu, tapi anda masih bernasib baik kerana masih terlepas dari jaring undang-undang.

Tapi bolehkah anda menjamin anda terus selamat sampai ke akhirnya?

Tegasnya anda amat senang hati melihat
kegagalan dan kekecewaan orang dalam semua perkara, baik atau buruk, dan ditokok tambah pula dengan berbagai-bagai prasangka buruk rekaan anda sendiri untuk menyedapkan jalan cerita.

Malah kadang-kadang keluarga kita sendiri pun kita tempelak dan kutuk, kerana salah seorang daripada mereka membuat kesalahan.

Justeru itu jika anak lelakai mereka membuat kesalahan, si ibu akan mejerit memaki hamun dan mengaitkan dengan sejarah ayah si anak masa muda-muda dulu seorang  nakal dan jahat. Malah kadang-kadang diungktinya sampai perangai dato nenek yang sedang beristiharat dalam kubur,Patutlah anak cucu pun jahat, katanya.

 Kita seolah-olah lupa nasib masa hadapan kita ke mana akan jatuhnya tidak kita tahu. Hidup ini ada masa naik, ada masa turun, ada pasang ada surut.


Semua terletak di tangan Allah yang telah menentukan sejak azali lagi.

Mana tahu kalau nasib anda pun lebih buruk dari mereka, sebab aliran hidup ini tidak selamanya berada di atas ombak yang melanda, kapal besar sering karam di lautan.

Waktu itu anda pula akan dihina dan ditertawakan kerana kata mereka kebodohan anda dalam melayarai kehidupan ini menyebabkan anda kecewa dan gagal.

Justeru itu tidak wajar mentertawa dan menghina orang, jika mreka gagal amtau kecewa, lagi pun kita tidak tahu sekuat mana iman di dada kita untuk menghadapi godaan yang mendatang nanti.

Jangan-jangan kita jatuh lebih teruk dari mereka?
Ingatlah hidup ini bukan tempat bermain-main atau brsenda gurau bagi orang Mukmin. Ianya merupakan satu medan perjuangan untuk mencari kebaikan sebagai hamba Allah yang telah menentukan pembalasan-pembalasannya untuk amalan-amalan tertentu, ke syuga atau ke neraka jahanam.

Allah telah mencela dalam al-Quran yang menganggap hidup ini tempat senda gurau atau main-main, iaitu ditujukan kepada orang kafir yang tidak percayakan adanya hari pembalasan Kiamat dan pertemuan dengan Tuhannya pada hari tersebut. Tapi bila tiba saat kematian secara tiba-tiba menyebabkan mereka kaget besar kerana apa yang dijanjikan oleh Allah itu benar, bukanya main-main. Janganlah jadi seperti orang kafir yang menyesal kemudian tidak berguna dengan tidak mengendahkan perintah Allah untuk berbuat baik.

Dalam al-Quran Allah berfirman:

-“Dan tidak [demikian]  kehidupan dunia meliankan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan dan demi sesungguh negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Oleh itu tidakkah kamu mahu berfikir?”.


Al-‘An-‘an [6] _ 32.

Ada sebuah Hadis Rasulullah saw yang memberi peringatan kepada kita tentang permainan dunia ini.

Pada suatu masa seeorang mabuk telah dibawa menghadap Baginda saw untuk diadili,, dan dihukum mengikut Islam ialah takzir. Ketika pesalah itu hendak dijalani hukuman, beberapa orang yang berada dan nelihat acara itu menyumpah-nyumpah kepada lelaki itu.

-“Laknat Allah ke atas kamu, penjahat”.

Nabi saw murka kepada orang yang mengutuk itu dan berkata,

-Jangan engkau laknanti dia. Demi Allah engkau tidak tahu dia cintakan Allah dan Rasulnya”.

Dalam versi yang lain, Nabi saw bersabda,

-Jangan dikutuik dia, tapi mohonlah supaya ia diberikan keampunan dan taubat oleh Allah”.

Sebelum mencela orang, mengutuk orang, teleklah dan lihatlah ke dalam diri kita sendiri dulu, sejauh mana kebaikan yang telah kita lakukan dan sebanyak mana amal ibadat yang telah kita kerjakan?


Sebaik-baiknya jangan mencela dan mengutuk andainya ada orang tersilap langkah atau gagal dalam usaha mereka untuk membangun kehidupan, sebab hidup ini bukan tempat bermain-main atau bersenda guruan.

Pondok Rahmat
3 April 2020

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP