>> Thursday, March 12, 2020


Kenapa berpantaNG KETIKA SAKIT???

Bisikan Dari Ranjang Tua


BEERPANTANG maksudnya berhenti daripada melakukan sesuatu yang sering dilakakan oleh seseorang sebagai kabiasaannya.


Kebanyakan orang berpantang makan sesuatu makanan bila mereka dikurniakan sakit, terutama sakit-sakit serius, seperti penyakit jantung, penaykit kencing manis atau darah tinggi.


Malah mereka sedjrj mendului wejengan pantang sebelum lagi diperintahkan oleh doktor, kerana mereka bimbang penyakit mereka akan cepaat mererbak dan tidak terkawal jika mereka  tidak segera berpantang.


Namun begitu ramai pula mereka yang tidak berpatang, kerana berpantang merupakan beban berat  mereka keada, lalu mereka menyentap apa sahaja yang ada di hadapan mata.


Akibatnya keadaan mereka bertambah sukar kerana terus bertambah derita dibeban penyakit yang mereka menciptanya sendiri.


Jika sakit berat, banyak perkara yng patut dipantangkan, bukan sahaja dari segi makan minum seharian, tapi juga dalam tidur baring, hiburan, hobi dan sebagainya.


Kita sepatutnya berpantang sebelum kita sakit, iaitu makan dengn cermat dan berhati-hati dengan memilih makanan-makanan yang memberi manfaat semata-mata.Bukannya melantak apa sahaja yang ada.


Insya Allah dengan berbuat demikian kita tidak gmpang diserang penyakit.
Ingatlah apa yang kita lakukan har ini, tegasnya apa yang kita makan har ini kesannya akan menjalari jauh ke hari depan, hingga ke penghujung hayat kita.


Berhati-hatilah! Walaupun makanan itu merupakan anak kunci pembuka pintu hati manusia, tapi serentak itu juga ia banyak membuka tingkap-tingkap rumah sakit.                                                                   
Justeru berhati-hatilah.



Pondokrahmat

12 Nac 2029’

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP