SAYANGKAN IBU DAN AYAH
>> Thursday, March 26, 2020
ANDA SAYANGKAN IBU
DAN AYAH ANDA??
IBU BAPA adalah merupakan bahagian yang penting dalam
kehidupan kita. Adanya mereka tidak ada, maka tidak adalah kita.
Selain itu mereka juga memegang peranan yang penting
dalam kehidupan seseorang, dengan membei mereka makan dan minum, menjaga
kesihatan dan kebajikan merka dan memberi pelajaan dan sebagainya kepada
mereka.
Anak-anak manusia bukan seperti kebanyakan anak-anak
haiwan yang secara fitrah lagi boleh hidup sendiri dan membesar walaupun tidak
mendapat perhatian daripada ibubapanya. Tapi anak-anak manusia kalau tidak
dijaga secukupnya mungkin akan musnah begitu sahaja dari sejak awal
kelahirannya lagi.
Sejak selepas Perang Dunia Kedua, hampir seabad yang
lalu, keadaan di kampung desa di seluruh tanahair telah jauh berubah. Ia merupakan
sebahagian besarnya melibatkan perubahan sosial, perekonomian penduduk-penduduk
negeri dan tempatan yang bertambah dengan pesat bilangannya.
Kerja-kerja bersumberkan pertanian sudah tidak ada lagi
dan atau hampir tidak ada lagi, mungkin ada tapi tidak mampu lagt menanggung
pekerjaan para pemuda, yang mungkin pula tidak bersedia melibatkan diri
perusahaan tersebut, menangkap ikan umpamanya yang masih tidak begitu maju .
Dengan perubahan-peruahan di bidang sosial itu, maka
turut berubah berbagai-bagai bidang kemsyarakatan, seperti bidang ekonomi, dan
budaya, kekeluargaan malah semuanya akan
mengalami perubahan yang pesat.
Perubahan dalam bidang kekeluargaan, akan mengalami baik
dan buruk, dari negatif dan positifnya. Antaranya hubungan antara keluarga
tidak akan berjalan dengan licin seperti di masa-masa sebelumnya.
Hubungan kekeluargaan, saudara mara, adik beradik, ipar
biras akan terusik kerana mereka tinggal dalam jarak yang jauh, dan masing-masing
sibuk dengan urusan seharian masing-masing.
Malah hubungan anak-anak dengan ibu bapa juga akan
tergugat, kalau dulu setiap hari tinggal bersasma, tapi hari ini, jarak tempat
telah memsahkan mereka
Seminggu sekali tak sempat nak balik kampung, malah
sebulan sekalipun masih belum pasti, kerana berbagai-bagai halangan termasuk
halangan pebelanjaan yang akan dihabiskan oleh trip perjalanan balik kampung.
Mahu tidak mahu mereka hanya mempunyai pilihan pada cuti
hari raya sahaja, itupun terpkasa dikongsi dengan suami isteri, sekali hari raya
ke rumah isteri dan sekali lagi ke rumah suami pula. Begitulah bergilir-gilir.
Tahun demi tahun masa berlalu, dari remaja kepada dewasa,
dan dari muda kepada tua perubahan-perubahan akan terus berlangsung. Pertalian
kekeluargaan mungkin bertambah kendur, mungkin juga pertalian antara anak-anak
dan kedua ibu bapaturut merosot.
Akhir-akhirnya hubungan anak-anak mungkin kian renggang
dengan ibu bapa. Malah kadang-kadang anak-anak boleh terlupa langsung kepada ibubapa
mereka yang masih hidup berada di kampung laman.
Kalau balik kampung, jalannya di atas udara, dan mereka
tinggal di hotel, tidak balik juga menjenguk rumah tua, tapi menjemput orang
tua datang tinggal bersama di hotel, katanya sebagai penghormatan kepada oang
tua.
Rumah orang tua dibiarkan menjadi kerangka buruk yang
menunggu masa untuk roboh ke bumi, walaupun masih didiami oleh orang tuanya.
Anak-anak yang maju dalam hidup seperti ini, mungkin
menghulurkan sumbanagan atau derma yang besar kepada mereka di luar sana, yang
memerluknnya, baguslah, sehingga sumbangan itu sampai ke luar negara. Namun
begitu, tidak pula kepada kedua ibubapa yang telah tuaxi kmpung, atau sanak
saudara di kampung yang telah tenggelam dari ingatan.
Keadaan akan menjadi bertambah buruk, kalau selama ini
ikatan kekeluargaan dengan ibubapa sudah tidak begitu lancar dari sejak bermula
lagi.
Akhirnya hubungan itu kian lus atau longgar dikikis masa
yang berlalu.
Inilah dia realiti hari ini.
SEKADAR MENUNGAN
Saya ada beberapa buah kisah yang berkaitan dengan
anak-anak, ibu dan ayah untuk dikongsikan bersama. Hanya tiga buah kisah benar
sahaja yang saya kongsi di sini.
Meninggalkan Ibu
Kisah ini berlaku kira-kira hampir setengah abad yang
lalu. Kisah ini diceritakan sendiri oleh seorang wanita tua yang menjual pulut
bakar di Jalan Tok Hakim pada waktu malam.
Di kaki lima dan di tepi jalan yang pendek itu penuh
dengan orang berjualan pada waktu malam. Kebanyakannya menjual makanan,
termasuk aneka nasi bungkus dan aneka kueh-mueh, terutama kueh-kueh tradisional
Kelantan.
Setiap malam, ada seorang wanita penjual pulut bakar yang
telah tua. Kebetulan pulut bakarnya sedap dan saya gemarkan pulut bakar, maka
setiap kali ke situ kami akan mencari penjual pulut tersebut.
Sambil menunggu pulut yang dibakar masak kami sering
berbual-bual tentangn kehidupannya. Dia tinggal tidak jauh dari situ, iaitu di
Lorong G. Mati. Ada sebuah kisah dirinya yang suka benar diceritakannya.
Katanya, dia mempunyai seorang anak lelaki yang berkerja
sebagai seorang guru sekolah.
Beberapa bulan yang lepas anak lelakinya yang
satu-satunya itu memberitahu dia hendak berkahwin dan memberitahu juga gadis
pilihannya itu anak seorang jiran yang tidak berapa jauh dari rumah mereka.
Katanya dia membantah rancangan anaknya itu, kerana
mengenali hati budi keluarga gadis tersebu, tapi anak lelakinya tidak
mendengarnya, dan orang-orang tua gadis itupun hampir setiap hari pergi ke
rumah merayu supaya saya membenarkan perkahwinan itu, dan menjamin dia akan
membenrkan anaknya pulang ke ruamhnya malah juga tinggal bersamanya.
Katanya mahu tidak mahu diapun memberi persetujuan, dan
sejak, selepas menyambut menantu, sampai ke malam itui, anak lelaki dan
menantunya itu tidak pernah menjejak kaki ke rumahnya.
Saya tidak tahu nasib wanita itu seterusnya, kerana
selepas itu kami berpinah tinggal di Gua Musang selama beberapa tahun.
Baru Tahu
Peristiwa ini berlaku pada salah seorang jiran saya.
Gadis jiran saya itu akan dijabkabulkan pada suatu malam. Pagi itu beliau pergi
ke rumah saya menyatakan kesyukurannya kerana akan berkahwin dengan pemuda yang
menjadi pilihannya, dan berharap kami berdoa untuk kebahagiiiannya suami
isteri.
Tapi malam itu acara tidak berjalan begitu lancar, kerana
sesuatu yang tidak diduga telah berlaku. Majlis akaad nikah itu telah
terganggu, kerana ayah gadis itu memberitahu dia bukannya ayah gadis yang
sebenarnya, gadis hanya anak tumpang. Katanya dia mendapat gadis tersebut
semasa berada di Singapura.
Dia telah dibesarkan sejak bayi lagi bersasma-sasma anak-anaknya
yang lain, lelaki dan perempuan,Tidak siapa yang mengetahui rahsia itu kecuali
beliau dan isterinya, walaupun desas-desus kadang-kadang timbul syak wasangka
jiran-jiran yang melihat kelainan wajahnya itu dengan adik beradik yang lain.
Pada malam, sebaik-baik sahaja mengetahui hal itu, dia pun menangis dan
meraung sekuat hatinya kerana merasa amat kecewa kerana dia tidak diberitahu
lebih awal.
Tapi setelah dipujuk dan diberikan penjelasn dia dapat
bertenang, dan dapat menerima kebenaran, serta pemuda itu masih teap bersedia
untuk menjadi suminya walaupun dia anak angkat.
Bagaiama kiranya anda yang terlibat dalam perkara ini?
Anak Angkat
Beliau salah seorang sahbat baik saya. Seorang pemuda yng
stabil dan baik perangai dan tingkah lakunya.
Tapi suatu perkara yang tidak diduga sama sekali telah
berlaku. Beliau baru mengetahui bahawa beliau adalah anak angkat kepada orang
yang dianggapnya sebagai ayah selama ini.
Perkara ini terdedah dengan tidak sengaja. Seghaja nak
jadi cerita. Dia memang baik dengan seorang lelaki yang suka benar menolongnya
menjalankan kerja-kerja kebajikan tanpa mengetahui perkara sebenarnya.Bahawa
lelaki itu adalah ayahnya yang sebenar.
Bila dia mengetahui hal itu, dia amat marah sekali, dan
amat marahkan lelaki itu yang memberikan diri nya kepada orang untuk dipelihara.
Dia merasa amat kecewa.
Natijahnya dia
tidak mengaku lelaki itu sebagai ayahnya walaupun dipujuk oleh ayah angkatnya.
Katanya dia tidak mempunyai ayah yang lain, selain dari ayah angkatnya yang
dianggap ayahnya yang sebenar tu.
Sejak itu dia selalu menjauhkan dirinya dari lelaki yang
ayahnya yang sebenar itu. Sudah bertahun-tahun tidak ditemuinya. Di munghkin
masih hidup, dan mungkin telah mati. Apa pedulinya.
“Mempunyai ayah yang memalukan, anak seorang pun tak
mampu nak pelihara?”. Beliau sering mengomel
sendirian sekali-sekala.
Kata Allah
Dalam al Qran terdapat banyak ayat yang Allah perintahkan
manusia supaya berbuat baik kepada ibu bapa. Saya kutip di sini sekadar
beberapa ayat sahaja:
-
Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah SWT. Janganlah
kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua, dan hendaklah kamu berbuat baik
kepada kedua-dua ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang
miskin,jiran tetangga yang dekat, dan jiran tetangga yang jauh, rakan sejawat,
orang musafir yang terlantr dan hambaa yang kamu miliki”. –An-Nisa:36.
-
Dan Tuhanmu telah perinahkan supaya engkau tidak
menyembah melainkan kepada Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik
kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari kedua-duanya, atau kedua-duanya sekali
sampai kepada umur tua dalam jagaan dan
pemeliharannmu, maka janganlah engkau berkata mereka “ha”. Janganlah engkau
menengking atau menyergah mereka. Katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia
[yang bersopan santun].-al-Israa’:23.
- Janganlah kamu menyembah melainkan Allah SWT, dan berbuat
baiklah kepada kepada kedua-dua ibu bapa,kaum kerabawt, anak-anak yatim dan
orang-orang miskin. Katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang
baik dan dirikan solat serta berilah zakat”.al-Baqarah:83.
Sekian.
Pondok Rahmat
25 Mac, 2020
0 comments:
Post a Comment