MALAM YANG SAKIT
>> Sunday, March 15, 2020
MALAM YANG SAKIT
[Bisikan Dari Ranjang Tua]
PADA umumnya setiap hari itu Allah Rabu Alamain bahagikan
kepda dua bahagian, siang dan malam dengan tujuan masing-masing.
Siang nntuk bekerja mencari rezeki atau mencari
kehidupan, sedangkan malam untuk tidur dan berihat-rihat melepaskan
di siang hari.
Kita hidup dalam dua masa tersebut, siang atau malam,
atau sebhagian dari siang dan sebahagian dari malam.
Sepanjang hari dibahagikan kepda 24 jam, separuh siang
hari dan separuh lagi malam malam.
Tiada siang atau malam, maka tiadalah masa hidup kita.
Setiap orang mempunyai masa yang sama banyak saban hari, tidak berlebih dan tidak
berkurang.
Namun begitu orang yang bijakpandai sahaja yang dapat
menguruskan masanya dengan wajar, kerana itu semua masanya memberi faedah
kepadanya, dan kelihaan dia mempunyai masa yang mencukupi untuk mengurus
kepentingan dirinys sendiri dan juga orang lain.
Tidak ada perebutan masa dalam perubahan siang atau
malam. Bila malam menjelma, maka hari siang pun dengan senang hari berlalu, dan
seblaikya bila tiba waktu siang, maka
waktu malam beranjak dengan senang hati bersama dengan puteranya sang mataharinya.
Dalam hal ini, tanggapan sseseorang terhadap sesuatu masa
tidaklah sama, malah berbza-beza, tergantung kepada perasaan, mood, sikap, dan
gerak hatinya.
Justeru itu dalam keadaan masa yang serupa, waktu yang
sama tapi manusia mungkin merasa berbeza kesan terhadap dirinya, sseperti
sedih, suka, gembira dan sebagainya.
Justeeru itu ada orang yang merasa masa yang
diperolehinya itu terlalu panjang menimpakan problem kepadanya, dan ada pula merasa
yang dimiliknya itu terlalu pendek, menyebabkan dia tidak berkesempatan
melakukan apa yang diperlukannya.
Telah dikatakan perkara ini lebih banyak bergantung
kepada perasaan, mood dana jiwa seseorang yang sedang mengalami sesuatu masa
itu, kalau dalam keadaan kepayahan, seperti sakit atau kerugian harta seseorang
mungkin akan merasanya terlalu panjng atau lambat berlalu, malah mungkin
merasaaaaa tidak berganjak-ganjak lagi.
Sebaliknya jika manusia berada dalam keadaan senang atau
gembira ia akan merasaa masanya terlalu sempat beerlalu sehingga dia
bersekesempatan untk menikmatnya,
Walau bagaimanaaaaapun, kepada orang-orang yang beriman dan
sabar, sebarang keadaan masa tidak dapat mempengaruhi keadaan mereka, kerana
mereka sntiasa mengingati Allah dan berpegang teguh dengannya. Mereka sentiasa
berasa di samping Allah.
Justeru itu janganlah lupa untuk berdoa sepanjang masa,
termasuk doa-doa yang diajar oleh Rasulullah saw waktu henddak tidur, termasuk
membaca tiga surah,baik untuk orang tua, orang muda, lelaki perempun,sihat dan
sakit, surah-surah ialH:
Al-Ikhlas:
Maksudnya:Es
Katakanlah [wahai Muhammad], “Tuhanku ialah Allah Yang
Maha Esa,
Allah yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon
sebarang hajat; Ia tidak beranak, dan Ia pula tidak dipernakkan,
Dan tidak ada sesuatu yang serupa dengan Nya”.
2:Alfalaq:
Maksudnya:
Katakanlah wahai Muhammad, “Aku berlindung kepada Allah Tuhsn ysng
menciptakan sekalian makhluk,
Dari bencana mahluk-makhluk yang Ia ciptakan;
Dari bahaya gelap apabila ia masuk;
Dan dri kejahantan makluk yang menghembus-hembuskan pada
simpulan dan iakatan-ikatan;
Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan
dengkinya
3.An-Nas
Maksudnya:
Katakanlah wahai Muhammad, “Aku berlindung kepada Allah
pemelihara sekalian manusia;
Yang menguadai sealian manusia;
Tuhan yang berhak
disembah oleh sekalian manusia
Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam;
Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati
manusia,
Iaiatu membisik dan me nghasut dari kalangan jin dan manusia”.
Sekian sekadar renungan jua/
Pondok Rahmat
15 Nac 2020
0 comments:
Post a Comment