JAUHI 7 DOSA BESAR

>> Saturday, March 21, 2020





JAUHI 7 DOSA BESAR

SETIAP  masa di sekeliling kelalang kita ini ada berbagai-bagai dosa jika kita melakukannya, baik secara sengaja atau tidak sengaja

Justeru itu orang-orang beriman dan bertakwa amat berhati-hati supaya tidak melakukan dosa yang akan menerima ganjaran hukuman dari Allah SWT nanti.

Namun begitu, kadang-kadang kita tidak sedar atau terlepas melakukan dosa-dosa yang tidak wajar kita lakukan.

Justeru itu setiap kali menyedari kita telah melakukan sesuatu dosa, maka segera bertaubat dan memohon keampunan kepada Allah supaya dosa kita diampun Oleh Nya.

Tujuh dosa besar yang dikatakan oleh Rasulullah saw itu sebagaimana berikut:

Di antara begitu banyak dosa-dosa itu ada tujuh dosa besar yang sering dilakukan  oleh manusia  dalam kehidupan  seharian mereka.
 
1. Bersama-sama bersekongkol dengan orang lain menyembah selain dari Allah.

2. Melakukan Sihir
Perbuatan sihir ini telah lama wujud untuk memusnahkan orang lain kerana hasad dan dengki, dengan menggunakan bantuan jin, iblis dan syaitan. Hari ini pun, manusia bertambah maju dan tinggi ilmu pengetahuannya, tapi ilmu sihir masih juga digunakan dengan meluas di kalangan masyarakat manusia. Sedangkan bermain dengan sihir adalah salah satu daripda dosa besar,

3. Membunuh seseorang yang diharamkan oleh Allah, kecuali  dilakukan dengan adil menurut hukum Islam.

Hari ini pembunuhan secara yang tidak wajar masih berlaku di sana ini, termasuk di negara kita dengan penemuan aneka mayat manusia di merata tempat akibat daripada pembunuhan.

4. Makan riba
Kegiatan makan riba ini dipercayai masih terus berjalan, mungkin secara terang-terang atau secara sembunyi-sembunyi, menerusi intitusi halal atau haram, seperti  kumpulan-kumpulan pemberi hutang yang bergerak cergas di tanah air.

5. Makan harta anak-anak yatim
Kegiatan ini masih juga berlangsung, baik di kampung atau di desa, baik secara sedar atau tidak disedari bila ada anak-anak yang kematian ibu bapa mereka. Orang-orang yang bertanggungjawab mengurus hartas mereka, samada secara sengaja tau tidak sengaja akan mengsonglap harta anak-anak yatim itu.

6. Meninggalkan musuh atau lari dari musuh ketika peperangan sedang berkecamuk. Ini pun salah satu perbuatan yang besar dosanya oleh Islam, yang ditegaskan sendiri oleh Baginda SAW.

7. Menuduh wanita-wanita yang suci dan beriman sebagai penzina.
Tuduhan-tuduhan seperti ini kadang-kadang masih dapat kita dengan di sana sini walaupun tanpa pembuktian yang mencukupi dari segi hukum Islamnya.
Hadis ini diriwayatkan oleh Abu Hurairah  rah yang menceritahkan ketika Rasulullah saw bersabda kepada para sahabatnya, “Jauhilah tujuh dosa yang membinasakan”.

Hadis Sahih Bukhari.

Maka para sahabatpun bertanya, “Apakah dosa itu wahai Rasulullah?”.

Baginda menjawab dengan menyebutnya satu persatu apa yang dikatakan di atas tadi.

Justeru itu sentiasalah berhati-hati agarkita semua tidak terlibat dalam dosa-dosa yang disebut oleh Rasulullah saw itu.

Sekian, sekadar renungan bersama.

Pondok Rahmat
18 Mac 2020.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP