MAKJIZAT AL QURAN
>> Monday, March 23, 2020
MAKJIZAT AL QURAN
SEBELUM kita melangkah lebih jauh menjangkau tajuk di
atas, adalah lebih baik kita bicarakan
sedikit tentang perkataan makjizat, supaya kita tidak tersesat dan meraba-raba
dalam terang.
Makjizat itu suatu
perkataan khusus menggambarkan sesuatu
yang luar biasa yang dikurniakan oleh Allah kepada hamba-hamba Nya yang
istimewa, iaitu para Rasuln Nya untuk membenarkan keRasulnya.
Makjizat hanya
hak mutlak para Rasul
semata,tidak ada makhluk selain dari Rasul yang mendapat makjizat dari Allah
SWT. Tidak ada mana-mana makhluk lain yang dikurniakan makjiza, baik jin atau
manusia yang bukan Rasul. Andainya ada makhluk lain didapati dapat melakukan
keajaiban yang sama setara dengann makjizat, baik secara perseorangan atau berkumpulan ,maka ianya bukan lagi
makjizat.
Justeru apa yang
dikatakan makjizat itu ialah sesuatu yang berkekalan. Atau abadi yang tidak
akan disentuh oleh sebarang perubahan
buat selama-lamanya. Kerana kiranya ada orang lain lagi dapat melakukan makjizat yang sama, maka ia tidak lagi makjizat dan
merupakan perkara yang luar biasa sahaa.
Muhammad SAW adalah seoerang Nabi dan Rasul Allah yang dipikulkan dengan tugas khas untuk menyampaikan agama atau Syariat
Islam kepada seluruh makhluk dan alam
buana ini. Seperti Rasul-rassul lain
juga, beliau dikurniakan dengan
makjizat-makjizat yang khusus untuk membuktikan ke Rasulannnya.
Antara makjizat Rasululllah yang agung ialah Kitab Suci al Quran, yang mengandungi hukum yang lengkap,dan
panduan hidup yang sempurna untuk seluruh manusia, Malah ia sebenarnya sebuah
makjizat yang lengkap dan sempurna yang tidak dapat ditandingi oleh apa-apa atau
mana-mana kitab sekalipun, baik baru atau lama dan akan tetap menjadi bukti ke Rasulan
Muhammad SAW.
Perkara ini dinyatakan sendiri oleh Allah SWT dalam
firman Nya yang menegaskan bahawa hanya satu agama sahaja yang diredhai oleh
Allah dan satu-satunya itu ialah Agama Islam. Mana-mana agama atau kepercayaan
selain dari Islam tidak diterima oleh Allah, di dunia dan akhirat.
Justeru itu agama
Islam adalah sudah pasti agama yang utuh yang mampu menghadapi segala macam
cabaran dan ancaman dan sebuah agama universal yang tak lapuk dek hujan dan
lekang dek panas. Ia tetap,utuh di sepanjang zaman dan tidak berubah-ubah.
Justeru, al Quran sebagai salah satu asas kukuh kepada
Islam sudah tentu dilengkapkan oleh Allah segala nilai dan kandungannya untuk
mempertahankan Islam itu tetap berada dimercu kejayaan dan keagungannya yang
tidak mampu dicabar oleh sesiapapun sepanjang masa dan zaman.
Al Quran adalah makjizat agung yang kekal dan abadi,
tidak ada sesiapa pun dapat mengubahnya , walaupun sebuah huruf al-Quran, atau
menambahnya sebutir huruf .
Al Quran adalah mengandungi Syariat Islam, di mana segala
hukum hakam Islam itu bersumber dari al-Quran, justeru itu al-Quran berhak mendapat tempat yang teragung dalam Islam.
Al Quran adalah inti sari Islam, kandungannya mencakupi
semua bidang tentang ke Islaman, dan menjadi sumber segala ilmu dalam Islam dan
menjadi dasar dan pegangan hidup umat Islam di antero dunia.
Tidak ada siapapun dapat menjelaskan dengan tepat dan
benar keadaan alam raya ini, kecauli kitab Suci al Quran yang merupakan
katga-kata Allah yang diturunkan menerusi Nabi Muhammad SAW kepada maya pada
ini. Mereka yang cuba menjelaskan rahsia-rahsia alam buana itu tanpa merurukkan
kepada al Quran tidak akan berjaya, dan akan sesat buat selama-lamanya.
“Sehingga kini banyak telah ditulis mengenai semua jenis
ilmu dan ilmu-ilmu yang berkaitan dengannya, dan hari ini jutaan buku telah
dicetak dan diterbitkan, yang akan mengambil masa lebih dari seluruh umur seseorang manusia
untuk membaca semuanya itu. Tapi al Quran sebuah buku yang tersendiri, di mana
walaupun seseorang mampu mempelajari
semua buku yang ada di seluruh dunia ini,
tapi al Quran masih tetap mereka perlukan sebagai panduan utama.
Demikian kata seorang ilmuan Islam, Maulana Wahiduddin Khan, dan menyambung .“Tanpa
al Quran , seseorang manusia itu seperti sebuah kapal hanyut di lautan yang luas tanpa kompas atau
pedoman. Persis sebagaimana kapalaut itu sesat tanpa kompas, maka demikianlah
manusia memerlukan panduan Ilahi untuk menggerakkannya dalam kabut kewujudan
manusia. Hanya orang yang dapat berkongsi cahaya iIlahi mampu melayari membelah lautan kehdupan.
Mereka yang dinafikan atau menafikan dirinya dari cahaya Ilahi , akan sesat dalam
lautan kehidupan dan akan karam
diatasbatu karang yang tesorok tanpa mampu menyelesaikan masaslah yang
dihadapnnya dengan memuaskan”.
Malah al-Quran itu dapat menyelesaikan semua perkara di
dunia ini, baik kecil ataupun besar,
yang meliputi alam maya. Pada masa-masa yang lalu al-Quran telah berjaya
menyelesaikan banyak rahsia alam yang sejak sekian lama, menjadi rahsia dan
teka-teki yang tidak berjawab. Cuma malangnya, biasanya persoalan-persolan itu
terjawab melalui tokoh-tokoh yang bukan
Islam yang rajin berusaha mencari jawapannya. Justeru bila tiba masanya nanti,
iaitu semua perkara yang menjadi rahsia sejagat akan terbongkar nanti menerusi
al Quran”.
Allah sendiri menegaskan al Quran itu mempunyai kekuataan
yang amat luar biasa. Allah berfirman bahawa andainyal al Quran itu diletak di
atas gunung, maka gunung-ganang itu akan tunduk dan terbelah kerana takutkan Allah
kandugan al Quran itu.
Walau bagaimanapun al Quran itu perlu dibaca, difahami,
dikaji, diteliti dan hayati sepenuhnya oleh seluruh umat Islam. Dengan itu
barulah al Quran meresap di hati dan bergerak menghidupkan umat Islam dalam
keberkatan dunia dan akhirat.
Pondok Rahmat.
22 Mac 2020
0 comments:
Post a Comment