BISIKAN SENJA

>> Monday, March 16, 2020




BISIKAN SENJA

AHAD,15 MAC, 2020……..

 

Senja telah melabuh tirai
Tabir malam akan menutup senja
Sepi di hujung desa
Diuli manja unggas mergastua
Selamat malam
Hati menimba hiba
Di sisi tuhan mu menimba kasih
Dalam sepi senidirian
……………………………….
Aku mendengar bisikan
Ucapan salam dari pintu dunia

Yang tidak berselak
Salam dijawab

Hati dijamah gembira
Anak-anak saudara

Dan cucu-cucu sudi berkunjung

Bawa barkah diambang malam

Terasa kembang kelopak hati

Macam rimbum dicucuri  embun pagi

“Sila-sila sila-naik” jemput paman di kepalatangga

Hati bertambah kembang.

Ya petang ini orang tua itu menerima kunjungan hormat daripada anak-anak suadara dan cucu-cucu saudaranya daripada sebelah kakaknya Allahyarhmah Cikgu Zubaidah, yang diketuai oleh Azlan dan Arma Wati.

Anak-anak saudaranya itu terdiri daripada Azlan dan Arma Wati Abdul Rahman bersama dengan keluarga masing-masing.

Mereka semua terdiri dari Azlan dan isteri Azimah.

Cucuanda Amirah,suami Ahmad Taufiq dan putera Haikal Amin.

Cucu saudara,Aimi dan suami Firdaus.

Dan anak saudara Armawati,suaminya Razlan dan puteranya Zarif.

Selamat datang anak-anakku, selamat dating!

Malam telah  gerimis

Membawa seribu makna

Semoga aman semuanya

Di sejadah Tuhannya.

Mereka sebenarnya baru pulang meraikan majlis menyambut menantu saudara kami Darma Wani dan Adnan di kediaman mereka di Taman Guru.

Kedua pengantin terdiri dari Ahmad Kamil Hj. Adnan dan Siti Nor Syafiqah bt Ibrahim.

Selamat pengantin baru turut diucapkan. Semoga kekal bahagia selama-lamanya.



Pondok Rahmat
15 Mac, 2020


0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP