AGAR-AGAR NANAS PEPAYA
>> Tuesday, January 31, 2017
Dari Ceruk Dapur Cik Siti
Oleh:Karimah
Zainab
Ramuan-ramuannya:
1 keping
papaya
1 keping
nanas
Sedikit
pisang, appel dan lain-lain buah-buahan
1 pint air
½ agar-agar
2 helai daun
pandan
6 oz gula
Warna-warna.
Peraturannya:
Bersihkan
dan potongkan. Aar-agar dimasak seperti biasa dengan memasukkan daun pandan dan
gula. Tapiskan agar-agar itu. Basahkan acuan, kemudian masukkan sedikit-sedikit
agar-agar itu itu ke dalam acuan itu dengan melenggang-lenggangkan agar-agar
itu spaya berada di bawah dan di sekelilingnya. Agar-agar yang baki dimasukkan
pula, begitulah setrusnya sehingga kesemuanya habis. Bila keras, tuangkan ke
dalam pinggan kemudian hiaskan dengan limau dan nanas yang diulas-ulas di
sekelilingnya.
Catatan: Allahyarhmah. Seorang penggiat
masyarakat. Saya mengenali beliau ketika dia berurusaan dengan Percetakan Dian
kerana penerbitan sebuqh buku mengenai kebudayaan, karyanya bersama dengan
Sulaimam Hamzah. Waktu itu saya baru saja bertugas di Dian. Saya tidak
mengetahui banyak tentang beliau,sehinggalah diketahui kemudiannya beliau telah
meninggal dunia. Khabarnya beliau pernah berkhidmat di UM. Saudara beliau
[Allahyarahmah Cik Gu Nik Fatimah Abdul
Karim] rapat dengan keluarga kami, terutama Allahyarahmah isteri saya, Asiah
Yaacob.
Alfatihah untuk semua yang telah pergi.
Maksud Sabda Junjungan
“Tidak Ada Makanan Yang Dimakan Seseorang
Lebih Baik Daripada Hasil Usahanya Sendiri. Dan Sesungguhnya Nabi Daud
a.s.Selalu Makan Dari Hasil Usahanya Sendiri”; HR:Bukhary & Nasai
.
Lorong Masjid al-Qasimi,
0 comments:
Post a Comment