TUBUH MANUSIA JENTERA YANG AJAIB
>> Wednesday, January 18, 2017
TUBUH MANUSIA
JENTERA ALLAH YANG AJAIB
MARILAH KITA TRINJAU
secara ringkas untuk membolehkan kiita melihat kebesaran Allah yang ada pada
diri kita. Badan manusia terbina daripada berbilion-lion sel yang merupakan
batu-batan kepada badan. Sesetengah daripada sel-sel itu sangat seni
ciptaannya, sehingga memerlukan kanta pembesar untuk melihatnya. Ia juga
mempunyai berbagai-bagai bentuk dan beraneka jenis, sesetengahnya bulat seperti
pinggan, halus seperi rambut dan sebagainya.
Dapat dilihat dengan jentera mata anda
Di dalam setiap sel terdapat nuklius atau inti yang merupakan ibu pejabat kepada sel. Nuklius adalah merupakan sebahagian yang terpenting kepada sel, kerana ia mengawal semua kegiatan hidup sel. Justeru andainya nuklius itu diceraikan dari sel, niscaya sel itu akan mati, seperti manusia kehilangan nyawa.
Di dalam setiap sel terdapat nuklius atau inti yang merupakan ibu pejabat kepada sel. Nuklius adalah merupakan sebahagian yang terpenting kepada sel, kerana ia mengawal semua kegiatan hidup sel. Justeru andainya nuklius itu diceraikan dari sel, niscaya sel itu akan mati, seperti manusia kehilangan nyawa.
Setiap bahagian
anggota badan manusia berhubung rapat antara satu sama lain, dan di antaranya
bekerja secara otomatis, dengan kederasaan yang lebih laju dari mana-mana
jentera otomatik yang pernah dicipta oleh manusia. Susunan-susunan dan
kegiatan-kegiatan anggota-anggota badan itu persis sebuah bandar raya yang
sibuk dan sentiasa bergerak siang dan malam.
Jentera badan adalah
jentera yang paling cekap bekerja. Dan badan itu sendiri boleh dianggap sebagai
sebuah kota yang teratur lengkap dengan segala keperluannya. Badan manusia yang
diumpamakan seperti kota itu mendapat pembekalan makanan dari dunia luar, yang
dimasukkan menerusi sebuah pintu besar, iaitu mulut.
Sebelum makanan itu
dibahagi-bahagikan kepada sel-sel yang memerlukannya untuk hidup, ia terlebih
dahulu dicernakan oleh kisaran-kisaran yang merupakan kilang-kilang dan
jentera-jentera kimia yang terdapat pada badan manusia.
Kilang pertama dan
terpenting yang dilalui oleh makanan ialah gigi rahang yang merupakan jentera
kisaran yang bertindak menghancur dan melumatkannya ketika dimamah. Setelah
dicerna dan bercampur dengan air liur, maka siaplah ialah ia untuk ditelan bagi
meneruskan perjalanan ke perut.
Dalam perut,
makanan-makanan itu mengalami proses-proses kimia yang menukarnya menjadi
cecairan yang kemudiannya bila diresapi oleh usus kecil lalu melarut menjadi
darah. Mana-mana makanan yang tidak boleh dicerna oleh perut, lalu dilepaskan
kebahagian bawah usus [rectum] dan kemudiian dibuang keluar menerusi dubur
sebagai hampas atau tahi.
Peredaran dalam
tubuh persis lalu-lintas di bandar raya yang sentiasa sibuk siang dan malam.
Sel-sel darah merah yang seni itu beredar melalui urat-urat darah, seperti
kereta barang yang dihantar oleh pam jantung untuk membahagikan pembekalan makanan
oksijan dan bahan-bahan lain yang diperlukan oleh sel seluruh anggota untuk
meneruskan hidupnya.
Dalam peredaran itu,
sel-sel darah merah akan bertembung dengan sel-sel darah putih yang
kebanyakannya lebih besar dari sel-sel darah merah. Tapi dalam badan, kira-kira
800 biji sel darah merah hanya terdapat 1 biji sel darah putih. Sel darah putih
ini pula tidaK mempunyai bentuk yang tetap, malah bentuknya berubah-ubah bila
ia bergerak.
Sel-sel darah putih
ini mempunyai tanggungjawab yang penting sebagai pasukan keselamatan yang
memburu dan membunuh penjahat-penjahat yang masuk menceroboh, iaitu kuman-kuman
yang berjaya menembusi sistem pertahanan badan, tegasnya sel-sel darah putih
itu bertanggungjawab membinasakan kuman-kuman itu dengan jalan menelan dan
mencernakannya untuk menghapuskan ancaman-ancaman tersebut.
Darah beredar
melalui saluran yang tetap sepanjang masa. Ia mengambil oksijan dari keladak
paru-paru dan membawanya ke jantung sebelah kiri, dan dari situ darah yang
beroksijan itu dipam oleh jantung menerusi
batang paip pembuluh darah dengan kederasaan perjalanan kira-kira 20
inci satu detik.
Ebrej masa darah
melakukan peredaran penuh di seluruh badan ialah kira-kira 50 detik, iaitu
kira-kira 60-70 kali denyutan nadi. Setiap 6 kali nadi berdetik, bererti
jantung mengepam 1 pin darah atau 12 pin dalam masa 12 minit, atau kira-kira
3,000 gelen dalam masa 24 jam.
Proses peredaran
darah tanpa henti-henti inilah yang merupakan api pemanas yang menghidupkan
jentera badan. Demikinalah cekpanya jantung bekerja mengepam darah sepanjang
hari, tahun demi tahun tanpa henti-henti sepanjang hayat seseorang.
Komander yang
mengarah segala gerakan badan itu ialah otak yang beratnya kira-kira 50 auns
bagi orang dewasa. Di dalam otak itu dilengkapkan dengaan sistem saraf yang
mempunyai tugas yang penting untuk menhgeluarkan perintah kepada
jentera-jentera badan.
Menerusi
pesawat-pesawat saraf itu, otak mengirimkan arus letrik selaju 100 ela untuk 1
detik untuk menggerakkan pesawat urat seperti di lengan yang boleh disifatkan
sebagai krain, rahang sebagai pengancing, lidah seperti pengayuh dan batang
kerongkong seperti saluran paip.
Otak bukan sahaja
sebagai pusat mengawal eletrik untuk membahagi-bahagikan tenaga kepada seluruh
anggota badan, tapi juga merupakan pemancar menerbitkan berita-berita dan
perintah-perintah bertindak, di samping itu bertindak menerima dan merekodkan
gelumbang-gelumbang seluruh badan daripada berbagai-bagai impriasi, seperti
kesakitan, atau pun kemasukan kuman-kuman walau bagaimana kecil sekalipun.
Kepala manusia
merupakan sebuah markas pengawalan yang rapi, tempat-tempat sentri berkawal
rapi setiap detik untuk memberi amaran bila ada pencerobohan bahaya-bahaya dari
luar, seperti sentri mata melihat, sentri telinga mendengar, tangan merasa dan
hidung mencium.
Kemudian segala
pengelihatan, pendengaran, perasaan dan penciuman itu direkodkan di dalam otak
yang merupakan sebuah buku pringatan yang besar, yang tidak dapat dibandingkan
dengan apa-apa rekaan pun di dunia ini.
Di dalam badan
terdapat pengawalan-pengawalan yang ketat dan rapi, lebih teratur daripada
sistem pengawalan polis atau tentera manusia. Di waktu tidur, manusia dapat
tidur dengan lena, walaupun di tengah-tengah kesibukan-kesibukan
jentera-jentera dan kilang-kilang yang bekerja keras tanpa henti-henti
sepanjang hayat itu.
Di waktu tidur itu
urat-urat saraf terus memikul tugas menghubungi satu sama lain seperti
wayar-wayar telefon, dan anggota kecemasan badan meneruskan kerja-kerja
pengawalannya secara otomatik tanpa disedari, sehingga kita bangkit daripada
tidur untuk menyambungkan kegiatan seharian keesokan harinya.
Demikianlah kita
lihat kecekapan jentera-jentera badan ciptaan Allah itu bekerja. Namun
demikian, anggota badan itu mungkin juga mendapat sakit atau ditimpa bencana,
akibat kumpulan-kumpulan sel darah putih dalam menjalankan tugas memburu
penjahat-penjahat kuman-kuman, atau berlaku krosakan pada jentera-jentera atau
kilang-kilang badan itu sendiri.
Dan akhir sekali,
sudah tidak dapat dielakkan lagi manusia akan menemui ajalnya menutup kehidupan
di dunia, untuk memulakan kehidupan baru di akhirat, alam Tuhan yang kekal
abadi.
Lorong Masjiid al-Qasimi,
Kg. Parit, Pasir Tumboh,
0 comments:
Post a Comment