ACAR BUAH 4

>> Sunday, January 29, 2017







ACAR BUAH [4]

Dari Ceruk Dapur Cik Siti

Oleh:Karimah Zainab

Bahan-bahannya:
Buah yang separuh masak.

1 biji nanas
2 biji pauh putik
2 ketul ubi sengkuang
10 biji kacang panjang
5 biji timun yang dibuang pulornya.
Gula, garam, cuka secukupnya.

Kuahnya:

8 biji bawang merah
Ssedikit belacan
½ sumpit kecil serbuk kari ikan
3 biji lada hidup.

Peraturannya:

Potongkan buah-buah itu mengikut kehendak hati. Panaskan minyak, tumiskan bawang, masukkan rempah, kemudian masukkan belacan, lada dan kacang panjang. Gorengkan selama 2 minit. Kemudian masukkan sengkuang, nenas dan pauh. Masukkasn cuka, air, gula dan sedikit aji no motot. Tudungkan buat 5 minit.

Bila masak angkat dan sewaktu hendak makan taburkan kelapa goreng dan bawang merah yang bergoren.


Catatan: Allahyarhmah. Seorang penggiat masyarakat. Saya mengenali beliau ketika dia berurusan dengan Percetakan Dian kerana penerbitan sebuqh buku mengenai kebudayaan, karyanya bersama dengan Sulaiman Hamzah. Waktu itu saya baru saja bertugas di Dian. Saya tidak mengetahui banyak tentang beliau,sehinggalah diketahui kemudiannya beliau telah meninggal dunia. Khabarnya beliau pernah berkhidmat di UM. Saudara beliau [Allahyarahmah  Cik Gu Nik Fatimah Abdul Karim] rapat dengan keluarga kami, terutama Allahyarahmah isteri saya, Asiah Yaacob.

Alfatihah untuk semua yang telah pergi.

Maksud Sabda Junjungan
“Tidak Ada Makanan Yang Dimakan Seseorang Lebih Baik Daripada Hasil Usahanya Sendiri. Dan Sesungguhnya Nabi Daud a.s.Selalu Makan Dari Hasil Usahanya Sendiri”> HR:Bukhary & Nasai
.

Lorong Masjid al-Qasimi,
Kg.Kubang Siput, Pasir Tumboh,
Kota Bharu, Kelantan.


0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP