TART NANGKA

>> Thursday, January 26, 2017








TART NANGKA [1]

Dari ceruk dapur Cik Siti

Oleh:Karimah Zainab

Ramuannya:

20 oz. gandum
2 oz gula halus.
2 biji telur.
17 oz mentega atau majerin
8 oz self raising flour
Jem nangka
1 sudu vanila.

Peraturannya:

Pukul gula, mentega dan vanila. Masukkan telur dan pukul-pukulkan. Buatlah adunan dengan mengguli gandum di dalammnya. Canai ¼ inci tebal, potong sesuka hati dan masukkan jem nangka di tengah-tengah dan bakarkan.


Catatan: Allahyarhmah. Seorang penggiat masyarakat. Saya mengenali beliau ketika dia berurusaan dengan Percetakan Dian kerana penerbitan sebuqh buku mengenadikebudayaan, karyanya bersama dengan Sulaimam Hamzah. Saya tidak mengetahui banyak tentang beliau, sehinggalah diketahui kemudiannya beliau telah meninggal dunia. Khabarnya beliau pernah berkhidmat di UM. Saudara beliau [Almarhum Cik Gu Nik Fatimah Abdul Karim] rapat dengan keluarga kami, terutama Allahyarahmah isteri saya, Asiah Yaacob.


Resipi ini saya kutip dari TAMAN, Majalah Perkumpulan Kelantan Cawangan Kota Bharu, Tahun 2, Bilangan2 Ogos 1969. KDN 3227.
Cetakan:Stensil





Selamat mencuba.
Lorong Masjid al-Qasimi,
Kg.Kubang Siput, Pasir Tumboh,
Kota Bharu, Kelantan.




0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP