JEMPUT-JEMPUT LABU

>> Friday, January 27, 2017






JEMPUT-JEMPUT LABU [2]



DARI Ceruk Dapur Cik Siti


Oleh:Karimah Zainab


Bahan-bahannya:


2 gelas tepung gandum
1 gelas labu diparut
¼ gelas gula
½ gelas kelapa diparut
1 sudu teh baking pauder
2 biji telur ayam
1 kati minyak kelapa.


Peraturannya:


Labu dan kelapa dikupas kulitnya diparut. Tepung disukat dan diayak bersama-sama baking pauder. Sukat labu, gula, kelapa dam masukkan labu ke dalam sebuah basin besar, digaul hingga sebati.


Telur ayam dipecahkan dan kacau setengah kembang dan barulah dimasukkan ke dalam adunan tepung tadi dan gaulkan hingga sebati.


Panaskan minyak dalam kuali dan jemput sedikit-sedikti sebesar ibu kaki dan gorenglah hingga kuning.


Sabda Junjungan:

Catatan: Allahyarhmah. Seorang penggiat masyarakat. Saya mengenali beliau ketika dia berurusaan dengan Percetakan Dian kerana penerbitan w3buqh buku m3ng3nqi kebudayaan, karyanya bersama dengan Sulaimam Hamzah. Saya tidak mengetahui banyak tentang beliau, sehinggalah diketahui kemudiannya beliau telah meninggal dunia. Khabarnya beliau pernah berkhidmat di UM. Saudara beliau [Allahyarahmah  Cik Gu Nik Fatimah Abdul Karim] rapat dengan keluarga kami, terutama Allahyarahmah isteri saya, Asiah Yaacob.

Maksud Sabda Junjungan
“Tidak Ada Makanan Yang Dimakan Seseorang Lebih Baik Daripada Hasil Usahanya Sendiri. Dan Sesungguhnya Nabi Daud a.s.Selalu Makan Dari Hasil Usahanya Sendiri”: HR:Bukhary & Nasai
.


Lorong Masjid al-Qasimi,
Kg.Kubang Siput, Pasir Tumboh,
Kota Bharu, Kelantan.





0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP