TONGKAT KENAPA MANUSIA MEMERLUKANNYA
>> Friday, January 20, 2017
TONGKAT KENAPA
MANUSIA MEMERLUKANNYA?
BILA DISEBUT TONGKAT, mungkin dalam kepala setiap orang terbayang,sekerat kayu atau rotan dan sebagainya yang dipotong untuk membantu seseorang berjalan.
Pada hari ini kita
tidak dapat melihat ramai orang yang bertongkat atau memakai tongkat dalam
kehidupan mereka.
Ini berlaku kerana
tongkat masih lagi dijadikan fesyen atau ragam hidup manusia untuk bertongkat,
seperti memakai tutup kepala, serban dan sebagainya.
Mana tahu, di masa
akan datang, manusia akan berebut-rebut bertongkat kerana telah dijadikan
sebahagian fesyen pakaian manusia.
Hanya ada sebahagian
kecil dari anggota masyarakat kita hari ini yang menggunakan tongkat, iaitu
mereka yang kurang upaya, seperti orang cacat pengelihatan dan sebagainya.
Mereka menggunakan tongkat yang khusus, bukannya sebarangan tongkat.
Namun begitu, ada
segolongan dari kita yang memang wajar menggunakan tongkat dalam hidup mereka,
tapi tidak bersedia untuk menggunakannya kerana sebab-sebab tersendiri, mungkin
lerana merasa malu atau rendah dirti kerana di tohmahkan orang mereka menghidap
penyakit kronis sehingga terpaksa bertongkat.
Di antara mereka
yang wajar memakai tongkat ialah orang-orang tua, atau warga-warga emas yang
tidak lagi cergas seperti masa-masa yang lalu.
Tongkat ini dapat
membantu mereka untuk berjalan dengan lebih selesa dan berkeyakinan.
Bila mereka duduk,
baik atas lantai atau kerusi lebih lama dari biasa, mereka akan merasa agak
lembab untuk bangkit berdiri kerana kelemahan anggota badan mereka yang telah
menua. Justeru dengan menggunakan tongkat, mereka akan dapat bangun dengan
lebih selesa.
Seterusnya setelah
berdiri, untuk memulakan langkah berjalan pun, biasanya mengalami kelembaban,
dan perkara ini dapat dibantu dengan menggunakan tongkat. Dan seterusnya
dapatlah mereka melangkah dengan lebih baik untuk menuju haluan.
Lebih-lebih lagi
ketika hendak menuruni kenderaan pun orang-orang tua lebih selesa menggunakan
tongkat untuk membantu mereka berpijak turun dari kenderaan dan seterusnya
memulakan langkah perjalanan menuju destinasi.
Dan lebih baik
andainya tongkat itu terus dipergunakan untuk membantu langkah-langkah
perjalanan supaya lebih mantap.
Justeru tidak ada
sebab kenapa orang untuk merasa malau atau hina diri menggunakan tongkat yang
memang diperlukan untuk membantu kehidupan mereka supaya lebih selesa.
Lagipun, tongkat itu boleh digunakan untuk
mempertahankan diri di saat-saat genting, seperti ketika berhadapan dengan anjing-anjing
liar dan sebagainya.
Biasanya
tongkat-tongkat yang baik diperbuat daripaa rotan dan kayu pilihan yang
kelihatan begitu cantik. Saya percaya ramai orang yang tidak bertongkat, tapi
menyimpan tongkat yang comel di rumah mereka sebahgai barang antik.
Harga sebatang
tongkat ini mungkin mencecah ribuan ringgit.
Pada masa dahulu,
orang yang bertongkat dalam masyarakat kita ialah orang tua yang terkenal dalam
dongeng, iaitu seorang wanita berbongkok tiga. Nenek kebayaan namanya dan
biasanya mempunyai sebatang tongkat yang berhikmat atau ajaib kegunaannya.
Tongkat Dalam Masjid
Sejak dahulu hingga sekarang, khatib-khatib yang membaca khutbah di
atas mimbar, baik pada hari Jumaat atau Hari Raya memegang sebatang tongkat
ketika membaca khutbah.
Walau bagaimanapun, ada dua pendapat yang berbeza di kalangan umat
Islam tentang penggunaan tongkat ketika membaca khutbah. Satu pihak
menggalakkannya, dan satu pihak menganggapnya makruh. Namun oleh sebab perkara
ini merupakan soal ijtihadi, maka
tidaklah perlu diperpanjangkan hingga menimbulkan jurang perpisahan sesama
Islam.
Dalam Islam ada sebatang tongkat yang temasyur, iaitu Tongkat Nabi Musa
as. Tongkat ini merupakan tongkat mukjizat Nabi Musa yang dikurniakan Allah
kepadaNya untuk perkembangan agama Islam.
Nabi Musa as menggunakan tongkat ini untuk melakukan perkara-perkara
yang menakjubkan. Semuanya dengan izin Allah SWT.
Antaranya bila Nabi Musa memukul tongkat itu ke batu, maka memancutlah
keluar air untuk kegunaan kaumnya.
Allah berfirman, maksudnya:
“Dan ingatlah ketika Musa memohon air
untuk kaumnya, lalu kami berfirman, “Pukullah batu itu dengan tongkatmu itu”.
Maka memancarlah daripadad dua belas mata air”. Al-Baqarah:60.
Tongkat ini jua digunakan oleh Nabi Musa untuk memusnahkan sihir-sihir
yang dibuat oleh pnyihir-penyihir Firaun, dengan merupakan ular yang besar dan
menelan segala ular-ular sihir Firaun itu.
Allah berfirman, maksudnya:
“Maka Musa melemparkan tongkatnya,
tiba-tiba tongkat itu menjadi ular besar yang sebenarnya”. Asy-Syu’ara’:32.
Dan, “Kemudian Musa melemparkan
tongkatnya, maka tiba-tiba ia menelan benda-benda palsu yang mereka ada-adakan
itu”. Asy-Syu’ara’:45.
Tongkat ini digunakan untuk membelahkan laut untuk membolehkan
pengikut-pengikutnya menyebrang, menyelamatkan diri daripada dikejar oleh
ratusan ribu tentera Firaun. Nabi Musa dan kaumnya, selamat ke seberang, tapi
Firaun dan kaumnya, terbunuh ditelan laut yang bertangkup kembali setelah
mereka berada di dasasrnya.
Allah berfirman maksudnya:
“Dan ingatlah ketika Kami membelah laut
untukmu, sehingga kamu dapat kami selamatkan dan Kami tenggelamkan [Firaun dan]
pengikut-pengikut Firaun, sedang kamu menykasikan”. Al-Baqarah: 50.
Tongkat Nabi Musa as ini dipercayai masih ada, masih menjadi impian kepada
sesetengah orang untuk memilikinya.
Di samping tongkat biasa ada sejenis pokok yang dinamakan Tongkat Ali
yang mempunyai banak khasiat terutama untuk orang lelaki.
Sekian sedikit mengenai tongkat untuk renunagan bersama dalam mencari
kebesaran Ilahi yang terdapat di mana-mana dalam alam jagak ini.
Allahuakbar!
Lorong Masjid al-Qasimi,
Kg.Kubang Siput, Pasir Tumboh,
0 comments:
Post a Comment