JEM NANGKA 3
>> Saturday, January 28, 2017
Dari Ceruk Dapur Cik Siti
Oleh:Karimah Zainab
Ramuan-ramuannya:
1 kati. gula
1 b nangka
1 pin air
2 helai daun pandan
Peraturannya:
Nangka dihaluskan. Kemudian masukkan daun pandan, air dan jerangkan ke api. Biarkan di api selama 45 minit. Masukan gula sedikit-sedikit sehingga sampai sebati, sambil mengacau-ngacau adunan jem tadi. Angkat apabila sudah perkat.
Catatan: Allahyarhmah. Seorang penggiat masyarakat.
Saya mengenali beliau ketika dia berurusaan dengan Percetakan Dian kerana
penerbitan sebuqh buku mengenai kebudayaan, karyanya bersama dengan Sulaimam
Hamzah. Waktu itu saya baru saja bertugas di Dian. Saya tidak mengetahui banyak
tentang beliau,sehinggalah diketahui kemudiannya beliau telah meninggal dunia.
Khabarnya beliau pernah berkhidmat di UM. Saudara beliau [Allahyarahmah Cik Gu Nik Fatimah Abdul Karim] rapat dengan
keluarga kami, terutama Allahyarahmah isteri saya, Asiah Yaacob.
Alfatihah untuk semua yang telah perg.
Maksud Sabda Junjungan
“Tidak Ada Makanan Yang Dimakan Seseorang Lebih Baik
Daripada Hasil Usahanya Sendiri. Dan Sesungguhnya Nabi Daud a.s.Selalu Makan
Dari Hasil Usahanya Sendiri”; HR:Bukhary & Nasai
.
Lorong Masjid al-Qasimi,
Kg.Kubang Siput, Pasir Tumboh,
Kota Bharu, Kelantan.
0 comments:
Post a Comment