BAGAIMANA KITA MENGHADAPI UJIAN DAN CABARAN ALLAH?
>> Monday, January 23, 2017
BAGAIMANA KITA MENGHADAPI UJIAN DAN CABARAN ALLAH?
Sememangnya kehidupan kita memang tidak terlepas dari ujian can cobaan Allah. Sudah menjadi tabie kepada kita umat manusia inginkan kebahagian yang berkekalan, dengan harapan semoga kita tidak disentuh, tidak dihampiri dan diganggu-guggat oleh perkara-perkara yang tidak kita senangi, dan menyusahkan.
Tapi kadang-kadang dengan kehendak Allah SWT yang Maha Berkuasa, Yang Maha Mengetahui dan Mengatasi segala-galanya, menentukan berbagai-bagai jenis bala, dan berbagai-bagai jenis ujian sejak azali lagi. Justeru maka segala musibah, baik yang telah berlaku, sedang berlaku dan akan berlaku, tidak boleh dihalangi oleh sesiapapun, kecuali dengan izin Allah.
Setiap bala dan ujian yang diturunkan Allah mengandungi hikmat yang amat besar, iaitu untuk melahirkan kesan-kesan, baik atau buruk. Ini dapat membuktikan seseorang itu bernilai atau tidak bernilai kepada umat manusia yang menyaksikannya. Dan
ini untuk membuktikan siapakah antara
mereka yang lebih baik amalannya, lebih insaf dan kembali bertaubah kepada
Allah atau sebaliknya.
Allah berfirman, maksudnya:
“Maha berkat [serta Maha Tinggi
kelebihan Tuhan] yang menguasai pemerintahan [dunia dan akhirat], dan memanglah
Ia amat berkuasa atas tiap-tiap sesuatu. Dialah yang mentakdirkan adanya mati
dan hidup [kamu] untuk menguji dan menzahirkan keadaan Siapakah di antara kamu
yang lebih baik amalnya, dan Ia Maha Kuasa [membalas amal kamu], lagi amat
pengampun [kepada orang-orang yang bertaubat]. Al-Mulk: 1-2.
Di samping itu ada beberapa hikmat lain lagi yang boleh kita fikir dan renungkan bersama, iaitu:
-Diturunkan bala ke atas para Rasul, Ambia’. Aulia Allah dan orang-orang Solihin untuk kita mengambil tauladan yang elok tentang kesabaran dan keredaan mereka yang cukup hebat ketika berhadapan dengan ujian-ujian Allah itu, di samping untuk menambah dan meningkatkan lagi ganjaran pangkat kebesaran kepada para Rasul-rasul, Nabi-nabi dan Aulia tadi.
-Diturunkan bala dan ujian kepada orang-orang Islam yang berdosa adalah untuk memberi pengajaran supaya mereka insaf dan kembali bertaubat kepada Allah.
-Juga diturunkan bala dan azab kepada orang-orang bukan Islam di dunia ini kerana keingkaran dan keangkuhan mereka, untuk merasakan mereka sebahagian daripada azab Allah ke atas mereka sebelum datangnya azab yang kekal di akhirat kelak.
Namun, Allah SWT memberi amaran keras kepada seluruh umat manusia supaya menjauhi perbuatan-perbuatan yang boleh membawa kepada kemusnahan dan kecelakaan di dunia ini.
Allah berfirman:
“Dan jagalah diri kamu daripada
melakukan dosa [yang membawa bala bencacna]
yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu
secara khusus [tetapi akan menimpa kamu secara umum]. Dan ketahuilah bahawa Allah
amat berat azab seksanya”,Al-Anfal 52.
Amatlah dukacita, jika kita melihat, terdapat ramai umat Islam yang tidak menghiraukan kepada amaran-amaran Allah, ramai yang menyempang fikiran, kalih perasaan, sampai berani menempah bala dengan melakukan berbagai-bagai angkara maksiat, yang menyebabkan banyakknya berlaku kerugian harta benda, seperti kebakaran, tertipu, turun nilai mata wang, kemiskinan, orang-orang Islam menjadi umat pelarian dan sebagainya.
Allah berfirman, maksudnya:
“Telah zahirlah kebinasaan di daratan
dan di lautan dengan [sebab kerja usaha yang dilakaukan] oleh tangan-tangan
manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian [balasan buruk] dari
kerja usaha yang telah mereka lakukan, semoga mereka kembali bertaubat”.
Ar-Rum:41.
Ingatlah otonomi dan kekuasaan Allah
adalah mutlak. Justeru itu, kita seluruh umat Islam, kita seluruh penghuni bumi
ini, wajib patuh dan tunduk kepada kebesaran Allah dengan memeriksa segenap
sudut diri kita sendiri, segenap sudut masyarakat kita, segenap sudut negeri
kita, negara kita, agar tidak termasuk, tidak tergulung dalam gulungan penghuni
bumi yang menempah kemurkaan Allah.
Semoga kita menjadi umat yang terbabas,
umat yang terlepas dari ditimpa bala bencana, dengan harapan kita sama-sama
memperbaiaki kesilapan diri kita dan kembali kepada ajaran Allah dengan hati
yang sungguh-sungguh, dengan hati yang sepenuhnya, iaitu:
-Kembali kepada ajaran Allah, secara
keseluruhan.
-Meninggalkan segala larang Allah,
secarakeseluruhan.
-Bersungguh-sungguh mencegah punca
munkar dan bala serta menghayati akibat keburukannya.
-Kita hendaklah menasihati diri kita dan
sesiapa sahaja supaya menghabiskan masa hidup ini dengan banyak melakukan
kerja-kerja ma’ruf dan mencegah kerja-kerja munkar.
-Jadikan ajinda bertaubat dengan
sebenar-benar taubat di atas apa yang telah tgerlanjur, serta sentiasa memohon
perlindungan dari Allah.
-Bala dan ujian itu kita terima dengan
penuh kesabaran di samping berusaha sedaya upaya untuk mengatasi bala itu
dengan cara yang tidak berlawanan dengan Islam.
Sesungguhnya sabar dalam menghadapi bala
dan ujian Allah, adalah merupakan penawar besar bagi meredakan perasaan, bagi
mengubat dukacita yang menimpa. Semoga hasil kesabaran itu, kita dapat
meneruskan tanggungjawab kita sebagai hamba Allah untuk mengabdikan diri
kepada-Nya di samping memperolehi darjah pahala dan keampunan daripada-Nya.
Allah berfirman, maksudnya:
“Demi
sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan perasaan takut [kepada musuh] dan menguji dengan merasai kelaparan, dengan
berlaku kekurangan pada harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah
khabar gembira kepada orang-orang yang sabar”.a—Baqarah:55.
[Dipetik
dari khutbah Jumaat Majlis Agama Islam
dan Adat Istidada Melayu Kelantan dengtan sedikit penyesuaian. Terimakasih].
Tambahan:
Di bawah pula sebuah doa yang dipetik dari WhatApp yang dikirim
kepada saya tanpa sumber berbunyi.
“Ya Allah jika di antara
kami yang hatinyasedang sudah dan bersedih, dalam menerima dan menghadapi
ujian-Mu...Mohon kuatkanlah dia untuk dapat bertahan dan bersabar.Dan hiburlah
dia dengan penuh kurnia-Mu.
Kerana janji-Mu yang tidak
pernah kaun
ingkari.... Setelah
Kesusahan ada kemudahan”.
Lorong Masjid al-Qasimi,
Kg,
Parit, Pasir Tumboh,
0 comments:
Post a Comment