GORENG LIMPA [6]

>> Thursday, February 2, 2017





GORENG LIMPA [6]


Dari Ceruk Dapur Cik Siti

Oleh:Karimah Zainab

Ramuan-ramuannya:
1 kati limpa
1/2 cawan minyak sapi/majerin
10 ulas bawang putih dan merah
2 labu bawang besar
5 biji buah tomato
Halia yang dihiris sebesar ibu jari tangan,kicap, asam limau nipis, aji no moto, ubi kentang 3 biji di hiris setebal jari. Daun kucai.


Peraturannya:

Bersihkan limpa dan rebuskan sehingga empok. Potongkan sesuka hati, atau empat segi.

Panaskan minyak dan masukkan bahan yang digiling- halia, lada hitam dan garam. Masukkan juga bawang merah dan putih bergiling.

Potongkan kentang nipis-nipis, gorengkan bersama-sama limpa sampai empok. Bila empok masukkan aji no moto, kicap, daun kucai, buh t omato dan bawang besar. Kacau-kacau semasa menggoreng.

Angkat setelah dirasa masim masamnya.

Catatan: Allahyarhmah. Seorang penggiat masyarakat. Saya mengenali beliau ketika dia berurusaan dengan Percetakan Dian kerana penerbitan sebuqh buku mengenai kebudayaan, karyanya bersama dengan Sulaimam Hamzah. Waktu itu saya baru saja bertugas di Dian. Saya tidak mengetahui banyak tentang beliau,sehinggalah diketahui kemudiannya beliau telah meninggal dunia. Khabarnya beliau pernah berkhidmat di UM. Saudara beliau [Allahyarahmah  Cik Gu Nik Fatimah Abdul Karim] rapat dengan keluarga kami, terutama Allahyarahmah isteri saya, Asiah Yaacob.

Alfatihah untuk semua yang telah pergi.


 Maksud Sabda Junjungan
“Tidak Ada Makanan Yang Dimakan Seseorang Lebih Baik Daripada Hasil Usahanya Sendiri. Dan Sesungguhnya Nabi Daud a.s.Selalu Makan Dari Hasil Usahanya Sendiri”& HR:Bukhary & Nasai
.



Lorong Masjid al-Qasimi,
Kg.Kubang Siput, Pasir Tumboh,
Kota Bharu, Kelantan.




0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP