ACAR IKAN GORENG [8]
>> Sunday, February 5, 2017
ACAR IKAN GORENG [8]
Dari Ceruk Dapur Cik Siti
Oleh: Karimah Zainab
Bahan-bahannya:
5 keping
ikan goreng [ikan sudah digoreng bergaul garam dan kunyit.
1 cawan kopi
minyak kelapa.
4 camcar
besar ketumbar
1 camca teh
jintan putih
1 camca teh
pebuh adas manis
15 ulas cili
kering
1 inci
kunyit kering sebesar kelengking
1 inci halia
sebesar ibu jari
4 tangkai
daun bawang
5 ulas
bawang putih
2 biji
bawang besar [tiap-tiap sebiji dibelah empat]
1 camcma
besar gula pasir [putih]
1 cawan kopi
cuka
2 biji cili
merah [tiap-tiap satu dibelah dua]
1 camca teh
aji no moto
Garam
mengikut rasa.
Cara Membuatnya:
Ketumbar,
adas manis, cili kering dan kunyit kering mestilah digiling bersama-sama hingga
lumat. Kemudian ditambah halia dan giling lagi hingga lumat, kemudian ditambah
daun bawang dan bawang putih dasn giling lagi bersama-sama.
Panaskan
belanga dan tuangkan minyak kelapa. Apabila minyak sudah panas masukkan
ketumbar yang sudah digiling seperti di atas tadi dan campurkan garam mengikut
rasa, kacau perlahan-lahan dan cukup-cukup.Biarkan gelegak selama ½ jam [jika
terlalu pekat tambah sedikit air panas].
Sekarang masukkan keping-keping ikan goreng dan aji ni
moto, dari sekarang gunakan hanya api arang atau bara. Terus jerang begitu
selama ½ jam lagi. Dan hidang.
Catatan: Allahyarhmah. Seorang penggiat
masyarakat. Saya mengenali beliau ketika dia berurusaan dengan Percetakan Dian
kerana penerbitan sebuqh buku mengenai kebudayaan, karyanya bersama dengan
Sulaimam Hamzah. Waktu itu saya baru saja bertugas di Dian. Saya tidak
mengetahui banyak tentang beliau,sehinggalah diketahui kemudiannya beliau telah
meninggal dunia. Khabarnya beliau pernah berkhidmat di UM. Saudara beliau
[Allahyarahmah Cik Gu Nik Fatimah Abdul
Karim] rapat dengan keluarga kami, terutama Allahyarahmah isteri saya, Asiah
Yaacob.
Alfatihah untuk semua yang telah pergi.
Maksud Sabda Junjungan
“Tidak Ada Makanan Yang Dimakan Seseorang
Lebih Baik Daripada Hasil Usahanya Sendiri. Dan Sesungguhnya Nabi Daud
a.s.Selalu Makan Dari Hasil Usahanya Sendiri” HR:Bukhary & Nasai
.
Lorong Masjid al-Qasimi,
0 comments:
Post a Comment