KUZI [9]
>> Monday, February 6, 2017
KUZI [9]
Dari Ceruk Dapur Cik Siti
Oleh: Karimah Zainab
Rempah-rempah
untuk seekor ayam besar:
1 Sudu teh
jintan putih
1 sudu teh
adas manis
2 inci kulit
kayu manis
30 biji lada
sulah
13 biji
pelaga hindi
13 kuntum
bunga cengkeh
1 inci
lengkuas kering
1 inci halia
kering
1 kuntum
bunga lawang
4 biji cabai
3 kelopak
bunga pala
½ buah pala
1 pengepit
zat parang
3 labu
bawang besar
1 labu
bawang putih
1 cawan
tomato
½ tin kecil
minyak sapi
½ tin kecil
susu cair
Sejemput
buah zabit
Sedikit
garam, gula, bara tempurung, asam limau nipis, buah badam dan telur.
Peraturannya:
Ayam
dipotong kepala dan kaki, kemudian belah sedikit di punggungnya, keluarkan
sekalian perut di dalamnya, kemudian dicuci sampai bersih. Selepas itu
tumbuklah bawang putih dan zat parang, setelah hancur sapulah di merata-rata
tubuh ayam itu dan tinggalkanlah begitu sekejap.
Rempah-rempah
yang 12 perkara itu hendaklah digiling sehingga hancur. Telur dan buah badam
direbus dan dikupas kulitnya. Dan buah badam itu dibelah empat. Asam limau
nipis dikupas kulit juga. Hati dan pedal ayam serta buah badam dan bawang besar
itu tadi kenalah dipotong halus, sekadar sebesar hujung jari, asam limau nipis
tadi hendaklah diperahkan, dan campurkan airnya dengan susu, rempah-rempah yang
telah digiling tadi campur dengan susu, zabit, bawang besar, buah badam, serta
juga hati dan pedal, bubuh sedikit garam dan gula. Kemudian dipukul sampai
rata. Apabila sudah rata kecapkan sedikit supaya terasa sederhana.
Ambil
sedikit minyak sapi bubuh di tengah-tengah ramuan itu dan selepas itu
letakkanlah sedikit bara tempurung di atasnya. Kemudian ditudung sekejap. Bara
itu hendklah dibiarkan begitu dan bolehlah dikeluarkan apabila apinya padam.
Sesudah itu ramuannya hendaklah dikurangkan sehingga masak, masukkanlah ramuan
itu sekali dengan telur ke dalam perut ayam lepas itu barulah dijahit.
Setelah
selesai letaklah kuali ke api dan bubuh minyak sapi. Apabila minyak itu panas
masukkanlah ayam itu ke dalam kuali. Apabila separuh kuning angkatlah ayam itu.
Dan letakkan kuali yang lain pula untuk merebus ayam itu dan selepas itu
bubuhlah ayam yang berserta dengan air sebanyak seberapa yang patut, tomato dan
minyak yang baki dari kuali yang mula-mula tadi, dan rebus sampai daging ayam
itu lembut.
Masakan
secara ini tidak berkehendakkan kuah yang banyak dan apabila kuah itu beransur
kering hendaklah dibubuhkan sedikit garam, barulah diangkat untuk dihidangkan.
Catatan: Allahyarhmah. Seorang penggiat
masyarakat. Saya mengenali beliau ketika dia berurusaan dengan Percetakan Dian
kerana penerbitan sebuqh buku mengenai kebudayaan, karyanya bersama dengan
Sulaimam Hamzah. Waktu itu saya baru saja bertugas di Dian. Saya tidak
mengetahui banyak tentang beliau,sehinggalah diketahui kemudiannya beliau telah
meninggal dunia. Khabarnya beliau pernah berkhidmat di UM. Saudara beliau
[Allahyarahmah Cik Gu Nik Fatimah Abdul
Karim] rapat dengan keluarga kami, terutama Allahyarahmah isteri saya, Asiah
Yaacob.
Alfatihah untuk semua yang telah pergi.
Maksud Sabda Junjungan
“Tidak Ada Makanan Yang Dimakan Seseorang
Lebih Baik Daripada Hasil Usahanya Sendiri. Dan Sesungguhnya Nabi Daud
a.s.Selalu Makan Dari Hasil Usahanya Sendiri”> HR:Bukhary & Nasai
.
Lorong Masjid al-Qasimi,
0 comments:
Post a Comment