NASI DAGANG [7]
>> Saturday, February 4, 2017
NASI DAGANG [7]
Dari Ceruk Dapur Cik Siti
Oleh:Karimah
Zainab
Ramuan-ramuannya:
1 gantang
beras lembut [sejenis beras khas untuk nasi dagang]. Ataupun kalau sukar
mencarinya campurlah beras pulut satu bahagian dengan dua bahagian beras jemah
[biasa].
2 biji
kelapa- diparut atau dikukur, perah ambil santannya, asingkan santan dengan
patinya.
14 ulas
bawang merah – dimayang halus.
Halia merah sebesar
ibu jari dihiris nipis-nipis kemudian dimayam halus-halus.
Sedikit
halia dibasuh, garam dan gula secukupnya.
Peraturannya:
Beras
dibersihkan kemudian direndam bersama halia selama satu jam lamanya, kemudian
buangkan airnya, kukuslah hingga masak, apabila masak angkatlah serta gaulkan
dengan santannya sehingga rata betul lepas itu kukus sekali lagi setelah wapnya
naik angkatlah dan gaul sekali lagi
dengtan pati santan serta bawang dan halia yang telah dimayam tadi.
Bahan
Lauknya:
1 ekor ayam
Rempahnya:
2 camca
rempah
1 camca teh
jintan manis
5 kuntum
bunga cengkeh
6 biji buah
pelaga
7 inci lada
kering
½ inci kulit
kayu manis
Serai,
lengkuas dan kelapa kering, gula [serba sedikit]. Rempah-rempah ini semuanya
digiling.
Penumisnya
minyak kelapa sedikit, 7 ulas bawang merah dan 3 ulas bawang putih.
Peraturannya:
Ayam
dibersihkan dan dipotong-potong, kemudian digaulkan dengan rempah.
Jerangkan
periuk ke api, panaskan minyak serta dimasukkan bawang putih dan merah yang
telah dimayam tadi, gorengkan sampai kuning, masukkan garam yang telah digaul
rempah.
Masakkan
sehingga airnya kering barulah dibubuh santan di dalamnya, dan garam secukup rasa.
Kalau ada,
bila hendak angkat masukkan lada hidup sebiji, angkatlah dan hidanglah
panas-panas.
Catatan: Allahyarhmah. Seorang penggiat
masyarakat. Saya mengenali beliau ketika dia berurusaan dengan Percetakan Dian
kerana penerbitan sebuqh buku mengenai kebudayaan, karyanya bersama dengan
Sulaimam Hamzah. Waktu itu saya baru saja bertugas di Dian. Saya tidak
mengetahui banyak tentang beliau,sehinggalah diketahui kemudiannya beliau telah
meninggal dunia. Khabarnya beliau pernah berkhidmat di UM. Saudara beliau [Allahyarahmah
Cik Gu Nik Fatimah Abdul Karim] rapat
dengan keluarga kami, terutama Allahyarahmah isteri saya, Asiah Yaacob.
Alfatihah untuk semua yang telah pergi.
Maksud Sabda Junjungan
“Tidak Ada Makanan Yang Dimakan Seseorang
Lebih Baik Daripada Hasil Usahanya Sendiri. Dan Sesungguhnya Nabi Daud a.s.Selalu
Makan Dari Hasil Usahanya Sendiri; HR:Bukhary & Nasai
.
Lorong Masjid al-Qasimi,
Kg.Kubang Siput,Pasir Tumboh,
Kota Bharu, Kelantan.
Tambahan:
Kebanyakan
nasi dagang yang kita beli/makan di kedai makan hari ini tidak menjadi- mungkin
terlalu keras atau mungkin terlalu lembik.
Terlalu
keras kerana tidak cukup dimaka atau dikukus, dan terlalu lembek kerana terlalu
lama dimasak/dikukus, atau beras tidak cukup sesuai.
Tidak
ada rasa nasi dagang, kerana tidak cukup santan yang digunakan-kadang-kadang
tawar hambar kerana tidak cukup garam, atau terlalu manis kerana berlebihan
gula.
Kadang-kadang
terlalu banyak halba digunakan, sehingga setiap supapan termamah hala,
sedangkan halba digunakan untuk mengurangkan rasa mau atau muak.
Ini semua berlaku kerana pengusahanya tidak cukup ilmu yang dipelajari,
atau terlalu mengejar keuntungan dengan mengurangkan bahan-bahan yang
sepatutnya.
Sekian.
Pondok Rahmat
0 comments:
Post a Comment