DAUN KESUM

>> Friday, February 10, 2017





DAUN KESUM



                               nasi kerabu


Kesum ialah sejenis tumbuhan yang boleh dimakan sebagai ulam atau dijadikan bahan masakan dan juga boleh digunakan untuk menwari beberapa jenis penyakit.

Orang-orang tua kita telah lama menggunakan kesum untuk merwat beberapa jenis penyakit, antaranya:

Ubat Tidak Hadam; daun kesuim direbus dan diminum airnya.

Menghilang kelumumur: daun kesum ditumbuk dan diamnbil daunnya yang berlendir, lalu dicacampur dengan sedikit air, kemudian disapukan di kulit kepala yang berkelumumur. Biarkan selama beberapa minit, kemudian cucilah dengan air biasa.

Di sesetengah tempat pula air kesum yang direbus diminum oleh ibu-ibu yang baru lepas bersalin sebagai minuman dalam pantang.

Menghilang Panau: Ambil daun kesum sekadar yang perlu, diikat kemas-kemas dan di potong sedikit hujungnya, kemudian dicelup ke minyak tana, sseteusnyan gosok-gosokkan pada panau di badan, hingga kelihatan merah. Ulang beberapa hari hingga sembuh. Berhati-hati jika panau di muka.

Kesum
Kesum ialah sejenis tumbuan seperti rumput yang melata di permukaan bumi. Ia dipercayaai berasal dari Asia Tenggara, seperti Malaysia, Indonesia, Thailand dan Vietnam dan didapati tumbuh di negara-negara Tropikal.

Kesum seperti pokok-pokok lainnya mempunyai nama nama sainnya iaitu polygonum minus. Di  Di samping itu namanya berbeza-beza antara sebuah negara dan negara, seperti orang Inggeris mengenali dengan panggilan  Chinese Knotweed dan orang Cina memanggilnya Du u ma lio.

Selain dari jenis menjalar atas tanah, ada juga yang tinggi memanjat pokok-pokok lain. Semasa di kampong dulu, iaitu Kampung Salor, saya sering melihat pokok kesum yang tinggi tumbuh dalam parit yang berair agak dalam, dan pucuknya selalu meninggi di atas air. Tapi hari ini saya tidak pernah melihatnya lagi. Ia mempunyai akar yang banyak. Rasanya lebih pedas dari kesum yang melata di atas tanah. Bila air surut pokokya rebah ke bumi, dan akan tumbuh akar-akar baru pada batang-batangnya itu, dan ini melahirkan anak kesum baru.

Di negeri saya, Kelantan nama penuh bukan kesum, tapi “daun kesum”, kalau disebut “kesum”, tanpa daun mungkin ada orang yang tidak mengenalinya, atau terpaksa berfikir sejenak untuk menentukan apakah kesum itu.

Daun kesum digunakan untuk dijadikan sebahagian daripada masakan ikan masak pedas, terutama ikan sungai. Rasanya masam lemak.

Ia juga digunakan sebagai bahan untuk masakan laksa pinang.

Di Kelantan orang menggunakan daun kesum untuk dijadikan ulam bersama nasi kerabu atau juga laksa dan laksam yang berkuah. Daunnya dimayam halus-halus, dan biasanya dicampur dengan ulam-ulam lain, seprti kacang cambah, kacang panjang, daun serai kayu dan serai yang dimayam.

Dan ia juga dimakan sebagai ulam biasa, bersama dengan nasi putih, seperti memakan ulam-ulam pucuk lain juga.

Tapi hari ini, anak-anak muda jarang suka makan berulam dari kesum kerana rasanya pedas hangat.

Sekian,

Lorong Masjid al-Qasimi
Kg,Parit, Pasir Tumboh,
Kota Bharu, Kelantan.


0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP