PECLOPHILIA:SAYANGKAN KANAK-KANAK

>> Monday, February 20, 2017





PECLOPHILIA: SAYANGKAN KANAK-KANAK??


Seorang lelaki, Kamis atau Mahusin, telah dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Kuantan pada 29 Mei 1974 kerana didapati bersalah membunuh seorang kanak-kanak perempuan, Noridah binti Muhammad 11 tahun, seorang pelajar selepas merogolnya dalam sebuah ladang getah. Mahkamah Tinggi Persekutuan telah menolak rayuannya.

Di Bolivia pula, seorang lelaki yang ditangkap polis, yang terkenal dengan nama Benigno Nogales Quiroga mengaku bahawa dia telah merogol seramai 140 orang kanak-kanak lelaki di bandaraya negara itu. Selain itu dia juga didapati sedang mengurung beberapa orang kanak-kanak di sebuah desa berhampiran dengan bandaraya itu untuk tujuan ganas tersebut.

Demikianlah dua contoh kekejaman seks yang menimpa kanak-kanak yang berlaku dari masa ke masa di serata tempat di seluruh dunia. Dalam kejadian itu, yang berbeza ialah objek yang menjadi mangsanya: dalam kejadian pertama  kejadian itu berlaku terhadap seorang kanak-kanak perempuan tapi dalam kejadian kedua ia berlaku tehadap kanak-kanak lelaki.

Sebenarnya daripada seluruh kegiatan-kegiatan seks yang sumbang dalam semua masyarakat, kegiatan seks antara orang-orang dewasa dengan kanak-kanak yang paling mengharukan dan menimulkan kemarahan di kalangan umum.


Peclophilia
Menurut  istilah, keinginan untuk melakukan kegiatan seks dengan kanak-kanak dipanggil peciophilia yang menurut bahasanya bererti “Cinta kepada kanak-kanak”.
Walaupun kejadian sumbang seperti ini, sering berlaku dari masa ke masa, tapi banyak tanggapan yang salah telah timbul berhubung dengan perkara ini, terutama di kalangan orang-orang awam.

Dan menurut pakar-pakar, rahsia ini lebih tebal menyelubungi di kalangan wanita dewasa daripada kaum lelaki, kerana sampai kini sedikit sahaja yang diketahui apakah yang menarik keinginan seks wanita-wanita dewasa terhadap kanak-kanak. Sebaliknya di kalangan kaum lelaki rahsianya telah banyak yang berbongkar hasil kajian teliti yang dilakukan oleh pakar-pakar dari masa ke masa.

Menurut tanggapan umum bahawa kejadian seks yang buruk ini dilakukan oleh orang-orang tua, orang-orang tua yang sakit otak dan mati pucuk. Demikian juga diaggapkan tindakan-tindakan buruk itu selalunya diekori dengan kekerasaan, malah juga membunuh seperti yang berlaku ke atas seorang kanak-kanak perempuan di Kuantan  dalam perstiwa yang disebut di atas.

Dengan tanggapan begitu, adalah dipercayai bahawa kanak-kanak yang menjadi mangsa itu diambil oleh lelaki yang idak dikenali, kemudian dibawa ke suatu tempat yang asing untuk melakukan kegiatan-kegiatan jantina yang buruk itu dan akhirnya kanak-kanak itu dipercayai mungkin akan dibunuh.

Tapi kejadian yang sebenarnya menurut penyiasatan pakar-pakar bebeza dengan itu. Tanggapan salah itu timbul kerana berita pemunuhan kanak-kanak selalunya diperbesar-besarkan, terutama menerusi akhbar-akhbar kerana mempunyai unsur sensasi.

Kanak-kanak yang menjadi mangsa itu mungkin lelaki dan mungkin perempuan. Walaupun begitu, dalam kebanyakan dorongan seks itu dihalakan kepada satu jenis seks sahaja. Hanya sedikit kejadian sahaja, orang-orang dewasa itu tertarik terhadap kedua-dua jenis seks, iaitu terhadap kanak-kanak lelaki dan terhadap kanak-kanak perempuan. Dan kanak-kanak yang menjadi mangsa itu mestinya belum mendaki umur akilbaligh.

Kebanyakan kegiatan seks yang melibatkan kanak-kanak perempuan jarang sekali berlaku perogolan. Ia hanya merupakan semacam “permainan” seperti merenung, memujuk, menyentuh, membelai dan kadang-kadang merancap. Kgiatan-kegiatan seks seperti ini sebenarnya biasa dilakukan oleh kanak-kanak itu dalam meneroka alam seks.

Kiranya lelaki dewasa itu melakukan kongres jantina dengan seorang kanak-kanak perempuan, ini mungkin ada hubugan dengan kekecauan otak yang lain yang dihidapi olehnya. Dalam hal ini kekerasaan juga jarang tercetus dan bukan tipikalnya, kecuali dalam keadaan-keadaan yang ganjil kerana panik.

Menurut penyiasatan pakar-pakar, ada tiga kumpulan manusia yang didapati mempunyai runtunan jantina terhadap kanak-kanak, iaitu:

-Kalangan rumajawan
-Di kalagan usiawan lewat tigapuluhan tahun
-Di klangan usiawan lewat limapuluhan tahun.

Dengan itu terbukti bersalahan dengan tanggapan umum, bahawa di kalangan orang-orang tua sangat kecil bilangannya  mmmmereka yang mempunyai nafsu terhadap kanak-kanak.

Menurut pakar-pakar, ketiga-tiga golongan itu mempunyai alasan-alasan yang berbeza-beza yang mendorongkan mereka terlibat dalam kegiatan seks dengan kanak-kanak.

Golongan pertama, iaitu di di kalangan rumajawan yang mempunyai runtunan nafsu terhadap kanak-kanak prempuan mungkin kerana perkembangan jantina dan emosinya telah terbantut. Justeru itu mereka tidak dapat menyesuaikan kegiatan seks mereka dengan wanita-wanita yang sebaya dengan mereka.

Golongan yang kedua, iaitu usiawan lewat tigapuluhan tahun terdiri dari lelaki yang telah berkahwin atau masih mempunyai isteri. Tapi lelaki ini mengalami kehampaan dalam hubungan jantina dengan isterinya itu atau dengan wanita-wanita lain yang lebih tua darinya. Justeru itu dia mencari kepuasaan jantina dalam permainan seks yang keanak-anakan dengan kanak-kanak, dan bukannya dalam hubungan jantina dengan wanita-wanita dewasa.

Golongaan ketiga ialah orang tua yang biasanya disifatkan berada dalam kesepian dan kematian pucuk. Tindakan jantinanya dengan kanak-kanak timbul, kerana kesepian yang dialaminya itu telah terisi dalam hubungannya dengan kanak-kanak. Akibat dari hubungan itu pula timulnya dorongan seks tesebut.

Orang lelaki yang melakukan hubungan sejenis dengan kanak-kanak merupakan kejadian yang luar biasa, bukan sahaja kerana  dia bermain dengan kanak-kanak tapi juga kerana dia memilih kaum sejenis sebagai objek untuk melepaskan kebuasan nafsunya yang tidak terkekang itu. Walau bagaimanapun terdapat perbezaan yang jauh antara orang-orang dewasa yang saling rela merelakan dalam hubunan sejenis dengan orang dewasa dan kanak-kanak.

Perbuatan merancap, permainan seks dengan mulut dan sebagainya lebih kerap berlaku dalam hubungan sejenis orang-orang dewasa dengan kanak-kanak. Perbuatan itu lebih kerap dilakukan secara berencana, daripada secara kebetulan. Dan ia didapati lebih kerap dilakukan berulang kali.

Dalam perkara ini patut diberikan perhatian yang penting ialah hubungan antara lelaki tersebut dengan kanak-kanak yang dijadikannya mangsa itu. Demikian juga peranan yang dimainkan oleh kanak-kanak itu dalam kejadian sumbang tersebut.

Semua penyiasatan dengan terang menunjukkan bahawa antara lelaki dan kanak-kanak itu saling kenal megenali antara satu sama lain. Mereka mungkin mempunyai hubungan kekeluaragaan, atau lelaki itu sahabat keluarga mereka. Ataupun lelaki itu salah seorang daripada tetangganya, dan pada umumnya mereka tinggal dalam suasana hidup yang sama.

Justeru itu, kebanyakan kejadian  itu berlaku di rumah lelaki itu ataupun di rumah kanak-kanak itu sendiri, dan hanya sebilangan kecil sahaja yang berlaku di tempat-tempat lain, seperti di park-lark, pawagam atau di tempat-tempat umum lain.

Dalam hal ini dapatlah dikemukakan satu contoh yang baru berlaku di Kuala Lumpur. Seorang lelaki penganggur M. Kolanthi Vello, 45 tahun telah cuba merogol seorang kanak-kanak perempuan 8 tahun, dikenali dengan nama “Miss X” di mahkamah. Peristiwa ini berlaku di rumah kanak-kanak itu sendiri ketika dia tinggal sendirian. Tapi nasib baiknya, ketika perkara itu hampir sampai ke puncak, Kolanthi Vello menjadi panik bila melihat bahagian sulit kanak-kanak perempuan itu berdarah. Kemudian dia ditangkap dan didakwa. Dia mengaku salah dan dijatuhkan hukuman penjara 4 tahun.

Selain dari itu peranan yang dimainkan oleh kanak-kanak itu sendiri dalam sesetengah kejadian juga tidak harus diketepikan. Kuriositi kanak-kanak itu selalu memberi sumbangan terhadap kejadian tersebut. Dalam hal ini kanak-kanak yang tidak menerima kasih sayang yang wajar di rumah mereka, lebih mudah terlibat dalam kegiatan-kegiatan seperti itu, malah kadang-kadang menjadi sebab yang utama kepada kejadian tersebut.

Oleh sebab itu bertindak melarang kanak-kanak pergi dengan orang-orang asing yang tidak dikenali untuk mengelak hal ini daripada terjadi tidaklah berguna walaupun tindakan itu memang baik. Tindakan memberi amaran kepada kanak-kanak supaya awas dan beringat-ingat terhadap  saudara mara, sahabat-sahabat dan jiran-jiran tetangga akan menimbulkan kesan-kesan lain, iaitu ketakutan, kebimbangan dan keraguan di hati mereka.

Hanya satu tindakan yang paling baik ialah dengan jalan menimbulkan kesedaran kepada kanak-kanak bahawa ada sesetengah orang dewasa mempunyai problem untuk melibatkan kanak-kanak dalam kegiatan seks mereka. Tindakan ini bukan sahaja merupakan perisai yang sebaik-baiknya kepada kanak-kanak, tapi akan melorongkan jalan kepada kanak-kanak itu untuk memberitahu orang tuanya bila kejadian-kejadian yang tidak diingini seperti itu menimpanya. Kerana itu memang baik masalah ini dijadikan salah satu mata pelajaran dalam pendidikan umum jantina untuk kanak-kanak.

Harusnya diambil ingatan, jika kejadian sumbang ini benar-benar terjadi maka reaksi yang keras daripada ibuapa selalunya menimbulkan masalah psikologi yang lebih serius kepada kanak-kanak itu daripada akibat kejadian itu sendiri. Sikap tenang dan waras matlah berguna dalam hal ini.


Lorong Masjid al-Qasimi,
Kampung Kubang Siput, Pasir Tumboh,
Kota Bharu, Kelantan.




0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP