MRSM KOTA PUTRA DAN MAJLIS POHON RESTU

>> Friday, September 27, 2013





MRSM KOTA PUTRA DAN MAJLIS POHON RESTU



Setiap tahun ribuan kanak-kanak atau para pelajar yang berada di bangku pelajaran akan menempuh ujian atau peperiksaan. Peperiksaan-peperiksaan ini penting  dari segi akademik untuk menentukan kelayakan mereka untuk melanjutkan pelajaran, malah juga untuk memilih pekerjaan di masa-masa hadapan nanti.






Sebagaimana diketahui, peperiksaan itu ada beberpa peringkat atau jenis. Di perigkat sekolah rendah, sekolah menengah dan juga di peringkat universiti. Justeru ada peperiksaan bernama UPSR, PMR, SPM, dan sebagainya.




Justeru para pendidik dan ibu bapa yang prihatin akan mengambil berbagai-bagai tindakan untuk 
mempastikan anak-anak dan anak-anak didik mereka merangkul keputusan bukan sahaja lulus tapi mengundul kelulusan yang cemerlang. Kian ramai pelajar-pelajar sesebuah sekolah mendapat keputusan yang cemerlang, maka bererti kian cemerlang dan tinggilah guru-guru dan sekolah-sekolah tersebut dalam kaca mata pihak berkuasa dan juga masyarakat, khususnya ibu bapa yang terlibat.




Dalam usaha untuk memantapkan keputusan peperiksaan yang akan dicapai oleh para pelajar, selain daripada mempastikan pelajar-pelajar belajar dengan betul dan sungguh-sungguh, pihak ibu bapa, dan juga pihak sekolah yang terlibat akan mengadakan majlis-majlis keruhanian yang khusus untuk mencari keredaan Allah SWT. Semoga harapan dan doa mereka diperkenankan oleh Yang Maha Berkuasa dan ramai murid-murid lulus dengan pencapaian yang cemerlang.



Pagi tadi, Jumaat 27 September 2013, MRSM Kota Putra, Besut Trengganu telah mengadakan majlis seumpama itu yang dipanggil MAJLIS POHON RESTU PMR dan SPM 2013, khusus untuk pelajar-pelajar maktab itu yang akan mengambil peperiksaan untuk kedua-dua jurusan tersebut.





Majlis tersebut yang diadakan di Surau Al-Faiezin, MRSM Kota Putra, antara lain diisikan dengan Solat Hajat, bacaan Surah Sains beramai-ramai dan berdoa untuk kejayaan khususnya para pelajar yang akan menempuh peperiksaan nanti itu.



Para ibu bapa, guru-guru dan para pelajar yang akan menempuh peperiksaan PMR dan SPM, lelaki dan perempaun solat Hajat berjemaah di surau tersebut yang penuh sesak.



Objektif Majlis Pohon Restu PMR dan SPM itu diadakan ialah untuk:


-Memohon Allah mengurniakan keberkatan dan kecemerlangan kepada mereka.



-Memohon restu daripada ibubapa dan para pendidik untuk memperoleh keputusan peperiksaan yang cemerlang nanti.



-Untuk merapatkan hubungan ukhuwah di antara ibu bapa, guru, pihak pentadbir dan para pelajar maktab.



Puan pengetua MRSM Ulul Albab Kota Putra, Puan Hjh. Junidah bt Salleh berucap di majlis tersebut melahirkan pengharapan beliau semoga semua pelajar-pelajar maktab itu akan mendapat keputusan yang cemerlang nanti, baik untuk PMR dan juga SPM.



Marilah kita semua berdoa semoga anak-anak kita ini, dan juga di mana-mana sahaja, bukan sahaja akan mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksasan, tapi juga akan akan dikurniakan kecemerlangan dalam kehidupan dunia dan di akhirat. Pendidikan yang tinggi, keputusan peperiksaan yang cemerlang tidak akan bererti andainya mereka tidak mengenal Allah, malah orang-orang seperti ini bukan sahaja boleh merosakkan dirinya sendiri, tapi juga akan membinasakan orang lain.



Jadikan pelajar kita cemerlang di dunia dan cemerlang di akhirat. Amin!




















0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP