[[DR] MOHAMAD KAMIL AB MAJID - DENGAN _KERUNTHAN DAN KEHANCURAN - DALAM - SETANGGI KOTA BHARU XII
>> Monday, September 23, 2013
Dalam ruangan
ini Insyallah kami akan siarkan sekumpulan puisi-puisi yang pernah disiarkan
dalam akhbar MINGGUAN KOTA BARU di sekitar tahun 1960an-1970an.
Sepanjang
tahun-tahun tersebut MKB merupakan akhbar yang berpengaruh dan digeruni di
negeri Kelantan kerana penyiarannya yang berani, bebas dan telus.
Saya telah
diamanahkan sebagai penerbitnya bagi pihak Syarikat DIAN untuk menguruskan
penerbitan mingguan itu oleh Ustaz [Datok] Yusuf Zaky Yaacob tuan punya
Syarikat DIAN. Malah saya adalah segala-galanya untuk MINGGUAN KB.
Dalam penyiaran
puisi-puisi ini kami tidak membuat apa-apa penilaian dan berhasrat untuk
menyiarkan semua puisi yang pernah kami siarkan dalam MKB yang ada dalam
simpnan kami. Kami juga tidak memilih mana-mana puisi yang patut disiarkan
dahulu atau yang mana kemudian, ia hanya tergantung kepada mana-mana puisi yang
kami temui dalam pencarian itu yang ada dalam simpanan kami.
Kami percaya
para penyair yang memberi sumbngan-sumbangan
tersebut pada masa itu masih lagi muda, dalam sekitar usia belasan atau
puluhan tahun, dan ada di antaranya masih lagi berkarya sampai ke hari ini.
Salah satu
tujuan utama saya mengumpul dan menyiarkan kembali puisi-puisi ini ialah untuk
mengekalkan segala hasil sumbangan mereka supaya tidak pupus hilang dan ditelan masa untuk dijadikan tatapan dan
nilaian genarasi baru dan akan datang.
Kami harap
penyiaran puisi-puisi ini mendapat restu daripada para pengkaryanya, dan
sementara itu sambutlah salam hormat dari kami.
Selamat
membaca.
Mohd Zain Saleh
Selasa 27 Syawal 1434
[3 September 2013]
Untuk mengisi Setanggi KOTA BHARU XII kali ini kita siarkan sebuah puisi karya [Dr] MOHAMAD KAMIL AB. MAJID yang bejodol KERUNTUHAN DAN KEHANCURAN. Ini puisi pertama beliau yang kita siar dan mungkin ada lagi puisi-puisi yang lain yang pernah disumbangkan kepada kami. Sambutlah salam hormat takzim dari saya dan selamat membaca.
[3 September 2013]
Untuk mengisi Setanggi KOTA BHARU XII kali ini kita siarkan sebuah puisi karya [Dr] MOHAMAD KAMIL AB. MAJID yang bejodol KERUNTUHAN DAN KEHANCURAN. Ini puisi pertama beliau yang kita siar dan mungkin ada lagi puisi-puisi yang lain yang pernah disumbangkan kepada kami. Sambutlah salam hormat takzim dari saya dan selamat membaca.
KERUNTUHAN DAN KEHANCURAN
[1]
25 Disember 66
Lesap sinarnya
Irama baru mengukir sejarah
Melagu kasih di puncak menara
Kental paduan cinta penuh mesra.
Kini 25 Disember 67 merangkak tiba
Bunga-bunga sejarah layu berguguran
Menyesak nafas mengelegak dada
Meluka rasa penuh setia
Duka hati dijilat lara.
Lupakah adik
Katamu manis bersalut madu
Kini lagumu membisu kelu
Dalam lambungan ombak menggulung menerpa pantai
[11]
Berpinar mataku
Menyaksikan kecaian tembok keimanan
Rubuh sekeping-sekeping
Dalam dakapan malam.
Kuteliti satu-satu
Di celah-celah kerakusan cumbu
Wajah Tuhan berputus
Ditelan hancur, bom-bom syaitan
Baru kutahu
Kejujuran tiadanya dalam irama kasih
Hanya yang pasti
Cinta abang kepada adik berbibir manis dan
Cinta adik kepada abang yang gagah.
[111]
Kaca-kaca kejujuraan berserpihan
Roboh sekeping-sekeping
Dalam dakapan malam
0 comments:
Post a Comment