ORANG MELAYU YANG PERTAMA KELILING DUNIA

>> Saturday, March 16, 2013

ORANG MELAYU PERTAMA KELILING DUNIA

Salah seorang daripada manusia pertama yang menyertai rombongan mengeliling dunia ialah orang Melayu. Tapi sayangnya, nama asalnya dalam bahasa Melayu masih belum diketahui sampai sekarang.

Demikian juga dengan tempat asalnya juga masih belum diketahui. Tidak juga diketahui adakah sebarang kajian pernah dibuat mengenai perkara ini?

Tapi namanya dalam bahasa Portugis ialah Enrique. Mengikut laporan dia telah dibeli dengan perjanjian bersyarat [indunture] oleh Ferdinand Magellen yang datang besama rombongan ke Melaka pada tahun1505. F. Maggellen telah membawanya pulang ke negaranya untuk dijadikan hamba suruhannya.


Beberapa tahun kemudian, bila Ferdinand Maggellen mengelilingi dunia, orang Melayu ini merupakan salah seorang daripada anggota rombongan tersebut yang semuanya berjumlah seramai dua ratus tujuh puluh orang yang terdiri daripada berbagai-bagai rupa bangsa, seperti Portugis, Sepanyol, Itali, Greek, Inggeris, Perancis dan bangsa Flander dari Belgium. Daripda semuanya itu bilangan orang Portugis ialah seramai empat puluh orang.

Mereka berlepas daripada pelabuhan Sunlucar, Sepanyol pada 20 September 1519 dengan lima buah kapal. F. Magellen adalah ketua pelayaran itu yang berpangkat Laksamana.

Walaupun F. Magellen berbangsa Portugis, tapi beliau berkhidmat dengan Raja Charles 1 Sepanyol untuk mencari jalan arah Barat untuk ke pulau rempah, iaitu Maluku, Indonesia.

Seperti lumrahnya, rombongan ini mendapat berbagai-bagai halangan di dalam pelayarannya yang penuh dengan cabaran yang getir itu. Antara cabaran-cabaran hebat yang terpakasa dihadapi oleh Laksasmana Maggelen ialah meletusnya pemberontakan dari anak-anak kapalnya sendiri, dan juga kematian anak-anak kapal akibat kelaparan yang tidak tertahan kerana tidak mempunyai bekalan makanan yang mencukupi.

Pada 28 Mac, 1512 sebahagian daripada lima buah kapal dagang itu telah sampai dan berlabuh di sebuah pulau kecil di Kepulauan Filipina, iaitu Massawa.

Laksamana Maggelen telah menghantar Enrique naik ke darat sebagai juru bahasa untuk berunding dengan penduduk-penduduk pulau tersebut.

Seminggu kemudian mereka bertolak ke Pulau Cebu. Enrique juga telah dihantar naik ke darat sebagai utusan untuk berunding dengan Raja Humabon dan bertindak sebagai juru bahasa. Hasil daripada rundingan tersebut, Laksamana F. Magellen telah mengikat perjanjian dengan Raja Hamabon.

Salah satu daripada kandungan perjanjian itu ialah F. Magellen akan memerangi Raja Pulau Mactan, Datok Lapu-Lapu yang menjadi musuh kepada Raja Hamabon. Raja Cebu, Raja Humabon amat mesra dengan orang-orang Portugis itu. 

Malah Raja Humabon dan permaisurinya, Hara Amihan telah berjaya dikristiankan oleh mereka.

Tapi sebelum melancarkan serangan F. bunhnyberusaha memujuk Datok Lapu-Lapu supaya memeluk agama Kristian seperti Raja Humabon, tapi usahanya tidak berjaya.

Berikutnya, pada 27 April 1521, F. Magellen dengan sekumpulan kecil rombongan penyerangnya telah belayar ke Mactan.

Selepas itu berlakulah peperangan antara kedua belah pihak. F. Magellen telah terkorban di dalam peperangan Mactan itu. Beliau telah terkena anak panah yang diperbuat dari buluh yang dipanah oleh orang-orang Mactan, selepas tercedera terkena panah dia telah dikepung oleh orang-orang Mactan dan medibunuhnya.

Enrique yang ikut berjuang bersama F. Magellen telah luka parah dan terpaksa diangkut ke kapal. Tapi Kapten Barbosa yang dilantik mengganti F. Magellen sebagai Laksamana tidak bertimbang rasa terhadap Enrique. Walaupun Enrique berada dalam keadaan cedera dia memakasa Enrique naik ke darat menjadi utusan untuk menghadap Raja Hamabon.

Sebelum mati, F. Magellen telah membuat wasiat membebaskan Enrique daripada induturenya bila dia mati nanati. Tapi selepas Perang Mactan, Kapten Barbosa enggan membebaskannya sebagaimana diwasiat F. Magellen.

Enrique merasa amat kecewa dan amat marah dengan tindakan Kapten Barbosa yang tidak bertimbang rasa kepadanya itu. Akibatnya dia telah membuat pakatan sulit dengan Raja Humabon untuk menentang Barbosa, Justeru itu bila Kapten Barbosa dan anak-anak kapalnya seramai dua puluh sembilan orang menghadari jamuan di istana Humabon mereka telah dibunuh.

Akhirnya kapal Sepnyol itu terpaksa lari meninggalkan Cebu dan meneruskan pelayarannya pulang ke tempat asalnya.

Justeru wlaupun Enrique bekerja sebagai hamba kepada F. Magellen, tapi peranannya dalam rombongan mengelilingi dunia itu tidak boleh dipandang kecil dan patut menjadi kebanggaan.

Selepas itu tidaklah diketahui lagi bagaimana nasib Enrique seterusnya. Dan ia masih lagi menjadi misteri, selagi sebarang kajian tidak dilakukan untuk membongakrnya. Enrique seperti juga  sesetengah tokoh tanah air kita, hilang tak dapat diketahui ke mana ghaibnya di penghujung perjalanan sejarah mereka. Laksamana Hang Tuah, Cik Siti Wan Kembang dan Puteri Saadong dalam sejarah Kelantan Darulanim lesap entah ke mana........apa lagi jika usaha untuk mengesan mereka tidak pernah dilaksanakan.

 

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP