Cheetah Haiwan Terpantas Di Dunia

>> Monday, March 11, 2013




CHEETAH HAIWAN TERPANTAS DI DUNIA


Jika kita pergi ke Afrika dan berada dalam satu ekspedisi safari melintasi sebuah padang rumput yang luas dalam kenderaan di atas sebatang jalan yang menembusi sebuah padang rumput yang luas, tiba-tiba anda ternampak seekor harimau yang bertumpuk-bertumpuk kulitnya sedang mengejar seekor haiwan yang sedang belari kencang untuk menyelamatkan diri.

Dalam masa yang amat singkat sahaja anda melihat harimau itu dapat menangkap mangsa yang diburunya itu, lalu mengonggongnya dengan gigi dan membawanya pergi entah ke mana dalam rumput-rumput yang tinggi memanjang itu.

Anda tentu merasa kaget dan tertanya-tanya. Pemandu pelancung anda yang berkebetulan seorang Afrika akan menjelaskan kepada anda peristiwa tersebut.

Dia akan menjelaskan bahawa pemburu itu ialah sejenis harimau kumbang yang dipanggil cheetah yang merupakan  sejenis haiwan daratan yang amat tangkas berlari ketika berburu. Jarang ada mangsa yang terlepas dari kejarannya ketika dia mencari makan. Habuan makanan  yang paling digemarinya ialah sejenis rusa jantan yang dikenali dengan nama blackbucks dan sejenis rusa yang dipanggil gazel.

Seperti manusia juga, cheetah mempunyai makanan-makanan khusus yang menjadi kegemaran mereka. Oleh itu selain daripada blackbuck dan gazel, cheetah juga berselera memakan haiwan-haiwan seperti sejenis rusa kecil yang dipanggil impala, rusa air yang dipanggil waterbuck, burung unta dan sejenis haiwan lagi yang dipanggil kudis.


Cheetah memburu untuk hidup-mencari makan, sementara mangsa-mangsanya seperti rusa-rusa berlari  melarikan diri untuk hidup-menyelamatkan nyawa dari terkorban. Dalam pertarungan hidup dan mati ini biasanya cheetah lebih beruntung, kerana mangsa tidak berkesempatan melarikan diri dan cheetah dapat menangkap dan menikmati daging mangsanya yang enak itu.

Dalam hal ini, cheetah bernasib baik, kerana merupakan sejenis haiwan daratan yang amat pentas berlari jika dibandingkan dengan segala haiwan-haiwan daratan yang lain yang ada di dunia ini.

Cheetah dapat berlari selaju lebih dari 62  km sejam atau 100 batu sejam. Namun itu kemampuannya hanya terbatas, ia hanya dapat berlari selaju itu untuk jarak yang dekat sahaja, dan tidak sama sekali untuk jarak yang lebih jauh.

Andainya cheetah dapat berlari dengan lebih pantas dalam jarak yang lebih jauh, maka sudah tentu akan lebih banyak mangsa-mangsanya akan menjadi korban untuk dijadikan hidangan.

Justeru, menyedari kelemahan dirinya itu, cheetah lebih suka menggendap atau mengintip mansga terlebih dahulu daripada terus mengejar dan memburunya. Bila mangsa yang diintip itu mendekati, kerana  tidak menyedari kehadirannya, barulah cheetah  serta merta terus menerkamnya.

Oleh itu, jika dia gagal untuk memberkas mangsanya dalam serangan yang pertama tadi, cheetah akan menghentikan kejarannya, dan membiar haiwan itu memboloskan  diri dan berazam akan memburu mangsa itu di waktu-waktu yang lain pula.

Cheetah biasanya memburu mangsa secara berpasangan, atau bersama-sama beberapa ekor dalam satu keluarga cheetah. Satu contoh kesepakatan dan kerjasama yang baik yang terdapat di kalangn haiwan untuk ditiru oleh manusia.

Waktu yang menjadi pilihan cheetah untuk memburu ialah pada waktu cuaca sejuk di siang hari, dimana ia akan memulakan pencarian dan pemburuan ke atas mangsa untuk dijadikan makanan harian yang enak.

Tempat tinggalnya ialah di Afrika dan di di negeri-negeri di barat daya Asia. Cheetah suka mendiami savanah, iaitu padang rumput yang amat luas terbentang di bawah kolong langit tanpa pokok-pokok melindunginya.

Ahli-ahli haiwan menggulungkan cheetah dalam keluarga kucing. Namun begitu, ia berbeza dengan kucing dalam erti kata yang sebenarnya. Terutama kerana kuku-kuku cheetah tidak seperti kuku kucing, tapi serupa dengan  kuku anjing, tidak dapat ditarik  masuk kedalam sepenuhnya, sedangkan kucing boleh menarik kukunya masuk sepenuhnya ke dalam.

Salah satu keistimewaan semula jadinya, ialah cheetah hanya perlu minum air sekali sahaja dalam masa tiga atau empat hari, kerana bekalan air yang mencukupi telah diperolehinya daripada daging-daging haiwan yang dimakannya setiap hari itu.

Nama saintifik cheetah ialah Acinnonyx Jubatus. Jika diukur, panjang seekor cheetah ialah 1.1 hingga 1.5 meter, dengan berat badannya antara 21 hingga 72 kg. Jangka hayatnya ialah 17 tahun.

Manusia telah lama menggunakan cheetah sebagai haiwan untuk pemburuan mereka, setelah diberikan latihan yang khusus terlebih dahulu, sebagaimana mereka menggunakan anjing-anjing untuk berburu.

Mengikut kajian, cheetah telah dipelihara dan digunakan untuk perburuan oleh manusia sejak 3, 000 tahun SM lagi.

Tapi untuk melatih seekor cheetah memburu tidaklah murah ongkosnya, malah ia terpaksa menelan perbelanjaan yang besar.

Putera-putera raja  di India telah lama didapati menggunakan cheetah  dalam ekspedisi imereka untuk memburu rusa antelop.

Dalam ekspedisi ini, cheetah dimasukkan ke dalam kurungan dan matanya ditutup untuk mengelaknya daripada merasa resah melihat kelililing kelalang dalam masa perjalanan ke medan perburuan itu. Bila para pemburu melihat kelibat antelop, ikatan mata cheetah pun dibuka dan tali ikatannya pun direlaikan lalu dilepaskan untuk memburu dan mengejar kijang antelop itu.

Cheetah  itu mungkin segera bertindak memburu dan menangkap mangsanya, atau berhenti melabuhkan perutnya di atas tanah, menunggu ketibaan mangsa yangg tidak menyedari kehadirannya. Bila diterkam, mangsa itu akan terus jatuh sebaik-baik menerima tamparan kuat daripada kedua kaki hadapan sang cheetah yang berang itu.

Cheetah dikatakan berasal dari kelurga kucing

Kemudian cheetah akan menggonggong mangsa dengan giginya, menuggu ketibaan para pemburu untuk mengambil kijang antelop itu.

Ketika berburu sendirian untuk dijadikan hidangan, cheetah mengheret mangsa ke tempat yang teduh, dan menyembunyikannya terlebih dahulu buat sementara waktu, untuk datang  semula kemudian dan memakannya. Kadang-kadang hidangan yang disembunyikan itu dicuri oleh binatang-binatang lain yang menemuinya untuk mengenyangkan perut mereka.

Nama cheetah itu berasal daripada bahasa Hindi yang bererti  “yang bertompok-tompok”. Tompok-tompok itu itu berbeza antara seekor cheetah dengan seekor cheetah yang lain.

Warna kulit cheetah menyebabkan dia sukar dikesan ketika berada dalam rumput yang tinggi, kerana itu lebih mudah kepadanya untuk menerkan dan memburu mangsa untuk dijadikan habuan.

Cheetah tidak mengaum seperti harimau atau serigala tapi membuat suara berbunyi seperti menggerik sahaja untuk berhubung antara satu sama lain.

Sesetengah petani di Amerika pula didapati menggunakan cheetah untuk menjaga haiwan-hawain ternakan mereka dan memburu musuh-musuh yang sering memakan ternakan mereka , yang biasanya terdiri dari  serigala koyote, iaitu serigala prairi.

Walau pun cheetah sejenis binatang liar  dan kejam terhadap mangsa-mangsanya, tapi dia jarang sekali membunuh manusia. Jika bertembung dengan manusia, cheetah lebih memilih untuk meminggirkan diri daripada bertembung dengan manusia dan bukannya membaham mereka seperti ketika memburu haiwan-haiwan makanan mereka.

Mengikut kajian, cheetah seperti manusia juga mempunyai 36 jenis yang berbeza-beza, sebagaimana manusia mempunyai berbagai-bagai jenis bangsa yang berbeza-beza.

Seperti sesetengah haiwan-haiwan lain di dunia, cheetah terancam oleh kepupusan, terutama sekali kerana  kehilangan padang-padang rumput yang selama ini menjadi tempat tinggal mereka akibat diambilalih oleh projek-projek pembangunan yang dilancarkan oleh manusia yang terus maju di seluruh dunia.

Justeru pada hari ini pakar-pakar menganggarkan hanya terdapat kira-kira 7,000 hingga 10,000 ekor  cheetah sahaja di seluruh dunia ini. Oleh itu, jikalau tidak dikawal, cheetah mungkin akan tinggal namanya sahaja pada suatu masa nanti sbagaimana  kehilangan binatang raksaksa, dinasaur. Kepantasan cheetah berlari tidak dapat menandingi kepentasan otak manusia yang melakar projek-projek yang begitu pantasnya sejajar dengan kemajuan pesat yang dicapai oleh tamadun manusia dari masa ke masa.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP