Maka-maka Rama-rama Itu Pun Pergilah
>> Wednesday, March 13, 2013
Di sekitar pondok kediaman kami ini
ada berbagai-bagai jenis unggas yang berterbangan ke sana ke mari. Setiap pagi
berbagai-bagai jenis suara burung kedengaran berdendang girang menyambut
ketibaan hari. Ada berbagai-bagai suara dan nada menarik kedengarannya
yang datang daripada aneka jenis burung yang kelihatan dan juga tidak kelihatan
pada pengelihatan kami kerana terlindung di sebalik daun-daun pokok lebat dan
menghijau di sekitar pondok.
Ella - Rama Rama.mp3
Ella - Rama Rama.mp3
Cucu saya yang dipanggil “Kak Ya” yang berusia 6 tahun sering mentafsirkan nyanyian
burung-burung itu dengan berbagai-bagai makna. Kadang-kadang dia memperingatkan
saya dengan kata-kata, “Atok dengar itu, burung itu kata “Allah-Allah”, takkan
atok tak dengar pula”.
Masih tegak berdiri
Ada di antara burung-burung yang begitu jinak dan hinggap berhampiran tempat kami berada untuk mencari makan atau bercanda, serta memperdengarkan suaranya yang mengharmonikan alam yang aman dan tenang ini.
Ada di antara burung-burung yang begitu jinak dan hinggap berhampiran tempat kami berada untuk mencari makan atau bercanda, serta memperdengarkan suaranya yang mengharmonikan alam yang aman dan tenang ini.
Pada waktu malam, terutama di
malam terang bulan yang hening-bening bergema
suara burung tukang dan pungguk
merindukan bulan tingkah bertingkah membelah keheningan malam tanpa
henti-henti hingga sampai ke sinar pagi terserlah meliputi bumi.
Di samping itu di siang hari, rama-rama
yang mempunyai aneka warna dan comel berterbangan dari pokok ke pokok bunga dalam jambangan dan juga pada aneka
jenis pokok bumi di laman pondok kami, termasuklah pokok-pokok bunga.
Mengikut kajian di seluruh dunia
ini terdapat tidak kurang dari 15,000 hingga 20,000 jenis rama-rama yang
berbeza-beza, dan beberapa jenis daripadanya memang populer di kalangan umat
manusia.
Rama-rama ini pula ada yang
jinak, boleh didekati, dan pula yang liar, yang akan terbang melarikan diri jauh-jauh
bila kita menghampirinya.
Bila senja berlabuh, rama-rama
ini tidak kelihtan lagi, terbang entah ke mana mencari tempat berteduh bila
malam menyerkupi bumi nanti.
Sudah tergolek jatuh di atas lantai tidak bergerak lagi
Ada sesetengah rama-rama memang mampu terbang jauh, Sejauh yang mungkin tidak pernah terduga oleh kita. Umpamanya sejenis rama-rama yang dikenali dengan nama rama-rama Monarch boleh imigrasi dari Mexico ke utara Amerika Syarikat dan ke Selatan Kanada yang jarak perjalanannya kira-kira 4,000 hingga 4,800 km atau 2,500 hingga 3,000 batu.
Ada sesetengah rama-rama memang mampu terbang jauh, Sejauh yang mungkin tidak pernah terduga oleh kita. Umpamanya sejenis rama-rama yang dikenali dengan nama rama-rama Monarch boleh imigrasi dari Mexico ke utara Amerika Syarikat dan ke Selatan Kanada yang jarak perjalanannya kira-kira 4,000 hingga 4,800 km atau 2,500 hingga 3,000 batu.
Tengah hari kelmarin pula saya
ternampak seekor rama-rama telah tersasul masuk ke dalam pondok kami. Rupanya
biasa sahaja, tidak berwarna-warni seperti yang sering dilihat di luar pondok.
Seperti biasa jika ada rama-rama
yang tersasul masuk saya beritahu dia supaya segera keluar dengan segera membuka
pintu dan tingkap luas-luas untuk memberi laluan keluar kepadanya, kerana saya
bimbang dia akan mati terperangkap. Kadang-kadang kami juga menolong
menghalaunya keluar.
Dan biasanya rama-rama itu tidak
banyak kerenah akan terbang keluar menerusi tingkap atau pintu yang terbuka
luas itu, dan hilang lesap di alam saujana.
Rama-rama yang ini nampaknya
sedang mencari jalan untuk keluar, tapi gagal. Saya segera meluaskan tingkap
kaca yang memang telah terbuka itu untuk memberi laluan keluar kepadanya.
“Nah, saya dah buka tingkapnya
luas-luas keluarlah”. Kata saya kepada rama-rama itu seolah-olah dia mengerti
pembicaraan saya.
Saya terus meninggalkannya di
tepi tingkap yang terbuka itu. Saya harap dia akan segera keluar ke alam luas
sana.
Selepas itu saya tidak lagi
melihat rama-rama tersebut berterbangan dalam pondok seperti tadi.
Tapi pada sebelah malamnya, tiba-tiba
saya melihat rama-rama tadi datang dan hingga berhampiran dengan bahagian kepala
tempat tidur saya.
“Saya ingat kamu dah keluar tadi”,
kata saya main-main, “rupa-rupanyanya kamu masih belum pergi. Saya bimbang kamu
akan mati di dalam pondok kami ini”.
Saya bercadang pagi-pagi besok
saya akan membawa rama-rama itu keluar, kerana malam ini kalau saya bawa dia
keluar pun ke mana dia hendak pergi? Entah-entah dia akan di sambar oleh
unggas-unggas yang berterbangan di luar sana.
Saya pun terus tidur dan
rama-rama itu juga duduk diam, di hujung cadar dekat kepala tidur saya.
“Duduklah kamu di situ. Tunggu
besok pagi saya hantar kamu keluar”, kata saya sekadar suka-suka.
Namun begitu saya teringat pesan
orang tua-tua supaya berhati-hati dengan rama-rama yang masuk rumah di malam
hari yang diatas sayapnya ada berbentuk angka 007.
Tapi bla saya terjaga arah
penghujung malam, saya lihat rama-rama itu telah terkapai di atas lantai. Tidak
bergerak-gerak lagi. Kedua-dua sayapnya berjeringkit. Dia telah pergi.
Rama-rama warna-warni di luar pondok
Habislah riwayatnya. Tapi nasib rama-rama yang mati, tidak seperti nasib manusia yang mati yang akan diminta pertanggungjawab oleh Allah terhadap semua perkara yang dilakukannya semasa nyawanya masih ada. Tidak ada satu pun yang terlepas daripada perhitungan, walau sebesar zahrah sekali pun.
Habislah riwayatnya. Tapi nasib rama-rama yang mati, tidak seperti nasib manusia yang mati yang akan diminta pertanggungjawab oleh Allah terhadap semua perkara yang dilakukannya semasa nyawanya masih ada. Tidak ada satu pun yang terlepas daripada perhitungan, walau sebesar zahrah sekali pun.
Kerana segala sesuatu tidak terlepas
dari pengamatan Allah. Tidak ada sehelai daun pun yang gugur terlepas pandang
oleh Allah.
Firman-Nya: “Dia mengetahui
apa yang ada di darat dan di laut. Tidak ada sehelai daun pun yang gugur
melainkan Dia mengetahuinya [pula]. Dan tidak jatuh sebutir biji pun dalam
kegelapan bumi dan tidak sesuatu pun yang basah atau yang kering melainkan
tertulis dalam Kitab yang nyata [Lauh Mahfuz”.Al-An’am [6]: 59.
0 comments:
Post a Comment