APA BEZA ANTARA UMNO DAN PAS
>> Monday, March 25, 2013
Tulisan ini adalah getusan daripada risalah Setiausaha PAS Kawasan Tumpat Kelantan [tanpa nama].
Ia ditulis dalam bentuk soal jawab dan bertarikh pada 21 April 1985.
Tulisan ini asalnya berjodol "Soal Jawab Beberapa Persoalan UMNO-PAS di Masa Kini", dan diedarkan kepada orang ramai.
Sekian.
Apakah tujuan kita mengundi dalam pilihanraya memilih
wakil rakyat melalui parti?
Jawab:
Tujuannya untuk membolehkan
menjadi Ahli Mesyuarat serta dapat membuat atau melaksanakan bagi memerintah
negeri atau negara. Mengundi inilah boleh kita katakan dengan perkataan memilih
wakil parti untuk menjadi kerajaan.
Sekiranya parti yang bedasarkan
Islam dapat berkuasa, maka dia memerintah mengikut undang-undang Islam, dan
sekiranya parti yang tidak berdasarkan Islam, maka dia memerintah mengikut
dasar yang ia pegang [dasar bukan Islam].
Selain dari itu, seseorang yang
mengundi adalah ia telah menggunakan haknya sebagai seorang rakyat yang
bertanggungjawab kepada ugama dan negara, dan bagi orang yang tidak mengundi
ianya adalah tidak bertanggungjawab kepada ugama dan negara, juga kepada
dirinya sendiri.
2. Soal :
Apakah kita mengundi pun dikira
dengan Islam [ugama]?
Jawab:
Bagi orang-orang Islam wajib dikira dengan Islam [Hukum Islam] kerana dalam Islam sebarang pekerjaan tidak boleh lari hukum-hukum yang lima:-
1.Wajib
2.Sunat
3.Haram
4.Harus
5.Makruh.
Kalau anda tidak mahu kira dengan
Islam dalam sebarang perkara, maka anda sudah berfikir dengan cara tidak Islam,
maka layakkah anda dikira sebagai seorang bukan Islam.
3.Soal
Bagaimana orang-orang alim yang
mati sebelum ada parti PAS dan tidak sempat berjuang dalam PAS berdosakan
mereka ini?
Jawab:
Misalnya, kata seseorang itu ia
meninggal dunia sebelum masuknya waktu Zohor, apakah ia menanggung sembahayang
fardu Zohor itu?
Sekarang kita tidak mahu
membicarakan orang-orang yang sudah mati, apa yang kita mahu ialah orang Islam
yang masih hidup ini supaya menerima Islam dalam semua perkara dengan tidak
syak dan ragu-ragu. Jadi soalan seperti ini tidak patut ditimbulkan.
4.Soal:
Apakah betul orang-orang PAS ini selalu
memutar belitkan ayat Quran seperti yang dikatakan oleh setengah-setengah
pemimpin UMNO?
Jawab
Dalam enam ribu enam ratus enam
puluh enam ayat Quran itu tolong tunjukkan ayat mana dan dalam surah mana yang
dikatakan diputar belit oleh orang PAS?
Jangan pandai berkata tetapi
tidak pandai menunjuk, nanti jadi burung tiong atau burung kakak tua yang
pandai berkata-kata tapi tidak pandai menunjuk.
5.Soal:
Apakah betul dalam kita menentu
[memilih politik] ini termasuk di dalam kita ijtihad, kalau betul dapat dua
pahala dan kalau sekiranya salah dapat juga satu pahala?
Jawab:
Ini memilih dan bukannya ijtihad.
Lagipun mengikut dalam sejarah orang
dulu-dulu berijtihad mengikut lunas-lunas Quran, tidak ijtihad untuk menolak
Quran.
6.Soal:
Bagaimana undang-undang Islam nak
dilaksanakan dalam negara ini sedangkan rakyat tidak pandai berbahasa Arab?
Jawab:
Persoalan anda ini semata-mata
untuk menolak Islam setengah dan menerima setengah, sebab kalau hujah ini nak
dipakai, mengapakah undang-undang berbahasa Ingeris boleh dipakai, sedangkan
rakyat dalam negara ini tidak semua pandai bahasa itu [orang puteh]. Dengan ini
tidak boleh menjadi hujah.
7.Soal:
Apakah perbezaan di antara
menghukum dengan menerang sesuatu itu kepada orang?
Jawab:
Menghukum ertinya menetap. Adapun
menghukum ertinya menentu. Ada pun menerang ertinya menjelas [penjelasan].
8.Soal:
Apakah boleh kita menetapkan
kepada seseorang itu begitu atau begini, umpamanya tetapkan ke atas seseorang
atau golongan itu kafir?
Jawab:
Menetap atau menentu memang tidak
hak kita [Tidak Boleh]. Perkara menentu atau menetap itu adalah hak mutlak
Allah S.W.T.
Ada pun menerang sesuatu atau
menjelaskan sesuatu itu memang boleh, bahkan diwajibkan bagi orang-orang yang
tahu dan mengerti, lebih-lebih lagi dalam perkara-perkara mengenai akidah
Islam.
Nabi kita bersabda, “Ballighu
Anni walau ayah”, ertinya hendaklah kamu sampaikan dariku walaupun satu ayat”.
9.Soal:
Saya melihat kedua-dua parti,
iaitu UMNO dan PAS sama-sama berjuang dengan sungguh-sungguh untuk
mempertahankan perjuangan masing-masing. Jadi ini apakah tujuan yang
sebenarnya?
Jawab:
Parti PAS ini berjuang dengan
semangat al-Quran [Islam] untuk menegakkan undang-undang syariat Islam di dalam pemerintahan negara.
Parti UMNO pula berjuang untuk
mempertahankan perlembagaan [berjuang dengan semangat perlembagaan
[undang-undang barat].
10.Soal:
Apakah betul untuk perpaduan
semua kaum dalam negara ini cukup dengan undang-undang yang ada [perlembagaan]?
Jawab:
Undang-undang yang dipertahankan
oleh orang-orang UMNO ialah untuk perpaduan semua kaum dan semua agama, tapi
hukum-hukum yang dipegangkan oleh orang-orang PAS untuk perpaduan umat Islam.
Islam ini sendiri [orang Islam]
belum wujud perpaduan yang sejati, bagaimana nak diujudkan perpaduan pada semua
kaum yang ada dalam negara ii. Undang-undang Barat ini sudah 30 tahun bahkan
lebih tetapi tidak pernah berjaya, ini jawabnya tidak cukup.
11,Soal:
Salahkah kalau saya berkata parti
PAS ini fahaman politiknya sempit dan perkauman?
Jawab:
Politik PAS ini berdasarkan
kepada Islam dan Islam sudah tentunya luas dan sempurna.
Dan kalau parti yang tidak
berdasarkan kepada Islam itu sungguhnya sempit dan perkauman.
Oleh itu perkataan sempit kepada
parti PAS itu samalah juga anda berkata Islam itu sempit. Sebab apa yang dipegang
oleh PAS itu ialah Islam, jadi fikirlah sendiri salah atau tidak terhadap
Islam.
12.Soal:
Mengapakah baru selepas merdeka
timbul wajib bagi orang-orang Islam berjuang dan memilih parti Islam, pada hal
sebelum ini tidak timbul?
Jawab:
Orang-orang Islam [rakyat]
sebelum merdeka tidak berhak memilih kerajaan kerana pada masa itu kerajaan
dipilih dan dilantik oleh Tuanku Al-Sultan untuk mewakili baginda memerintah
negeri.
Jadi persoalan ini tidaklah patut
ditimbulkan kalau anda boleh mengerti cara-cara wujudnya sesebuah kerajaan
sebelum merdeka dengan sesudah merdeka.
13.Soal:
Adakah boleh seseorang itu
menghukum kepada seseorang atau golongan, umpamanya ia berkata kafir, zalim,
fasik dan seumpamanya?
Jawab:
Menghukum tidak dibolehkan tetapi
kalau kita menerang atau memberitahu hukum-hukum Allah memang boleh bahkan
disuruh kita berbuat begitu.
14.Soal
Mengapakah orang-orang PAS selalu
menuduh orang-orang UMNO kafir?
Orang PAS tidak pernah menuduh
orang-orang UMNO kafir, tapi orang PAS mengata kafir kepada orang yang jadi
murtad, sebagaimana di bawah ini:-
Terkeluarlah dari Islam sesiapa
sahaja yang rosak salah satu daripada tiga perkara, iaitu:
1]Rosaknya
iktikad
2]Rosaknya
perbuatan
3]Rosaknya
perkataan
Keterangan hukum seperti ini
sudah lama, iaitu bermula dari zaman Nabi kita Muhammad SAW. yang mana Baginda
mengajak orang-orang Arab pada masa itu kembali kepada Allah yang satu serta
taat kepada-Nya di dalam semua perkara.
15.Soal
Bilakah bermulanya perpecahan
yang berlaku sekarang di negeri kita ini?
Jawab:
Pecah belah yang dikatakan itu
berlaku di negeri ini [Kelantan] bermula apabila kuasa pemerintahan bertukar
kepada UMNO [Barisan Nasional] bermula pada tahun 1978 setelah berlakunya,
atau dilakukan satu jenis darurat dan selepas itu tidak beberapa hari diadakan
pilihanraya bagi negeri Kelantan sahaja.
Punca yang sebenarnya ialah
apabila pehak yang berkuasa UMNO mulai bertindak mengenepikan segala hak yang
sepatutnya oleh rakyat, tetapi tidak diberi kepada sebahagian rakyat.
Umpamanya subsidi baja padi dan
ain-lain subsidi dari kerajaan, terlebih dahulu ditanya mengenai politik parti
mana yang orang itu menyokong, kalau jawabnya menyokong parti Islam, maka tidak
akan dapat segala bantuan. Tapi kepada orang-orang yang bukan Islam tidak payah
ditanya dan diberi terus.
16.Soal:
Ada orang mengata parti PAS ini
tidak sesuai dengan keadaan yang ujud dalam negara kita, seperti rakyat
berbilang keturunan dan menganut berbagai ugama ini bagaimana?
Jawab
Sebab itu perjuangan parti PAS ini mahu kepada kuasa pemerintahan negara untuk mengadili kepada rakyat semua kaum dan keturunan. Ugama Islam tidak memaksa tetapi memberi keamanan dan keadilan.
Sebab itu perjuangan parti PAS ini mahu kepada kuasa pemerintahan negara untuk mengadili kepada rakyat semua kaum dan keturunan. Ugama Islam tidak memaksa tetapi memberi keamanan dan keadilan.
Sayang kebanyakan orang tidak
mengenal Islam dengan secara keseluruhan. Saya yakin dan percaya kalau orang-orang
dapat mengenal Islam ini secara keseluruhan maka manusia itu tidak akan
menerima perjuangan selain dari perjuangan Islam [Parti Islam].
17.Soal:
Mengapa parti PAS menerima sistem
pilahnraya di negeri kita sekarang, pada halnya sistem ini bukan sistem Islam?
Jawab:
Perjuangan untuk mendapat kuasa
ialah satu kewajipan dalam Islam. Mengikut saluran yang ujud sekarang untuk
mendapat kuasa pemerintahan itu hanya dengan melalui piihanraya. Maka berlaku
hukum wasilah [yakni jalan untuk mendapat sesuatu] bagi tujuan perjuangan
selama ia tidak bercanggah dengan prinsip-prinsip Islam yang diperjuangkan itu.
18.Soal:
Ada pemimpin UMNO mengatakan
orang-orang PAS pun menerima wang gaji
dengan kerajaan ini bagaimana?
Jawab:
Wang gaji yang diterima oleh seseorang
itu adalah imbangan [upahan] daripada kerja-kerja yang telah dibuat dan itu
adalah satu keharusan dalam Islam. Kalau seseorang Islam menerima upahan
dripada seorang majikan Yahudi pun dilulus oleh ugama kita [Islam], maka tidak
patut timbul soalan seperti ini.
19.Soal:
Apakah betul Quran itu bukan
perlembagaan seperti yang dikatakan oleh sesetengah pemimpin parti UMNO di
tempat kita ini?
Jawab:
Yang dikatakan perlembagaan ialah
pokok atau perdu undang-undang. Dalam pengertian mana undang-undang atau
peraturan atau sebagainya bahawa yang dibuat kemudian lalu bertentangan dengan
perlembagaaan dikira tidak sah dan ia tidak boleh dilakasanakan.
Maka bertepatanlah dengan
kehendak al-Quran bahawa mana-mana undang-undang atau peraturan yang bersalahan
dengan hukumnya, maka undang-undang atau peraturan itu tidaklah boleh
dilaksanakan.
Jadi al-Quran itu ianya adalah
perlembagaan hidup manusia yang akan dipedoman dan dipatuhi oleh orang-orang
yang beriman sepanjang ayat.
20.Soal:
Apakah ada atau tidak ada politik
yang tidak boleh campur dengan Islam [Ugama suku politik suku]?
Jawab:
Memang ada politik yang tidak
boleh campur dengan ugama, iaitu politik
suku ugama suku. Politik ini ialah yang dipegang oleh orang-orang bukan ugama
Islam dan juga ada dipegang oleh orang-orang atau badan politik yang tidak
berdasarkan Islam [sekular].
Padahalnya ajaran Islam itu
adalah mencukupi seluruh bidang kehidupan manusia, termasuklah hal-hal mengenai
pemerintahan negara. Tetapi bagi orang-orang yang tidak penuh keyakinan mereka
terhadap Islam maka timbul di dalam pemikiran mereka berbgai-bagai alasan untuk
menolak fahaman politik tidak boleh dipisahkan dengan ugama [Islam].
“Katanya lagi” ugama bersih dan
politik kotor, tentu tidak boleh campur barang yang bersih dengan barang yang
kotor. Saya berani berkata di sini, inilah suatu tafsir harga murah namanya.
21.Soal:
Mengikut sesetengah pemimpin UMNO
berkata perlembagaan UMNO tidak ada bercanggah dengan Islam, dan kalau ada
bercanggah cuba tunjuk di mana dan bagaimana?
Jawab:
Jika dipandang pada lahir memang
tidak ada bertentangan dengan Islam. Tetapi dalam hal ini saya katakan bahawa
tidak bercanggah sesuatu itu bukan bermakna betul. Seperti seseorang tidak
melanggar larangan Tuhan tapi dia juga tidak betul kerana tidak membuat suruhan
itu adalah ianya sudah melanggar perintah Allah S.W.T.
22.Soal:
Apakah betul parti PAS ini mejadi
pemecah belah umat Islam dalam negara ini?
Jawab:
Parti PAS mengajak umat Islam
bersatu mengikut cara-cara Islam dalam semua bidang kehidupan.
Adapun yang menjadi pecah belah
umat Islam dalam negara kita ini ialah kerana ada golonan parti [UMNO] tidak
mahu melaksanakan hukum Islam dalam sistem pemerintahan negara.
Golongan parti Islam [PAS] mahu hukum-huikum Islam dilaksanakan dalam
pemerintahan negara yang dikuasai oleh UMNO
lebih kurang 30 tahun sehingga hari ini.
Kerana pehak PAS yakin dan
percaya hanya dengan Islam sahajalah yang dapat menyatupadukan seluruh umat,
bukan sahaja umat Islam bahkan seluruh manusia yang berakal.
23.Soal:
23.Soal:
Apakah betul parti PAS
menjadikan agama sebagai alat untuk
mendapat kursi dalam pilihanraya?
Jawab:
Perjuangan parti PAS adalah berdasarkan kepada Islam adalah sangat wajar sekiranya orang PAS menjaga ayat-ayat Quran dan Hadis-hadis Nabi untk menyatukan orang-orang Islam kepada partinya.
Perjuangan parti PAS adalah berdasarkan kepada Islam adalah sangat wajar sekiranya orang PAS menjaga ayat-ayat Quran dan Hadis-hadis Nabi untk menyatukan orang-orang Islam kepada partinya.
Sekiranya parti yang tidak
berdasarkan Islam seperti UMNO dan dia bercakap menggunakan Islam selalu
menggunakan ayat-ayat Quran, padahalnya dia tidak melaksanakan hukum-hukum
Islam maka parti seperti inilah yang membuat alat kepada agama [Islam] untuk mendapat kursi
[kuasa] dengan melalui pilihanraya.
24.Soal:
Apakah betul dalam majlis parti
politik kita tidak boleh bertakbir?
Jawab:
Takbir itu ialah mengingatkan
Allah serta membesarkan Allah S.W.T. Dan agama kita menyuruh kita mengingtkan
kepada Allah di waktu siang dan di waktu malam.
Sila rujuk al-Quran:
1.Surah Al-Imran
ayat 91
2.Surah
al-Muddatsir ayat 3
Lagi pula di dalam undang-undang
tubuh parti PAS itu sendiri bab yang
kedua fasal [4] ada menyebut seruan PAS ialah Allahu Akbar dan bukan menepok
tangan seperti yang diamalkan oleh orang-orang bukan Islam.
25.Soal:
Adakah betul mana-mana parti
serupa belaka, iaitu sama-sama nak makan gaji?
Jawab:
Tidak serupa kalau serupa tentu
ia tidak berlawan, umpama orang sembahayang dengan tidak pakai uduk tidak sama
dengan sembahayang memakai uduk [ air sembahayang]. Nampak zahirnya sama tetapi
hakiktnya sangat jauh bezanya.
Kalau parti Islam [PAS]
perlakasanaan pemerintahannya mengikut dasar partinya, iaitu Islam dan kalau
parti UMNO pula ia mengikut dasar partinya, iaitu dasar kebangsaan [bukan
Islam].
26.Soal:
Tidakkah parti UMNO itu mahu juga
kepada Islam seperti penerapan niai-nilai Islam?
1.Universiti
Islam
2.Bank Islam
3.Insuran Islam
dan lain-lain sebagainya
Jawab:
Kita tidak menafikan yang
orang-orang UMNO itu mahu juga kepada Islam tetapi yang menjadi persoalannya
ialah asas pemerintahan itu hendaklah Islam. Kalaulah cakap sahaja mahu kepada
Islam tetapi dasar partinya tidak Islam, samalah ibarat seorang yang menanam
benihnya jagung diharap berbuahkan kacang.
27.Soal:
Parti PAS memerintah negeri
Kelantan selama 18 tahun mengapa tidak memerintah secara Islam?
Jawab:
Yang sebenarnya parti PAS dapat
memerintah negeri Kelantan lebih kurang 15 tahun dan bukannya 18 tahun. Sebagai
jawabnya, kuasa yang ada di pehak krajaan negeri tidak boleh mengatasi kuasa
kerajaan pusat.
Jika sekiranya didapati
undang-undang kerajaan negeri bercanggah dengan undang-undang kerajaan pusat,
maka pada ketika itu undang-undang kerajaan itu terbatal sendiri tidak boleh
dilaksanakan.
28.Soal:
Manakah politik yang betul dengan
Islam, dalam parti politik UMNO juga ada
orang-orang alim?
Jawab:
Parti politik yang betul dengan
Islam ialah parti yang berdasarkan mengikut Quran dan Hadis Nabi SA.W.
Ada pun orang alim banyak macam,
oleh kerana itu tidak semua orang alim mesti kita ikut, kecuali orang alim yang
mengajak kita kepada dasar hidup mengikut Quran dan Hadis Nabi SAW.
29.Soal:
Kalau Parti PAS itu baik bagi
orang-orang Islam, mengapakah tidak semua orang-orang Islam masuk dan menyokong
Parti PAS?
Jawab:
Sebelum saya menjawab soalan ini,
ingin saya kemukakan soalan untuk difikirkan, iaitu Islam ini dicipta oleh
Allah S.W.T. untuk semua makhluk, terutamanya makhluk manusia, tetapi tidak
semuanya memeluk ugama Islam. Maka samalah juga dengan Parti PAS ini walaupun
ditubuhnya untuk umat Islam, tetapi ternyata tidak semua umat yang mengaku
dirinya Islam memasuki parti Islam [PAS], bahkan orang yang mengaku dirinya
Islam itu juga yang menentang perjuangan Islam.
Inilah yang dikatakan oleh Syikh
Muhammad Abduh, seorang mufti besar negara Mesir, dengan perkataan ”Al Islamu
Mahjjubuh Bilmuslimin”, ertinya Islam ini ditutup dan disembunyikan oleh
orang-orang Islam sendiri. Inilah yang menyedihkan kita orang Islam yang
mahukan kepada hukum-hukum Islam ini dilaksanakan sepenuhnya dalam pemerintahan
negara.
Parti politik Islam [PAS] ini sepatutunya menjadi kepunyaan bagi semua orang-orang Islam Melayu, orang-orang Islam China, orang-orang Islam India, dan semua orang yang menganut Islam sebagai “Addinu Waddaualah” [Ugama yang menunjukkan seluruh cara hidup].
30.Soal:
Bagaimana boleh terjadi
sembahayang dua imam yang berlaku di negeri ini?
Jawab:
Perkataan sembahayang dua imam ini
tidak betul dan ini boleh jadi keliru sehingga boleh jadi fitnah kepada umat
Islam.
Yang sebenarnya apa yang berlaku
ialah sembahayang berlainan imam dan bukannya dua imam seperti yang
diistilahkan oleh orang-orang UMNO.
Dalam Islam itu sendiri tidak
pernah berlaku sembahayang dua imam.
Kalaupun berlaku sembahayang lain
imam tidaklah menjadi pelek atau heran kerana dalam jumaah perjuangan untuk
Islam sudah berpecah.
30.Soal:
Apakah betul di dalam
perlembagaan UMNO itu ada menyebut syarat-syarat bagi keahlian hanya ialah
orang Melayu dan Bumiputera. Dan apakah pula syarat-syaratnya untuk menjadi
ahli parti PAS?
Jawab:
Syarat-syarat untuk menjadi ahli
UMNO yang disebut oleh anda itu betul.
Adapun syarat-syarat untuk
menjadi ahli PAS itu ialah seorang Islam dan sudah masuk akil baligh.
Dengan ini bermakna semua bangsa
boleh masuk menjadi ahli PAS asalkan orang itu Islam. Tetapi parti UMNO tidak
boleh masuk menjadi ahli walaupun seorang Islam kalau dianya tidak Bumiputra.
Buat akhirnya saya mengajak saudara
dan saudari Muslimin dan Muslimat marilah kita sama-sama mengajak diri kita
supaya rajin dan minat membaca serta mengambil faham dan membuat pertimbangan
jujur serta ikhlas kerana setiap amalan
kita [Perbuatan, perkataan dan niat] tidak ketinggalan semuanya dikira oleh
Allah S.W.T.
Sekian Inssa Allah kita akan
berjumpa lagi.
0 comments:
Post a Comment