TPM Berkunjung Ke Kelantan Temui Guru-guru Muda

>> Friday, November 9, 2012





GURU-GURU MUDA 1 MALAYSIA BERIKRAR DI HADAPAN TPM MUHYIDIN YASSIM


TPM , Tan Sri Muhyidin Yasin merangkap Menteri Pelajaran Malaysia melawat Kelantan Darulnaim pada hari Khamis, 8 November 2012. Salah satu daripada bebagai-bagai program beliau ketika berada di Kelantan ialah menyetai Himpunan Guru-guru Muda 1 Malaysia [gm1m].

Beliau telah berucap di himpunan tersebut yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Enggang, Kota Bharu.

Dalam ucapan tersebut, beliau antara lain menyebut tentang permasalahan pertukaran guru-guru, termasuk di Kelantan.

Katanya setiap tahun Kementeriaan menerima 20,000 permohonan, tapi Kementerian hanya meluluskan hanya sekitar tiga hingga empat peratus permohonan sahaja.

Beliau memberi tahu Kementarian menerima sebanyak 2,898 permohonan untuk bertukar ke Kelantan, tapi hanya 130 orang sahaja yang ingin bertukar keluar Kelantan.

narik

Kami difahamkan, yang menjadi persoalannya ada di antara guru-guru itu yang tidak puas hati dengan cara-cara pertukaran yang memang sedikit itu dilaksanakan oleh pihak yang berkuasa.
.
 
Justeru mereka menuntut pertukaran itu dilaksanakan dengan lebih wajar, lebih telus dan lebih adil.

Untuk memeriahkan majlis tersebut, pihak penganjur telah mengadakan berbagai-bagai aktiviti yang menarik, seperti berbabgai-bagai jenis permainan, kebudayaan dan pameran.


Di himpunan tersebut, guru-guru muda itu telah beramai-ramai membaca ikrar di hadapan TPM yang berbunyi:

“Kami Guru-guru muda 1 Malaysia berikrar mendukung cita-cita murni kerjaya guru dengan penuh tanggungjawab dan berintegriti tinggi.

“Kami berjanji dan bersemangat waja untuk mempertabatkan kualiti pendidikan negara sehingga bertaraf dunia.

“Kami juga menjiwai usaha kami untuk terus mencurah bakti kepada masyarakat dengan menjunjung Perlembagaan Negara dan menjadi pemacu Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara.

“Kami ikhlas dan komited menjadi peneraju pendidikan masa depan yang lebih kreatif, beridea hebat dan berinovasi tinggi.

“Guru Muda Hebat, gm1m Mantap.

“Terima Kasih Malaysia”.


END.Pr.Pr.Pr.Pr.Pr.PrEnd





0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP