Kembara Pertunangan
>> Sunday, March 20, 2011
KEMBARA PERTUNANGAN
Dalam masyarakat Melayu kita “meminang” adalah merupakan satu adat yang tak lapuk di hujan, tak lekang dik panas, ia terus berjalan dari sejak dahulu hingga sekarang, baik dalam masyarakat bandar mahupun masyarakat kampung.
Adat meminang ini berlangsung sebelum seorang lelaki melangsungkan perkahwinan atau pernikahan dengan seorang wanita. Biasanya yang meminang itu ialah pehak lelaki meminang pehak wanita.
Bermaksud daripada meminang itu ialah pehak lelaki meminta kebenaran atau persetujuan pehak perempuan untuk berkahwin atau bernikah dengannya.
Mengikut Imam Syafie bertunang itu hukumnya sunat. Dalam masa bertunang itu, lelaki lain tidak lagi boleh atau berhak untuk masuk meminang wanita yang telah dipinang itu.
Baginda Rasulullah bersabda, maksudnya, “Tidak halal bagi kamu penjualan di atas penjualan orang lain, dan tidak halal bagi kamu pertunangan di atas pertunangan orang lain”.
Dalam masa pertunangan itu bererti terbukanya peluang kepada kedua belah pehak lelaki dan perempuan untuk berkenalan dan mengenali hati budi antara satu sama lain, dari segi lahir dan batinnya.
Hadis Baginda Rasulullah s.a.w bermaksud, “Apabila salah seorang dari kamu bertunang, maka sekiranya dia boleh melihat wanita itu hingga membawa kepada kehendak atau kemahuannya untuk berkahwin, maka lakukanlah”.
Walau bagaimanapun pertunagan bukan merupakan teket untuk membolehkan kedua-dua orang lelaki dan wanita yang bertunang itu untuk duduk-duduk berdua-duaan, seperti berjalan-jalan, menonton filem, berboceng motosikal, naik kereta berdua-duan, pergi peknik, atau tinggal serumah berdua-duaan sebelum mereka bernikah atau diijabkabulkan, barulah halal kepada mereka berbuat demikian.
Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya, “Tidak halal seseorang lelaki duduk berdua-duan dengan seorang wanita yang tidak halal buatnya kecuali ditemani muharam, kerana pehak ketiga yang ada bersama dengan mereka ketika itu ialah syaitan”.
Tapi amalan yang buruk ini menjadi amalan kebanyakan anggota masyarakat kita hari ini, terutama di kalangan muda mudi, tanpa di halang oleh oran tua kedua belah pehak, walau pun perbuatan itu ditegah oleh agama, malah kebanyakannya pula digalakkan oleh orang-orang tua mereka tanpa merasa apa-apa kebimbangan.
Berhubung dengan adat pertunangan ini, pada hari Khamis 14 Rabiulawal 1432 bersamaan dengan 17 Mac 2011 yang lalu kami bersyukur kerana dapat menyertai rombongan pertunagan antara Ahmad Hazmin Halim, ringkasnya "Amin" dengan Maryam Husna di kediaman orang tuanya di Bangi, Selangor.
Semua keluarga saya, termasuk cucu-cucu yang masih kecil, kecuali seorang anak yang tinggal di Sabah ikut serta dalam rombongan lelaki menyertai majlis pertunangan itu.
Kami disambut oleh pehak perempuan dengan begitu meriahnya. Ramai juga sanak saudara mereka berkumpul meraikan majlis yang bersejarah itu.
Sebenarnya, keluarga Maryam Husna ini adalah terdiri dari keluarga di sebelah pieak Allahyarhmah isteri saya, Asiah Yaacob [semoga Allah cucuri rahmat ke atasnya], iaitu kakak kepada ibu “Amin” yang dipanggil “Wan Cik” dan sebutan ringkasnya “Acik”.
Selepas berlangsung majlis “kira bicara” yang penuh kemesraan di antara kedua keluarga, kami dijamu dengan hidangan nasi.
Seperti biasa, selain daripada bertukar-tukar cincin pertunangan, beberapa hadiah lain juga dihulurkan dan bertukar-tukar tangan, seperti kain, kek dan sebagainya yang diletak di atas pal yang menambahkan lagi keserian majlis tersebut.
Kadang-kadang bila melihat anak-anak gadis yang berjurus, terlintas juga nak cari menantu. Tapi tidak ada kekosongan lagi, semuanya telah dipenuhi, seorang menantu lelaki dan tiga orang menantu perempuan, dan lapan orang cucu. Alhamdulillah.
Setelah selesai majlis berkira bicara dan jamuan kami pun berpamitan, kerana anak saya sekeluarga akan bertolak balik ke Kota Bharu pada petang itu juga, dan kami pula akan menghadiri majlis pada sebelah malamnya.
Kami iringi dengan doa semoga kedua bakal pengantin dikurniakan Allah dengan kebahagian dari dunia hingga ke akhirat. Amin
j]
Bak kata orang.....
Tuan menyimpan sekuntum bunga
Bak intan di dalam peti
Kami menyimpan seekor kumbang
Sudah terpikat ke bunga tuan
Hendak menyunting intan tuan
Hendak bernaung di rumah ini
Hendak menyambung darah
Hendak mengikat tali keluarga.
Minta diterima hajat kami
ii]
Dari Kelantan kembara ke Marang
Singgah di Dungun beli melada
Kami ini beribu yang kurang
Harap diterima apa yang ada.
Dari Dungun kembara ke Pekan
Kampung Ebeng tidak dilupakan
Jari sepuluh kami susun-susunkan
Ampun dan maaf kami pohonkan”.
Amin!
xxxxxx
Rahmat
Pautkan Iman.Hulurkan Sejambak Mahabah. Seuntai Kasih. Sekalung Harmoni.
0 comments:
Post a Comment