Masjid B. tasik Puteri Dan Tulisan Jawi

>> Sunday, December 5, 2010






Masjid Bandar Tasik Puteri Dan Tulisan Jawi

UMAT Islam yang tinggal di di sekitar Tasik Puteri, Rawang amatlah bertuah kerana mempunyai lebih dari sebuah masjid [walaupun tidak dinamakan masjid] untuk mereka beribadat, terutama solat lima waktu dan dan solat Jumaat. Salah sebuah daripadanya yang baru dibina yang terletak di atas aras yang agak tinggi, ialah Masjid Bandar Tasik Puteri.

Masjid ini boleh dikatakan sebuah masjid yang indah dan mempunyai kelengkapan yang baik untuk membolehkan anak mukimnya khususnya dan umat Islam amnya beribadat dengan lebih selesa; tinggal lagi, mereka mahu mengimarah masjid atau tidak? Apa yang saya dimaklumkan, pihak masjid sering menjalankan berbagai-bagai aktiviti untuk memberi ruang kepada anak-anak mukimnya mendalami ilmu agama.

Saya berharap pihak masjid dapat mempertingkatkan lagi usaha-usaha mereka untuk meninggikan syiar Islam menerusi masjid yang tersergam megah dan indah itu. Saya juga ingin mencadangkan supaya papan kenyataan nama masjid itu “Masjid Bandar Tasik Puteri” di tambah dengan tulisan jawi, seperti kebanyakan masjid yang terdapat di negara kita Malaysia, kerana buat waktu sekarang nama masjid itu hanya terdiri tulisan rumi sahaja.

Selain daripada tulisan jawi merupakan huruf Arab dan al-Quran, menggunakannya dalam tulisan itu juga merupakan penghargaan kita kepada bahasa al-Quran dan dapat mempertahankan huruf jawi daripada pupus di samping menggalakkan orang ramai mempelajari tulisan jawi yang begitu penting itu.


Di samping itu di bahagian hadapan pintu masjid itu masih belum ada nama Masjid Bandar Tasik Puteri yang diletak di mana-mana bahagiannya, baik dalam tulisan jawi atau rumi. Justeru itu alangkah baiknya jika di bahagian hadapan bangunan masjid itu diletakan dengan nama masjid tersebut “Masjid Bandar Tasik Puteri”. Hari ini orang-orang yang bukan menetap di Tasik Puteri, jika mereka bersolat di masjid itu, tidak mengetahui apakah sebenarnya nama masjid tersebut, terutama bagi mereka yang naik ikut pintu belakang dengan menggunakan tangga.

Saya lihat masih ada banyak ruang untuk meletakkan nama “Masjid Bandar Tasik Puteri” di bahagian hadapan pintu masjid itu, terutama di bagunannaya.

Sekian, harap mendapat pehatian jua. Terima kasih.



Renungilah:

-“Sesiapa berbicara dengan satu kalimah, sehingga dengan kalimah itu menjadi ketawa sahabat-sahabatnya, niscaya Allah akan menyeksanya kelak di dalam neraka”.Maksud Hadis.

-“Sesiapa melalui jalan di mana dia menuntut ilmu pada jalan itu niscaya Allah memudahkan baginya jalan menuju syurga”.HR:Muslim.

-“Sesiapa keluar untuk mencari ilmu, niscaya dia ada di dalam jihad fi sabilillah hingga dia kembali”. HR:Tirmizi.

Bisik Pondok Rahmat:
Pautkan Iman. Hulurkan Sejambak Mahabah. Seuntai Kasih. Sekalung Harmoni.

2 comments:

Anonymous December 5, 2010 at 11:25 AM  

Sokong Kawan. cintai tulisan jawi kerana ia identiti bani jawi.
http://www.info.sophia.ac.jp/SIAS/jawi-study/resources/photos.html

Pondok Rahmat December 21, 2010 at 2:09 PM  

Memang benar. Tapi malangnya tulisan jawi tidak mendapat pemuliharan yang sewajarnya,walaupun daripada institusi keagamaan.

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP