Berhati-hati Jangan Kena Rogol

>> Tuesday, December 7, 2010


Berhati-hati Jangan Kena Rogol
[Bahagian Tiga]


Menyedari kian meningkatnya kejadian rogol, maka sudah tentu wanita yang waras merasa gerun dan ingin mengetahui bagaimanakah caranya untuk mengelak dari me jadi mangsa rogol yang terkutuk itu? Apakah langkah-langkah yang perlu mereka ambil untuk mencegahnya daripada menjadi mangsa perogol yang ganas itu?

Berwaspada

Langkah pertama yang penting untuk diambil oleh kaum wanita, tanpa mengira usia mereka untuk mencegah daripada menjadi mangsa rogol ialah sentiasa awas dan waspada, baik di mana pun mereka berada, dan bila-bila masa sahaja.

Jangan Mudah Percaya

Sebagai wanita anda tidak boleh dengan mudah mempercayai sesiapa sahaja yang baru anda kenali, lebih-lebih lagi kaum lelaki yang panjang akal bicaranya untuk melakukan kejahatan.

Kajian menunjukkan hampir separuh daripada kejadian rogol adalah dilakukan oleh lelaki yang baharu sahaja dikenali, tapi telah diberikan kepercayaan penuh oleh mangsa rogol.

Dalam kontak ini sebagai seorang wanita anda jangan sama sekali mudah menerima pelawaan makan atau minum daripada orang-orang yang anda tidak betul-betul anda kenali, terutama lelaki yang baru anda temui di setesen-setesen bas atau di kaki-kaki lima.

Jangan dengan mudah membocing motosikal atau menaiki kenderaan orang-orang asing yang tidak anda kenali, walaupun orang itu kelihatan baik, wara’, simpati dan suka menolong, atau lelaki itu seorang tua, kerana berbagai-bagai kejadian telah membuktikan bahawa orang-orang tua pun tidak jarang menjadi perogol.

Kalau nasib tidak baik, orang yang anda sangka baik itu, akan melarikan anda ke sesuatu tempat yang terpencil dan selamat untuk mereka melakukan kerja terlaknat itu.

Nasib anda menjadi tambah malang, kiranya di dalam kenderaan itu atau di tempat di mana anda dilarikan itu sudah ada beberapa orang lelaki jahat yang sedia menungu untuk berkongsi meratah anda yang malang itu secara bergilir-gilir; melakukan kejahatan yang mungkin tidak pernah dilakukan di kalangan haiwan sekali pun.

Jangan percayakan mana-mana lelaki yang tidak benar-benar anda kenali dengan mengikut mereka pergi ke rumah, ke hotel-hotel dan sebagainya, kerana perbuatan itu boleh mendedahkan anda untuk menjadi mangsa perogolan.

Andainya berlaku perogolan dalam keadaan demikian ia akan menambah kesulitan kepada pihak berkuasa untuk membuktikan di mahkamah nanti bahawa perogolan telah berlaku sedangkan anda rela mengikut lelaki itu ke rumah ataupun ke hotel-hotel. Perkara ini akan menjadi satu hujah kepada pehak pembela untuk membuktikan anak guamannya tidak bersalah.
.
Anda jangan sama sekali berada atau melalui tempat sunyi yang tidak selamat seorang diri, terutama pada waktu malam. Kalau terpaksa juga berbuat demikian, bawalah teman atau teman-teman yang boleh dipercayai bersama-sama dengan anda. Walau bagaimanapun daripada seorang, lebih baik berdua.

Berkenderaan

Ketika anda memandu kereta sendirian, baik siang ataupun lebih-lebih lagi malam cermin tingkap hendaklah ditutup, dan tingkap hendakah dikunci, kerana jika dibiarkan terbuka atau tidak berkunci, ia membuka peluang kepada para penjenayah, termasuk perogol untuk menerpa masuk bila anda berhenti, termasuklah di lampu isyarat jalan yang berkebetulan merah.

Jika di dalam perjalanan, tiba-tiba berlaku kemalangan, anda hendaklah berhati-hati supaya tidak segera membuka cermin atau membuka pintunya, atau segera turun dari kenderaan, kerana dibimbangi kemalangan itu senghaja dirancang oleh para penjenayah, baik perompak, penyamun, pencabul atau perogol untuk memerangkap anda ke dalam perangkap jenayah yang memang mereka rancangkan. Awaslah.

Justeru itu bila kenderaan anda terlibat dalam sesuatu kemalangan, berusahalah terlebih dahulu menghubungi pihak polis atau sesiapa sahaja yang boleh anda percayai sebelum membuka tingkap kenderaan atau turun dari kenderaan yang mungkin akan membahayakan diri anda.

Sebelum menaiki kenderaan, terutama yang anda letakkan di tempat-tempat awam, anda hendaklah mempastikan terlebih dahulu tidak ada orang yang mencuri masuk dan bersembunyi di bahagian belakang kereta anda untuk menganinya ada bila anda memasukinya.

Di tempat Kediaman

Amatlah penting kepada anda untuk mempastikan tempat kediaman anda berada dalam keadaan yang selamat, antaranya pintu atau tingkap rumah hendaklah mempunyai penyelak pintu yang elok, dan semua tingkap hendaklah di pasang dengan gril yang selamat.

Pastikan pintu rumah sentiasa berkunci, dan janganlah segera membuka pintu rumah, terutama kepada anda yang tinggal sendirian jika didatangi oleh orang yang tidak dikenali atau dikenali tapi diragui kejujurannya, seperti penjual berkeliling, kerana dikhuatiri mereka bukan penjual sebenarnya, tapi penjenayah yang menyamar; ataupun mereka sebenarnya penjual, tapi tiba-tiba kemasukan syaitan lalu bertukar menjadi perogol bila melihat anda sendirian.

Andainya rumah anda berpagar, pastikan pintu pagar sentiasa berkunci demi keselamatan anda, walaupun ia mungkin menyusahkan anda untuk membukanya bila anak-anak pulang dari sekolah atau suami pulang dari kerja. Keselamatan anda lebih utama dari kesusahan anda yang tidak seberapa itu.

Setiap kali keluar rumah, kaum wanita dinasihati supaya membawa sesuatu bersama mereka sebagai perisai keselamatan, sesuatu yang tidak menjadi kesalahan dari segi undng-undang seperti sekaki payung, penyembur serbuk lada dan sebagainya dari bahan-bahan yang boleh digunakan ketika daruat.

Dari segi keselamtan diri adalah amat berguna kiranya semua kaum wanita mempelajari sesuatu ilmu mempertahan diri, seperti silat pancak yang amat berguna jika dia tiba-tiba diserang oleh penjenayah yang selalu menunggu peluang di mana-mana sahaja.

Yang amat penting ialah menerapkan nilai agama kepada setiap anggota keluarga untuk mencegah lelaki daripada menjadi penjenayah dan mencegah wanita daripada mudah terjebak dalam kes rogol yang berpunca daripada ketandusan nilai-nilai agama.

Mengikut kajian, kebanyakan mereka yang terlibat dalam kes jenayah seksual adalah terdiri daripada keluarga yang bersifat kebendaan atau ketandusan didikan agama.

Anda dinasihat berhati-hati terhadap orang-orang anda kenali sekalipun, baik lelaki ataupun wanita yang belum benar-benar teruji akan kejujurannya, kerana mereka mungkin menyimpan sikap jahat, dengki dan iri hati terhadap anda, dan akan bertindak secara halus untuk memusnahkan anda, seperti mempergunakan jin, hantu dan syaitan [sihir] untuk menganinya anda.

Dalam hal ini seorang wanita mungkin menjadi tali barut kepada mana-mana lelaki yang bermkasud jahat terhadap anda dengan mengambil kerja upahan atau secara sukarela melakukan persekongkolan dengan mana-mana lelaki yang jahat itu semata-mata untuk melihat kemusnahan anda.

Tegasnya anda hendaklah sentiasa awas dan waspada. Tidak salah berbaik sangka terhadap seseorang, tapi anda tidak boleh tidur dalam sangkaan baik itu, sehingga membuka peluang atau kesempatan kepada orang untuk mengkhianati anda. Berawas dan berwaspadalah dalam berbaik sangka!

Menghadapi Perogol

Walau bagaimanapun, sekiranya seseorang wanita tiba-tiba berhadapan dengan perogol, minta djauhkan Allah, beberapa tindakan perlu dilakukan untuk keselamatan diri anda.

Anda hendaklah mejerit sekuat hati meminta pertolongan, sambil melarikan diri ke arah orang ramai, bukan sebaliknya melarikan diri ke tempat sunyi atau ke tempat tidak berorang.

Anda dinasihatkan jangan panik, dan perhatikan baik-baik wajah penyerang anda itu, dan perhatikan jika ada tanda-tanda khusus pada badannya. Pengecaman ini amat besar gunanya nanti untuk membantu penyiasatan yang akan dilakukan oleh pihak berkuasa jika anda terpaksa menjadi mangsa.

Pakaian yang anda pakai ketika peristiwa buruk itu berlaku amatlah penting untuk membantu penyiasatan yang akan dilakukan oleh pihak polis. Justeru itu pakaian itu hendaknya jangan dibuang atau dibasuh

Anda hendaklah ingat laporan doktor juga amat penting sebagai bahan bukti yang berguna untuk tujuan pendakwaan nanti, bila perogol telah diberkas dan didakwa di mahkamah.

Anda hendaklah melakukan perlawanan sedaya upaya anda dalam keadaan yang genting itu, seperti melakukan pergelutan yang sengit, dan kalau boleh meninggalkan bekas atau kesan pada bahagian badan perogol itu, atau menarik rambutnya hingga putus. Ia amat besar gunanya untuk membantu pihak polis dalam penyiasatannya nanti.

Adalah dipercayai, di masa-masa yang lalu, kira-kira separuh daripada mangsa percubaan merogol dapat melepaskan diri mereka daripada dirogol kerana mereka melakukan perlawanan ataupun pergelutan.

Justeru itu, jika anda bersikap terlalu panik dan memejamkan mata anda, ianya tidaklah berguna malah boleh merugikan anda bila perkara buruk ini dibawa ke atas nanti untuk diambil tindakan. Malah ia mungkin memberi peluang kepada perogol untuk bertindak lebih ganas dan lebih bersifat kebinatangan.

Biasanya para perogol tidak membawa senjata merbahaya bersama mereka, tidak seperti para perompak atau penyamun, kerana mereka sebenarnya lebih banyak menunggu peluang yang terbuka untuk melakukan serangan hendap terhadap kaum wanita yang cuai.

Justeru itu elaklah melakukan kecuaian yang akan membuat anda menyesal seumur hidup nanti.

Di samping itu, jika anda telah melakukan perlawanan yang semampunya, ia akan membuat anda merasa tidak begitu kecewa di kemudian hari, kerana anda telah melakukan perlawanan, tapi tidak berjaya. Justeru itu anda kurang merasa tertekan dan dapat menerimanya sebagai satu hakikat hidup yang telah menjadi suratan takdir kepada anda.

Sekian.Semoga Allah menyelamatkan kita semua.
xxxx
Renungilah:

-“Sesiapa yang mengambil sejengkal dari jalan orang-orang Islam, niscaya ia datang pada hari kiamat dengan dibebani tujuh lapis bumi”. HR:Thabarani.
Xxxxxxxxx

-“Tidak seorang Muslim pun yang menanam tanaman kecuali apa yang dimakan daripadanya menjadi sedekah baginya, dan apa yang dicari padanya merupakan sedekah baginya, dan tidak mengurangi seseorang itu daripadanya melainkan menjadi sedekah baginya”.H:Muslim.
xxxxxxx

Bisik Pondok Rahmat:ginya”.

Pautkan Iman.Hulurkan Sejambak Mahabah.Seuntai Kasih.Sekalung Harmoni.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP