>> Sunday, September 1, 2019
TINGKAP PUISI
[11]
Rosnah Abdullah
LAHIRLAH SUDAH
Lama sebelum engkau dilahirkan
Tersebutlah berita dalam kitab suci Injil
Akan datang seorang Nabi bernama Ahmad
Yang akan memimpin umat kemudian hari
Di dada insan bertanya-tanya bilakah lahirnya?
Manusia besar pengubah jagat
Ah! Sudah jemu rasa batin kami
Hidup di bawah gelita malam
Di antara kesesatan, kezaliman dan penindasan.
Bilakah saatnya pembebasan itu datang?
Dan nun di sana 12 Rabiulawal
Di tahun gajah
Lahirlah sudah
Seorang Nabi penyudah
Membawa bersama al-Quran
Sinar menerangi
insan
Hari ini jisinmu tiada lagi
Di antara kami
Tapi roh semaianmu tumbuh merata
Berpijak susssbur pada hati setiap muslim
Menjadi harapan di tegah-tengah asa tiada
Biarpun manusia kufur engkau diejek selalu
Tapi bagi muslim sejati ajaranmu
Jadi pedoman merubah rohnya zaman
Supaya kembali ke jalanmu asli.
ROSNAH ABDULLAH
XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXxxxx
Khabar Gembira
51 Tahun Yang Lalu, Pada 6 Jun 1968 [1388 Hijriah],
Akhbar MINGUAN KOTA BHARU Telah Mengadan Sayembara Deklamasi Sajak Dan Sambutan
Maulud Nabi S.A.W bertempat di Padang Merdeka, Kota Bharu. Seramai 34 Penyair
Dan Deklamator Muda, Lelaki Dan Perempuan Mengambil Bahagian. Dalam Acara Itu Yaaaang
Mendapat Sambutan Yang Luar Biasa Dari
Masyarakat. InsyaAlah Saya Bercadang Untuk Menyiarkan Puisi-Puisi Tersebut
Dalam Blog Pondok Rahmat Sebagai Satu Rakaman Sejarah Sastra Tanah Air.
Sukacita dimaklumkan Bahawa Ada Di Antara Penyair-Penyair itu Telah Kembali
Kerahmatullah. Sekian Sambutlah Salam Hormat Dari Saya. Mohammed Zain Saleh
[Razin M.S].
XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXxxxxx
Kg. Parit, Kubang Siput, Pasir Tumboh,
Kota Bharu Kelantan, Darulnaim
1 September 2019
/1 Mahram 1441
Kg. Parit, PT Kota
Bharu
Kelantan Darulnaim
13 Ogos 2019
/12 Muharam1440
0 comments:
Post a Comment