MAMBONG DI KELANTAN, SAYONG DI PERAK, HASILKAN SERAMIK
>> Thursday, September 19, 2019
MAMBONG DIKELANTAN DAN SAYONG DI PERAK
LABU ialah
sejenis tumbuhan menjalar yang buahnya boleh dimakan setelah dimasak. Ada dua
jenis labu, iaitu lbu kuning, orang Kelantan panggil Labu Pungi, dan
sejenis labu lagi, ialah Labu Air yang
bentuk dan isinya berbeza dengan labu kuning. Kegunaannya juga berbeza.
Labu-labu ini dari jenis tumbuhan asli yang hidup di atas bumi seperti tumbuh-tumbuhan yang lain juga. Di samping itu ada sejenis labu lagi, iaitu labu tiruan yang direka khas oleh manuisa sebagai alat untuk kegunaan mereka.
Labu tiruan
ini direka oleh manusia diperbuat daripada seramik tanah liat. Rupanya
seakan-akan labu pungi. Ia digunakan sebagai bekas untuk mengisi air minum,
sepeti botol air. Air dala bekas labu ini diperam semalaman, dan bila diminum
keesokkan harinya akan terasa dingin
menyegarkan.
Biasanya
orang-orang di Malaysia memanggilnya Labu Sayong, kerana asalnya ia diperbuat
ditempat bernama Sayong di Negeri Perak.
Bagi orang Kelantan
tidak ada nama yang khas untuk Labu Sayong, selain dikatakan labu bekas air.
Saya suka memanggilnya Labu Isiair.
Labu Isiair
ini diperbuat daripada sramik khas yang
terdapat di kampung-kampung Sayong. Di
Perak ada lima Kampung Sayong, iaitu Kampung Sayong Lembah, Kampung Sayong
Tengah, Kampung Sayong Tebing, Kampung Sayong Hulu.
Anak saya,
Ahmad Syaibani Zaini bersama kelarganya dalam kembara silaturahimnya ke Perak baru-baru ini telah singgah di Kampung Sayong,
Kuala Kangar dan singhah membeli sedikit
barang-brang seramik yang di jual di gerai di situ, termasuk sebuah Labug
Sayong untuk saya.
Saya
sekarang mempunyai dua buah Labu Isiair, satu berwarna hitam dan satu berwarna
merah yng baru dibeli itu.
Di Kampung
saya, Kampung Salor dulu juga terdapat sejenis tanah liat di tebing Sungai
Kelantan. Tanah liat banyak terdapat di Pengkalan Pak Lat, yang terletak arah
ke Ulu, kira-kira setengah kilo daripada Pengkalan Kedai Salor jika menyusur
jalan gigi air. Pak Lat adalah seorang guru al Quran, dan salah seorang guru al
Quran kami.
Saya masa kanak-kanak dulu dari masa ke masa ketika mandi-manda bersama-sama kawan akan pergi mengambil tanah liat itu untuk dibuat puling iaitu sejenis alat musik tradisional yang diperbuat dari tanah liat.
Biasanya
saya membuatnya dalam bentuk seekor burung yang kasar, di dalamnya perut perut
burung itu dironggakan dan diekornya dilubangkan untuk ditiup. Di atasnya
dibuat beberapa lubang kecil yang dipetik ketika puling ditiup untuk membuat
bunyi puling itu berlagu seperti serunai ketika ditiup.
Untuk kelihataan lebih cantik bahagian luarnya dicoreng dengan lakaran tertentu seperti dua biji mata, sayapnya dan sebagainya dengan menggunakan getah pokok sena.
Tapi saya tidak pernah melihat orang-orang tua atau dewasa mengambil tanah liat itu, dan saya tidak pasti adakah tanah-tanah liat itu terdapat lagi di situ sekarang , dan saya juga tidak ingat bagaimana saya boleh mengambil dan menggunakan tanah-tanah liat itu untuk puling dan sebagainya, serta saya juga tidak ingat siapa pula yang memberitahu di situ ada tanah liat.
Dalam
perkembangan terakhirnya tanah-tanah liat itu tidak lagi semata-mata diperbuat
berbentuk labu untuk mengisi air, tapi diperbuat dalam berbabagi-bagai rupa dan
bentuk dipasarkan, sebagaimana terdapat pada hari ini.
Mengikut pengamatan saya, Labu Sayong ini ada dua jenis mututnya, iaitu sejenis bila di peram air di dalam air, ia tidak sejat dan basah di bahagian luar, tapi ada sejenis lagi bila dimasukkan air, ia akan sejat membasah bahagian luarnya. Justeru jika hendak diletak di atas meja kenalah dialas pinggan atau piring di bawahnya.
Ini berlaku
kerana satu elemen telah tidak dipergunakan untuk menahan air daripada sejat
keluar.
Mambong
Di Kuala
Krai, Kelantan terdapat sebuah kampung
yang terkenal sebagai pengeluar bahan-bahan sermik dari tanah liat.
Kampong itu
ialah Kampung Mambong,yang terletak di pinggir Sungai Kelantan, dalam Jajahan
Kuala Krai. Untuk sampai ke Mambong kena naik perahu atau bot yang mengambil
masa kira-kira 45 minit dari Tangga Kuala Krai [ dulunya dipanggil Tangga Bradley],
Kuala Krai, sejauh 18 kilometer.
Di kiri
kanan sungai itu kita dapat melihat tumbuh-tumbuhan yang menghijau yang
menyegarkan mata memandang.
Saya pernah sampai ke Mambong bersama rombongan bekas Menteri Besar Kelantan, Gemulah Datok Hj.Mohamed Yaacob dan melihat sendiri bagaimana bahan-bahan sermik itu diproses dan juga merakam fotonya.
Di antara
barang-barang sermik yang diproses di situ ialah pasu, buyung, belanga, bekas
air minu, cetung [koler], gelas, pasu bunga, kukusan, iaitu alat untuk mengukus
dan sebagainya.
Penduduk
Mambong memperolehi bekalan tanah liat yang diambil daripada Kampung Bahagia,
kira-kira 15 minit perjalanan dari situ. Walaupun di tempat-tempat lain
terdapat tanah-tanah liat, tapi tanah liat itu tidaklah bermutu seperti tanah
liat Kampung Bahagia yang berkilat.
Pada masa
dulu kami juga menggunakan belanga untuk memasak ikan singgan dan pasu untuk
mengisi garam, mengadunm tepung gandum dan mengasah ubat pada bahagian belakang
tapaknya yang agak melengkong.
Ikan singgan
yang dimasak dengan belanga tanah ini baunya mewangi jika dibandingkan dengan
dimasak dalam periuk biasa.
Pada masa
dulu bahan-bahan kraftangan sermik dari Mambong ini dapat dibeli di pasar lama Kota
Bharu, dan di pasar lama Pasir Mas, tapi sekarang saya tidak pasti masih ada
lagi atau tidak. Beberapa tahun yang lalu, di pasar lama Kuala Krai di tingkat
atasnya juga ada sebuah gerai yang menjual barang-barang sermik Mambong tersebut,
tapi sekarang saya tidak pasti lagi, kerana sudah lama saya tidak ke sana.
Walau bagaimanapun di pondok kami, masih ada sebahagian daripada barang-barang tersebut, seperti belanga dan pasu.
Walau
bagaimanapun semua pehak terutama kerajaan Negeri Kelantan dan agensi-agensinya
yang berkaitan hendaklah mengambil berat mempastikan kraftangan sermik ini
tidak berkubur begitu sahaja di bumi Kelantan.
Kampung Parit, Pasir Tumboh,
Kota Bharu, Kelantan Darulnaim.
19 September 2019
/19 Muharam 1441
0 comments:
Post a Comment