KEMANGKATAN SULTAN ISMAIL PETRA

>> Sunday, September 29, 2019







KEMANGKATAN KDYMM SULTAN ISMAIL PETRA IBNI ALMARHUM SULTAN YAHYA PETRA








SULTAN Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra telah mangkat pada hari Sabtu 28 Septembar 2019 bersamaan dengan 29 Maharam 1441.


Baginda diputerakan  pada 11 November 1949 di Istana Jahar, Kota Bharu oleh bondanya Raja Perempuan Tengku Zainab Ibni Almarhum Tengku Muhammad Petra.


Baginda adalah putera bongsu tunggal kepada Almarhum KDYMM Sultan Yahya Petra Ibni Almarhum Sultan Ibrahim.


Baginda dikurniakan dengan gelaran YTM Tengku Mahkota Kelantan pada 11 November 1967 oleh ayahanda baginda Sulan Yahya Petra.


Almarhum telah berkahwin dengan KDYMM Tengku Anis Binti Tengku Abdul Hamid pada 4 Disember 1968 di Istana Kota Lama, Kota Bharu, bonda kepada empat orang anak.


Mereka ialah Tengku Muhammad Faris Petra,[Sultan Kelantan sekarang], Tengku Muhammad Faiz Petra,[Tengku Mahkota sekarang], Tengku Muhammad Fakry Petra dan Tengku Amalin A’Ishah Petri.


Almarhum Sultan Ismail Petra ditabal menjadi Sultan Negeri Kelantan Darulnaim yang ke 28 dengan gelaran Sutan Ismail Petra pada 30 Mac 1979 selepas kemangkatan ayahanda Baginda Sultan Yahya Petra sebagai Yang Dipertuan Agong Malaysia,dan dimahkotakan pada 30 Mac 1980.






Baginda Sultan Ismail Petra mangkat di Wad Diraja  Hospital Raja Perempuan Zainab 11 Kota Bharu pada pukul 8.11 minit pagi dalam usia 70 tahun setelah sekian lama gering.


Jenazah Almarhum diletak di Istana Balai Besar untuk istiadat penghormatan terakhir kepada seluruh rakyat negeri ini.


Kemudian jenazah almarhum diarak dengan pedati khas yang ditarik oleh anggota-anggota tentera untuk dimakamkan di Makam Diraja Langgar Kota Bharu selepas Asar pada sebelah petangnya.

Istiadat pemakaman telah bermula pada pukul 6.40 petang. Isteri Alarhum, Tengku Aniis Tengku Abdul Hamid, dan semua putera-putera baginda hadir di majlis pemakaman itu, iaitu Tengku Muhmmad Faris Petra [Sultan Kelantan sekarang], Tengku Muhammad Fa-iz Petra [Tengku Mahkota sekarang],Tengku Muhammad Fakry Petra.

Turut berangkat ke istiadat pemakaman itu ialah sultan Brunei,Sultan Hassanal Bolkiah.


Baginda memerintah Kelantan dari 30 Mac 1979 sehingga 13 September 2019 setelah beliau jatuh gering.


Baginda diganti oleh putera sulung baginda Tengku Muhammad Faris Petra bergelar Sultan Muhammad Kelima.


Berita kemangkatan baginda Almarhum Sultan Ismail Petra itu disambut dengan sedih oleh seluruh rakyat Kelantan.


Seluruh rakyat negeri Kelantan, baik kakitangan kerajaan atau rakyat jelata berkabung selama 40 hari atas kemangkatan baginda itu.




Sementara kerabat-kerabat diraja, pegawai-pegawai dan kakitangan-kakitangan istana berkabung selama 100 hari.

Di samping itu, Kerajaan Negeri Kelantan telah mengistiyarkan cuti peristiwa selama dua hari, mulai hari Ahad hingga Isnin sebagai menghormati perkabungan tersbut.


Di samping itu seluruh masjid-masjid dan surau-surau di negeri ini akan  mengadakan majlis tahlil selepas Maghrib selama 7 hari berturut-turut.


Semoga Allah cucuri rahmat Nya ke atas Almarhum Sultan Ismail Petra.


Demikianlah sekadar rakaman singkat sebahagian dari sudut sejarah negeri Kelantan Darulnaim dari penulis.


Kg. Parit, Pasir Tumboh,
Kota Bharu Kelantan Darulnaim.
29 September 2019
/29 Maharam 1441.

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP