DIALOG IBLIS

>> Wednesday, September 25, 2019






DIALOG IBLIS







Siapakah Syaitan?


Syaitan adalah makhluk Allah yang dijadikan oleh Allah dari api.


Syaitan adalah musuh ketat makhluk manusia yang sentiasa berusaha keras sepanjang waktu untuk memperdayakan manausia melakukan keingkaran kepada perintah Allah supaya masuk bersamanya ke dalam neraka yang menyala.


Allah berfirman, 


“Sungguh syaitan itu musuh bagmu, maka jadikanlah dia musuh, sebenarnya dia hanya menyeru  golongannya supaya menjadi penghuni neraka”. Fathir [35]: 6.


Sesungguhnya sejak diusir dari syurga hingga ke saat ini iblis laknatullah hanya memain peranan untuk menyesatkan manusia untuk mengheretkan mereka bersamanya ke dalam neraka.


Penciptaan Adam


Setelah Allah selesai menciptakan Adam, manusia pertama, maka berfirmanlah Allah kepada malaikat supaya sujud kepada Adam. Semua malaikat sujud kecuali iblis [bapa jin] yang sombong yang menyebabkan dia menjadi kafir laknatnatullah. Iblis adalah makhluk yang  pertama menjadi kafir.


Allah berfirman kepada iblis bertanya kenapa dia tidak sujud kepada Adam sebagaimana diperintahkan Nya. Iblis dengan sombongya menjawab, dia lebih  baik dari Adam, kerana dia diciptakan dari api, sedangkan Adam dicipta dari tanah.


Justeru kerana kesombongan itu iblis diperintahkan meninggalkan syurga.


Allah mengusir iblis dari syurga dalam keadaan terhina dengan ancaman barang siapa mengikut iblis dia akan dimasukkan ke dalam neraka bersama dengan iblis.


Iblis lalu memohon kepada Allah supaya dia diberikan penempohan waktu hingga hari berbangkit, dan permohonannya diperkenankan  oleh Allah SWT.


Iblis seterusnya berkata justeru Allah telah menyesatkannya dia berjanji akan sentiasa menghalang  manusia  dari jalan Allah  yang lurus. Katanya dia akan mengepung mereka   dari arah depan,  belakang, kanan dan dari kiri yang menyebabkan kebanyakan mereka tidak bersyukur kapada Allah.


Pada waktu itu Adam dan isterinya Hawa masih berada di Syurga yang penuh dengan kenikmqtan. Allah memberi keizinan kepada mereka untuk memakan apa sahaja yang mereka ingini yang terdapat dalam  Syurga, tapi Allah melarang mereka mendekati sejenis pohon, dan jika mereka mendekatinya mereka menjadi orang yang zalim.


Iblis yang telah dihalau keluar dari syurga itu telah berjaya dengan tipu dayanya menyelinap masuk ke syurga, dan telah berjaya mengecek Adam dan Hawa, maka kedua-duanya telah terpedaya memakan buah terlarang itu, akibatnya mereka juga  telah diperintah meninggalkan syurga dan turun ke dunia. Adam bertaubat dan taubatnya diterima Allah.


Dialog Iblis Dan Allah

oo
Setelah diturunkan dari syurga iblis telah memohon berbagai-bagai kemudahan daripada Allah, iaitu kemudahan yang sama dengan kemudahan yang dikurniakan Allah keapda manusia.


Maka berlakulah dialog antara iblis dan Allah lebih kurang sebagaimana berikut:


Iblis: Engkau telah turunkan aku ke bumi dan menjadikan aku rajim [kena rejam], adakanlah rumah bagiku.


Tuhan: Rumahmu tempat mandi.


Iblis: Adakanlah bagiku tempat duduk.


Tuhan: Tempat dudukmu adalah pasar-pasar perniagaan dan persimpangan-persimpangan jalan.


Iblis: Adakanlah bagiku makanan.


Tuhan: Makananmu ialah mana yang tidak didahuli dengan sebutan nama Allah.


Iblis: Adakanlah bagiku minuman.


Tuhan: Minumanmu ialah semua yang memabukkan.


Iblis: Adakanlah bagiku mu’azzin.


Tuhan: Mu’azzinmu adalah serunai.


Iblis: Adakanlah bagiku Quran.


Tuhan: Quranmu adalah sya’ir.


Iblis: Adakanlah bagiku kitab.


Tuhan: Kitabmu adalah cap di kulit badan.


Iblis: Adakanlah bagiku hadis.


Tuhan: Hadismu adalah berdusta.


Iblis: Adakanlah bagi alat-alat  dan perangkap.


Tuhan: Alat-alat memburu dan perangkapmu adalah perempuan.


Begitu banyak yang dipohon oleh Iblis, dan semuanya dikurniakan oleh Allah dengan sinis yang membawa kemudaratan.


Hadis riwayat Thabarani. Dialog ini terdapat dalam  Panyakit-penyakit Hati oleh Al-Imam Al-Ghazzali, saringan Muhd Labib Ahmad.


Dialog Antara Dua Syaitan



Ada sebuah kisah menceritakan pertemuan antara dua syaitan, iaitu syaitan kurus dan syaitan gendut. Berlangsunglah dialog singkat antara keduanya menceritakan pengalaman  peribadi masing-masing.


Dialog di antara syaitan kurus dan syaitan gemuk itu lebih kurang seperti berikut:
Syaitan gendut: Kenapakah kamu menjadi kurus kering seperti ini?


Syaitan kurus: Aku tinggal bersama-sama dengan manusia yang sentiasa mengingat Allah. Ketika masuk rumah dia menyebut “Bismillah”, dan apabila makan ia mengucapkan “Bismillah”. Justeru ucapannya itu aku menjadi kurus kering seperti ini”.


Syaiatn gendut: Aku bernasib baik kerana tinggal di rumah orang yang tidak tahu apa-apa. Justeru itu aku menyertainya pada makanannya, pakaiannya dan pergaulannya. Akhinya aku menaiki tengkoknya seperti aku menaiki kenderaan sahaja”.


Demikian dialog syaitan gendut dengan syaitan kurus yang di dalamnya terselit suatu pengajaran yang penting kepada kita bahawa setiap perkara yang hendak kita lakukan hendaklah menyebut nama Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang untuk mendapat keberkatan Nya.


Justeru selalulah memohon perlindungan dari Allah Yang Maha Kuasa, sebagaimana Allah memerintah Rasulullah saw memohon perlindungan kepada Nya daripada bisikian syaitan dalam firman Nya yang bermaksud:


Dan katakanlah, “Wahai Tuhanku, aku berlindung kepada Mu dari  bisikan-bisikan  syaitan . 


Dan aku berlindung kepada Mu, wahai Tuhan ku, supaya syaitan-syaitan itu tidak menghampiriku”. – al Mu’minun [23]:97-98.




Kg. Parit, Pasir Tumboh,
Kota Bharu Kelantan Darulnaim,
25 September 2019
/25 Muharam 1441.





0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP