CIKGU SHAFI'I SALEH PULANG KE PANGKUAN ILAHI
>> Friday, September 6, 2019
CIKGU
SHAFI'I SALEH PULANG KE PANGKUAN ILAHI
Allahyarham Hj. Shafi'i [duduk] bersama adiknya Maarof
Cik Gu Shafi'i Saleh, seorang guru dan penulis vetran telah menghembus nafas terakhir pada kira-kira pukul 11.00 pagi, hari Khamis 5 September 2019 bersamaan dengan 5 Muharam 1441, di Hospital Raja Perempuan Zainab 1, dalam usia kira-kira 90 tahun.
Pada suatu ketika dalam hayatnya beliau aktif
menulis rencana untuk akhbar Berita Harian dengan mengguna nama M.S.Shafi'i dan
untuk majalah beliau menggunakan nama samaran Teleskop Utara.
Beliau juga pernah menjadi salah seorang Ahli
Jawatankuasa Persatuan Penulis-Penulis Kelantan [PPK] pada peringkat awal
bersama dengan rakan-rakan beliau antaranya S. Osman Kelantan, Cik Gu Zakaria,
Alias Harun, Ashari Muhammad, Cik Gu Abdullah, Ustaz Rafie Hj Taib dan
lain-lain.
Ahmad Faris Zaini Di sisi Katil Bapa Saudaranya
Beliau dilahirkan 86 tahun yang lalu di Kampung Salor, Kota Bharu oleh ibunya Maimunah bte Ismail. Beliau mempunyai 9 orang adik beradik, iaitu gemulah Khadijah Saleh [surirumah], Shafi'i Saleh [pendidik], gemulah Ariffin Saleh [pendidik], gemulah Zubaidah Saleh [pendidik], Mohamed Zain Saleh [penulis sepenuh masa], gemulah Sofiah Saleh [pendidik], Cik Maarof Saleh [pegawai kerajaan], Shamsudin Saleh [kakitangan kerajaan], dan Maryam Saleh [pendidik].
Laluan Ke wad
xxxxxxxx
Hari itu, Khamis, 5 September 2019 bersamaan
dengan 5 Muharam 1441,Saya menaiki kereta yang dipandu oleh anak saya, Ahmad
Faris Zaini.
Tujuan kami ialah hendak pergi ke Hospial Raja
Perempuan Zainab 1, di pusat bandar Kota Bharu. Pada masa itu abang saya,
Shafiee Saleh ditempatkan dalam sebuah wad di hospital tersebut.
Sudah lebih dari dua minggu beliau bermaustutin
di situ. Beliau dimasukkan ke wad tersebut kerana patah pangkal peha akibat
terjatuh dalam bilik tidurnya pada suatu hari. Beliau dipercayai terjatuh
kerana serangan “stroke” atau lintasan.
Mengikut pemeriksaan doktor, di dalam kepalanya
terdapat seketul darah beku.
Seperti biasa tempat parking amat terbatas di
sekitar Hospital RPZ. Kami terpakasa berpusing beberapa kali-kali dalam
lingkungan yang jauh untuk mencari parking. Alhamdulillah akhirnya kami
mendapat sebuah parking walapun terletak agak jauh dari hospital, di Jalan Abdul
Kadir Adabi. Kami berjalan kaki dalam cuaca yang mulai menerik panas itu neuju
ke hospital.
Nasib baik bila tiba di hospital pengawal wad
yang bertugas mengizinkan kami masuk setelah diterangkan bahawa pihak doktor
meminta saudara-mara datang menjengok pesakit yang dikatakan terlantar dalam
keadaan nazak di atas katil di salah sebuah wad di situ.
Bila kami sampai ke katil pesakit, iaitu abang
saya, beliau berada dalam keadaan yang menyulitkan. Dalam mulut ada tiub, dan
di bahagian badan yang lain dipasang alat pembantu pernafasan, dan tiub
memasukkan air, sementara sebelah kakinya yang patah itu diregang.
Beliau juga berada dalam koma, tidak bergerak-gerak. Keadaannya amat membimbangkan.
Dharawani [Kak Wani] yang berada di situ menjaga
ayahnya memberitahu ayahnya sejak semalam mengalami kekurangan oksijan dan
terpaksa menggunakan bantuan oksijan yang dimasukkan dengan tiub ke dalam
paru-parunya. Dia menunjukkan kepada kami sejenis alat penanda aras oksijan yang berada di
sisi katil pesakit yang memang dalam aras yang rendah.
Sebenarnya sejak abang saya dimasukkan ke wad
itu sudah lima pembedahan tulang pehanya terpaksa dibatalkan, kerana beberapa
sebab, antaranya kerana kekurangan garam,jangkitan kuman dan kerana masalah
jantung.
Beliau pernah mengalamai pembedahan jantung
lama dulu di di Institut Jantung Negara [IJN] kerana memperbaiki injab
jantungnya yang rosak. Pembedahan itu berjaya.
Sejurus kemudian seorang doktor datang memberitahu kami brtiga secara
ringkas sitiwasi yang dihadapi oleh pesakit, antaranya penyakit-penyakit yang
dihadapinya yang menyulitkan mereka untuk melakukan operasi ke atas beliau.
Setelah merasa kami memahaminya beliau pun
berlalu.
Tidak lama kemudian keadaan menjadi gawat,
doktor dan juru-juru bergegas ke katil pesakit, dengan membawa tong gas dan
lain-lain peralatan. Kemudian langsir ditutup mengeliling katil pesakit ditutup.
Kemdian doktor tadi datang lagi memberitahu
kami apa yang berlaku ke atas pesakit dan mereka sedang berusaha untuk
menyelamatkannya. Saya difahamkan mereka sedang melakukan CPR [cardiopulmonary
resuscitation] untuk membantu jantung pesakit.
Kami merasa begitu kecemasan dan berdoa kepada
Allah untuk keselamatan beliau.
Kira-kira setengah jam kemudian doktor tadi
keluar dari sebalik langsir katil dan datang mendekati kami yang berada di tepi
langsir dan membertahu antara lain berapa jenis penyakit yang dihadapi oleh
pesakit, terutama sekali jangkitan kuman yang mungkin telah merebak ke
organ-organ yang lain, kerana daya tahan badannya telah mrosot kerana usianya
dan juga kerana masalah jantungnya. Katanya mereka telah berusaha sehabis daya usaha
untuk menyelamatkan pesakit.
Beliau tidak terus memberitahu natijah dari usaha
mereka untuk menyelamatkan pesakit,
selain mengatakan mereka telah melakukan sedaya upaya untuk menolongnya.
Beliau nampaknya teragak-agak untuk mengatakan
sesuatu, maka salah seorang dari kami pun lantas bertanya, “adakah pesakit
telah “tiada”, sambil memandangkan ke arah katir yang masih bertutup tirai.
Belliau mengiakan, kemudian berlalu pergi.
Terima kasih doktor.
Jenazah telah selamat diuruskan di hospital
RPZ, dan bila selesai dibawa balik ke kediaman di Taman Guru, Jenazah
disolatkan di masjid Taman Guru selepas solat Asar dan dikebumikan di
perkuburan Taman Guru
Demikianlah perginya seorang hamba Allah ke
pangkuan Nya dan diringi dengan doa semoga ianya mendapat limpahan rahmat Nya yang
abadi.
Dari Allah kita datang, kepada Allah kita
kembali.
Innalillhahi wa inna Ilhaihi rajion.
Kg.Parit, PT.
Kota
Bharu Kelantan Darulnaim.
6 September
l2019
/6
Muharam 1441.
0 comments:
Post a Comment