ADAKAH KITA AMANAH?
>> Wednesday, September 4, 2019
ADAKAH ANDA
SEORANG AMANAH?
Persahabatan Djalin Atas Amanah
PERNAHKAH kita menanyakan diri kita sendiri adakah kita seorang yang amanah? Pernahkah kita merasakan kesangsian terhadap amanah kita sendiri, sebagaimana kita sering menyangsikan sikap amanah,jujur dan ikhlas orang lain?
Amanah adalah salah satu sikap
atau akhlak yang penting dalam Islam. Setiap
orang Islam diwajibkan memiliki sikap amanah. Tanpa sikap amanah seseorang itu bukan
sahaja dianggap tidak berakhlak Islam, malah dia dianggap tidak beriman atau
tidak beragama.
Allah memerintah manusia supaya
bersikap amanah. Dalam Kitab Suci al-Quran Allah Taala berfirman, maksudnya:
“Sesungguh Allah
menyuruhmu menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya, dan apabila kamu
menetapkan hukum di antara manusia henddaklah kamu menetapkannya dengan
adil. Sungguh, Allah sebaik-baik yang
memberi pengajaran kepadamu. Sungguh Allah Maha Mendengar, Maha Melihat”.
An-Nisa’ [4]: 58.
Baginda Rasulullah SAW bersabda,
maksudnya:
“Tidak beriman
kepada orang yang tidak amanah dan tiada agama bagi orang yang janjinya tidak
dapat dipegang”.
Sabda Baginda SAW lagi, maksudnya:
“Empat perkara
apabila ada padamu, tidak akan merugikan lepasnya segala sesuatu dari dunia
daripadamu, iaitu memelihara amanah, turut kata yang benar, akhlak yang baik,
dan bersih dari tamak”.
Amanah adalah salah satu daripada
empat sifat para Nabi Rasul yang agung dan luhur. Empat sifat itu ialah Shiddiq
[jujur], amanah [boleh dipercayai], tabligh [menyampaikan wahyu] dan fatanah [cerdas].
Amanah para Nabi ialah menyampaikan
segala perintah dan larangan-larangan Allah dengan jujur, tanpa mengubahnya
atau menambah atau mengurangkanya mengikut sesuka hati.
Amanah adalah sikap yang mesti
diamalkan sepanjang masa di sepanjang hayat seseorang Muslim. Tidak kira di
mana tempatnya, dan bila waktunya. Dengan itu barulah iman dan takwanya
terjamin, tidak tergelincir dari jalannya yang benar.
Justeru itu amanah mencangkuk
pengertian yang amat lebar malah meliputi dalam semua sudut kehidupan, kerana
itu pelaksaannya amatlah berat dan getir.
Dalam hal ini, segala
barang-barang, baik kecil ataupun besar yang dipertaruhkan orang kepada kita
buat sementara, hendaklah kita serahkan kembali kepada empunyanya atau
orang-orang yang berhak menerimanya bila tempoh yang dijanjikan telah sampai.
Amanah itu amat penting dalam
bidang keagamaan. Malah Islam sendiri sebagai agama ialah merupakan amanah
kepada para pemelknya. Pada mulanya amanah ini dipikul oleh para nabi dan para
rasul yang berjuang dengan gigih untuk menengak dan mengenmbang Islam sebuah
agama yang diredhai Alah. Amanah para nabi dan rasul ini telah disepurnakan
oleh Rasulullah SAW, iaitu Nabi dan Rasul terakhir
Kemudian setelah Rasulullah SAW
wafat, amanah Islam ini diwarisi dan
dipikul pula oleh para ulama dan setiap orang Islam di mana setiap mereka
bertanggungjawab untuk menegakkan agama Islam yang diredhai Allah ini.
Para alim ulamak, yang mendalami
siluk biluk agama Islam bertanggungjawab memikul amanah untuk menyampaikan kepada
manusia tentang Islam. Mereka yang tidak berbuat demikian atau engan berbuat
demikian atau senghaja untuk menyembunyikannya bererti tidak amanah, dan ini
merupakan satu pengkhianatan kepada agama Allah.
Memikul amanah ini amatlah
beratnya. Allah berfirman dalam Surah al-Ahzab [33], ayat 72 maksudnya:
“Sesungguhnya
Kami telah menawarkan amanah kepada langit, bumi dan gunung-ganang, tetapi
semuanya enggan untuk memikul amanah itu dan mereka khawatir tidak akan
melaksanakannya, lalu dipikul amanah itu oleh manusia. Sungguh manusia itu
sangat zalim dan sangat bodoh".Al-Ahzab [33]: 72.
Amanah Di mana-mana
Amanah yang dipikul oleh manusia ini akan diminta pertanggungjawabnya oleh Allah di Akhirat nanti.
Manusia juga memikul
tanggungjawab sepenuhnya ke atas dirinya sendiri, dari segi lahir dan batinya,
atau dari segi rohani dan jasmaninya. Anggota-anggota badanya, seperti kepala,
mata, telinga, mulut, tangan, perut, kaki dan semuanynya adalah merupakan
amanah penting yang perlu dijaga sepanjang masa dengan sebaik-baiknya.
Manusia yang hidup mempunya
anggota jasmani itu memikul amanah berat untuk menjaganya dengan sewajarnya
pula supaya sentiasa berada alam keadaan yang baik dan sihat untuk memboleh ia
melaksanakan segala tanggungjawab yang dipikulnya dan juga mematuhi segala
perintah Allah.
Justeru itu setiap orang perlu
menjaga segala peraturan kesihatan yang perlu, teruama makan dan minumnya. Dia
bukan sahaja perlu menikmati makanan yang sedap dan berzat, tapi juga perlu
mengelak daripada menikmati makanan-makanan kotor dan makanan yang boleh merosakkan
jasmnai, seperti arak dan dadah dan segala bahan beracun.
Di samping itu makanan dan
minuman itu mesti pula bersih dan suci dari segi rohaninya, seperti
barang-barang yang tidak diperolei daripada kerja-kerja haram atau tidak
bermoral, seperti hasil daripada perjudian, peraswahan, penipuan, penjualan
barang-barang haram dan sebagainya.
Tegasnya kita hendaklah sentiasa
mematuhi segala peraturan-peraturan kesihatan yang wajar lahir dan batinnya
untuk hidup dengan sihat. Nasihat-nasihat doktor tidak boleh kitas cerobohi
sesuka hati kerana menurut hawa nafsu kita.
Anggota-sanggota jasmani inilah
merupakan sangkar di mana terletaknya hati dan otak kita yang amat penting
kepada manusia walaupun hakikat kerjanya tidak dapat dilihat dengan mata kasar,
kecuali kesan-kesan dari tindakannya itu, baik atau buruk, berfaedah atau tidak
berfaedahnya akan nyata terbentang.
Hati amatlah penting dijaga
supaya sentiasa berada dalam keadaan
yang suci dan bersih, dan diisi dengan iman yang murni kepada Allah
Taala.
Sementara akal dan fikiran pula
hendaklah sentiasa dijaga supaya tetap berada di atas landasan yang lurus
Menuju kepada Allah Taala. Kita
hendakah selalu berhati-hati dengan akal kerana makhluk yang sering menipu daya
untuk menggelicirkan manusia dari jalan Allah yang benar dan lurus. Tapi hati
tidak!
Dengan akal dan hati yang suci
dan bersih,maka sudah pasti sifat amanah itu akan berada bersama-samanya
berserta dengan iman dan taqwa.
Di samping itu segala nikmat yang
dikurniakan Allah Taala kepada kita hendaklah kita gunakan sebaik mungkin di
jalan yang diredhai Allah. Segala nikmat yang Allah Taala kurniakan itu, baik
berupa harta benda, kekayaan, kesihatan, anak-pinak dan semuanya hendakah
diuruskan dengan sebaik dan sewajarnya kerana ianya merupakan amanah Allah
kepada kita.
Andainya harta benda dan kekayaan yang Allah Taala kurniakan kepada seseorang itu tidak dipergunakan dengan sewajarnya di jalan Allah, seperti untuk membeli keseronakan dunia, berzina, minum arak dan sebagainya maka bererti mereka orang yang tidak amanah yang dicela dan akan menerima pembalasannya di Akhirat nanti.
Justeru itu andainya anda
dikurniakan dengan rezeki yang melimpah-ruah, memiliki harta kekayaan yang
berlebihan, hendaklah dipergunakan dengan sebaik mungkin, seperti menghulurkan
derma dan sedekah kepada mereka yang memerlukannnya. Itulah jalan Allah untuk
menuju keredhaan Nya.
Dalam kehidupan berumahtangga
juga mempunyai banyak amanah yang perlu dijaga sepanjang masa. Umpamanya
rahsia suami isteri perlu dijaga dan
tidak wajar didedhkan kepada orang lain.
Isteri atau suami merupakan
sebahagian daripada amanah keluarga yang amat perlu dijaga dengan
sebaik-baiknya megikut kaedah hukum Islam. Suami mesti amanah kepada isteri,
dan isteri pula mesti amanah kepada
suami.
Anak-anak juga merupakan kurniaan
Allah kepada hamba-hamba Nya yang merupakan amanah yang wajib dijaga dengan
sewajarnya mengikut garis-garis panduan Islam. Anak-anak perlu dididik untuk
menjadi manusia yang beriman dan betaqwa yang sentiasa menjunjung segala
perintah Allah Taala di mana sahaja mereka berada selagi hayat dikandung badan.
Allah berfirman,maksudnya:
“Wahai
orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhinati Allah dan juga Rasul [juga] janganlah kamu
mengkhianati amanah yang dipercayakan kepadamu, sedang kamu mengetahui. Hendaklah
kamu ingat bahawa harta benda dan anak-anak kamu itu hanyalah dugaan dan ujian
semata-mata . Sesungguhnya di sisi Allah ganjaran pahalayang amat besar”.
Al-Anfal al-Anfal [8] 27-28.
Kita juga mesti amanah terhadap
orang lain, baik keluarga, sahabat-handai, jiran tetanggan dan sebagainya. Jangan
mengkhianati mereka, melaga-lagakan mereka, memfitnahkan mereka,
memburuk-burukkan mereka, menganinya dan menzalami mereka dengan apa cara
sekalipun. Andainya kita mengetahui
rahsia mereka secara tidak langsung
atau mengetahuinya dari mulut mereka sendiri kerana percayakan kita, hendaklah
kita menjaga amanah itu dengan sebaik-baiknya. Tidak boleh dijaja ke sana ke
mari sesuka hati kita, lebih-lebih lagi kiranya rahsia itu boleh mengaibkan
atau memalukan mereka.
Baginda Rasulullah SAW pernah
memberitahu kepada para sahabat tentang beberapa dosa yang besar, sabda Baginda
SAW maksudnya:
“Menyekutukan
Allah dan derhaka kepada ibu bapa. Berhati-hatiah daripada perkataan dusta dan
kesaksian palsu”.
Negara di mana bumi tempat kita
berpijak dan langit tempat junjung wajib
kita jaga dengan sebaik-baiknya kerana
ianya merupakan satu amanah dari Allah Taala. Tanggungjawab ini dipikul bersama
oleh pemerintah atau pemimpin dan rakyat jelata sekaliannya.
Kenangkanlah berapa ramai di
dunia hari ini mereka yang tidak bernegara, hidup merempat dan menderita dengan segala penuh kepayahan
di negara asing
Para pemimpin dengan tugas mereka
yang penting dan khusus yang merupakan
amanah kepada mereka yang mesti dipikul. Umpamanya dalam urusan perlantikan
para pekerja atau para pegawai hendaklah dilantik dengan adil dan saksama, dan
tidak melantik orang-orang yang tidak layak untuk memegang sesuatu jawatan.
Sementara rakyat dengan tugas mereka yang tersendiri pula yang
merupakan amanah kepada mereka. Mereka mesti memberi bekerjsama untuk melaksanakan
tugas dan memain pernanan mereka dalam
membangun agama, bangsa dan negara sesuai dengan Islam.
Tegasnya kedua-dua pehak
mempunyai tugas dan tanggung jawab masing-masing yang penting terhadap, ugama,
bangsa dan negara.
Sesiapa yang mengenepikan
tanggungjawab ini, khususnya para pemimpin bererti mereka tidak amanah, tidak
bertanggungjawab dan tidak boleh dipercayai. Pemimpin-pemimpin yang korup, mementingkan diri, saudara-mara dan
puak-puak sendiri, pilih kasih dan sebagainya termasuk dalam golongan mereka
yang tidak amanah atau tidak boleh dipercayai. Mereka ini akan menerima
hukumannya yang setempal dari Allah di Akhirat nanti, malah mungkin juga di
dunia lagi mereka akan dirasakan ganjarannya. Oleh Allah Taala yng Maha Brkuasa
dan Maha Mengetahui.
Demikianlah sedikit peringatan
untuk kita semua dalam melayari kehidupan hari ini yang penuh aneka cabaran
yang pahit dan getir yang sering memesongkan kita dari jalan yang benar dan
lurus, baik kita sedar atau tidak sedari yang melupakan kita kepada iman, taqwa
dan amanah yang begitu penting kepada setiap Muslim untuk mencapai kebahagian
hidup di dunia dan akhirat.
Walau bagaimanapun beratnya tugas
memikul amanah itu, kita mesti berjaya jika kita mempunyai iman dan takqa yang
kukuh yang dibaringi dengan sifat ikhlas dan jujur, semata-mata kerana mencari
keredhaan Alah Taala.
Wassalam.
4 September 2019
/4 Muharam 1441
0 comments:
Post a Comment