REZEKI BULAN RAMADHAN KARIM

>> Saturday, May 11, 2019



REZEKI BULAN RAMADHAN KARIM
          
KELMARIN, empat Ramadhan, 1440 Hijriah  ertinya pada hari itu, sudah empat hari umat Islam menikmati ibadat puasa, salah satu dari rukun Islam yang lima.


Justeru ada sedikit keperluan, saya, anak saya, dan dua orang cucu keluar ke gedung-gedung mencari barangan yang diperlukan itu.


Hari masih pagi, kebetulan pula mata hari  tidak menampakkan wajahnya yang garang  kepanasan sebagai lumrahnya di musim ini ,namun begitu  bahang kehangatannya tetap terasa mengigit badan.


Kedai pertama yang kami tuju ialah Syarikat Jaafar Rawas, Tunjung Kota Bharu, kerana letaknya berhampiran dengan tempat kediaman kami, di Pasir Tumboh.


Waktu itu pelanggan masih belum ramai. Seperti biasa,  bila tiba bulan Ramadhan kami lihat bekalan buah kurma begitu banyak disediakan di Jaafar Rawas untuk para pelanggan membelinya. 

Buah kurma yang terdiri dari aneka nama dan jenis, dengan berbagai-bagai cita rasa dan harga yang beragam-ragam dipamerkan.


Pilih mana-mana yang anda berkenaan untuk dibeli, dimakan atau untuk disedekahkan kepada orang, seperti pada rakan sekerja, sahabat handai dan jiran tetangga.


Saya sukakan kurma madu yang basah keadaannya, isinya lembut dan kulitnya mudah dikoyakkan.


Saya sebenarnya tidak begitu lama di situ,. Masing-masing kami segera  memlih buku-buku dan buah kurma dan bahan-bahan lain yang diperlukan, yang kami berkenan untuk terus ke gedung yang lain pula mencari barang keperluan yang tidak ada di situ.


Saya berbaris dikaunter pemabayaran. Di hadapan saya ada dua orang, di hadapan sekali seorang wanita sedang membayar harga pembeliannya, dan diikuti oleh seorang lelaki yang berada  di hadapan saya.


Bila tiba giliran saya, saya menyerahkan barang yang saya ambil itu kepada kerani kewangan yang terus mengira harganya  dengan mesin kiraya sementara saya mengeluarkan wang dari dompet saya untuk menjelaskasn bayarannya.


Tapi belum sempat saya membayarnya, wanita tadi yang masih berada dekat situ, tiba-tiba memberitahu saya berkata,”Biar saya bayarkan hak pak cik tu ya”,dan beliau terus menghulurkan wangnya kepada kerani kewangan itu yang terus mengambilnya.


Saya merasa terkejut dengan kejadian yang tidak diduga itu. Setelah melihat wajahnya sejenak saya pun berkata, “Terimakasih Mek”. Perkataan “mek” ialah panggilan kepada wanita-wanita  Kelantan.


Saya merasa terpegun dengan tindakan wanita tersebut yang tidak saya kenli itu, dan terus bersyukur kepada Allah.


Ini adalah rezeki bulan Ramadhan, kata saya dalam hati.


Dalam pertemuan sejenang, ditangga bergerak saya sempat bertanya tempat tinggalnya, dan dia menjelaskan,dulunya beliau tinggal di sebuah kampung di Keterah, dan kini sudah berpindah ke Tumpat.


Dan sebelum iami berpisah  saya ucapankan lagi terimakasih kepada hamba Allah yang tidak saya kennali itu yang begitu pemurah hati terhadap saya.


Apa yang saya beli hari itu ialah, sekotak buah kurma dan dua buah buku, yang berjodol Keajaiban Kekayaan Dengan Bersabar Dan Bersyukur dan sebuah buku lagi berjodol Assalamualaikum,


Terlintas dalam benak saya, mungkin dengan pembelian buku itu, dan juga kejadian tersebut Allah memberi peringatan kepada saya supaya lebih bersabar dan bersuyukur dan lebih bersikap salam di masa-masa akan datang khusunya di bulan Ramadhan yang mulia ini.


Dan Allah juga berfirman, maksudnnya:
“Dan tidakkah mereka mengetahui bahawa Allah melapangkan rezeki bagi siapa yang Dia kehendai  dan membatasnya [bagi siapa yang Dia kehendaki]?. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda [kekuasaan Allah] bagi kaum yang beriman”[.39] az-Zumar:52.


Demikianlah secebis daripada pengalaman saya di awal Ramadhan yang mulia pada tahun ini, Hijiriah 1440..


Semoga Allah bermurah hati mengurniakan kepada kita semua dengan taufik, hadiah dan rahmat Nya yang melimpah dalam meniti kehidupan yang sentiasa diselimuti oleh onak dan duri berbisa yang sentiasa siapsiaga untuk mengancam jasmani dan ruhani kita andainya kita tidak mendapat bimbingan dan perlindungan dari Allah SWT.



Kg, Parit, Pasir Tumboh,
Kota Bharu.

10 Mei 2019.
[4 Ramadhan 1440].

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP