PENGALAMAN DI MAHKAMAH TINGGI SYARIAH KELANTAN
>> Wednesday, May 22, 2019
Di sinilah langit harapan seluruh ummah mendamba keadilan
Bersinar gemilang lampu kemuliaan
Di hati para pejuang keimanan
Tanpa terpalit dengan cela makhluk
Yang suka bersembunyi dalam kegelapan
Yang sesuka hati menerjah dan menerajang
Dengan kuasa, kekuataan dan emas berlian
bertaburan.
Di sinilah terpacaknya gunung harapan
Matahari memancar menjunjung
kebenaran
Dengan iman yang kebal dan utuh di sepanjang zaman
Menjulang kesucian dan kebenaran,
Bermata tajam menembusi tabir-tabir kegelapan zaman mencari kebenaran
Sentiasa tersandang di bahunya panji-panji keadilan
Berenang di laut bergelumbang dan
mendaki gunung tinggi mengawan
Keadilan dan kesucian tetap dipelihara
Simbol kebesaran jiwa seluruh zaman
Terpacak di pusat alam
Utuh selama-lamanya menuju keabadian
Ituah manusia Ilahi yang memikul mandat menegak keadilan
Sampai ke penghujung zaman,
Itulah Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Kelantan.
KISAH BERMULA
KISAH BERMULA dengan kematian sepupu saya, Che Mas bin Osman pada 26 Januari
2018.
Tidak lama selepas itu cucu-cucu Che Mas yang kami panggil Kak Nik Mas
meminta kami adik beradik menyerahkan
photostat ic kami kepada mereka dengan alasan untuk membuat urusan harta pusaka
nenek mereka yang meninggal itu.
Kami empat orang adik beradik, iaitu sepupu kepada si mati,Che Mas dan anak saudara kepada ayah si mati Osman yang sepatutnya mendapat bahagian daripada pusaka itu menyerahkan photostat ic itu kepada mereka.
Kami berempat adalah terdiri dari Shafii Salleh, Mohmmed Zain Saleh, CheMa'ruff Saleh dan Shamsuddin Salleh.
Ibu kepada cucu-cucunya itu,anak perempaun Cik Mas, iaitu Che Fatimah bte
Che Hassan telah meninggad dunia terlebih dahulu daripada ibunya Che Mas.
Setelah berbulan-bulan berlalu tidak ada khabar berita mengenai perkara tersebut dan ini menimbulkan pertanyaan kepada kami. Akibatnya adik-adik kami mengambil inisiatif membuat tinjaun berhubung dengan pusaka tersebut di egenis-egenis kewangan dan dan juga di egensi agama.
Pencarian kami itu menemuikan beberapa faktor yang ada kaitan dengan
perkara tersebut. Mereka telah menemui pusaka si mati terdapat di beberapa buah
institusi kewangan di negeri ini.
Pihak berkenaan memberitahu harta-harta si mati itu hanya boleh dikeluarkan dengan adanya Sijil Faraid yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa agama Islam di negeri ini.
Seterusnya adik-adik saya pergi ke institusi agama bertanya dengan lebih
lanjut mengenai Sistem Faraid itu. Setelah mejelaskan butir-butir yang mereka
perlukan, mereka memberitahu, Sijil Faraid Cik Mas itu telah dikeluarkan oleh
Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Kelantan.
Mengikut catatan pada sijil tersebut
ia telah dikeluarkan pada 4 Julai 2018 atas permohonan salah seorang
daripada sembilan orang cucu si mati Che Aida binti Che Ahmad.
Setelah menjelaskan bayaran yang diperlukan maka kami memperoleh satu
salinan Sijil Faraid yang sah. Yang keluarkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi
Syariah Negeri Kelantan, Dato’ Haji Abu Bakar bin Abdullah Kutty yang telah
menditilkan peratus-peratus pembahagian pusaka yang berhak dimiliki oleh kami
dan menyempurnakan wasiat wajibah yang berhak diterima oleh sembilan orang cucu
si mati mengikut perkiraan Faraid.
Bermula dari sini kami telah beberapa kali terpaksa naik turun e Mahkamah Tinggi
Syariah Negeri Kelantan untuk pembicaraan menyelesaikan kes itu.
Antaranya pada 17 Oktober 2018 hadir di Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu kerana urusan perlantikan Pentadbir Harta yang diperlukan oleh pihak tertentu.
Pada 22 Oktober 2018 di Unit Pembahagian Pusaka Kelantan Utara, Jabatan
Ketua Pengarah Tanah dan Galian, Negeri Kelantan.
Seterusnya pada pada 29 April 2019 pihak kami telah menyaman cucu-cucu si
mati di Mahkamah Syariah berhubung dengan harta pusaka tersebut.
Pada 20 Mei 2019 kami hadir di Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu untuk
sebutan kes saman terhadap kami oleh cucu-cucu si mati berhubung dengan harta
pusaka tersebut.
Sebutan kes itu tidak selesai pada hari itu dan mahkamah telah menetapkan
tarikhnya yang baru kira-kira sebulan lagi di mahkamah syariah yang sama.
Peguam kami Peguam Syarie, EncikYuslan bin Yusoph, dari Syarikat Peguam Meriam Yusoph & Co.
Kami berharap dan berdoa semoga kes pusaka ini dapat diselesaikan dengan aman,
adil saksama dan tidak memakan masa yang berlarutan panjang.InsyaAllah.
Kg.Kubang Siput,
Pt.Kota Bharu, Kelantan
17 Ramdhan 1440
22 Mei 2019
1 comments:
1 part lg tertinggal tu, bakpo tok story part hok gi tutup account Ambank...ambik pitih 25ribu sblm kes di sebut? Pandai2 gi wak tubik sdiri duit arwah. Menuntut keadilan sangat......puiiii
Post a Comment