BALAISAH LORONG MASJID KUBANG SIPUT DI BULAN RAMADHAN
>> Friday, May 17, 2019
BALAISAH KUBANG SIPUT DAN
RAHMAT BULAN RAMADHAN
“Barangsiapa melakukan solat pada malam Ramadhan dengan iman dan mengharap keredhaaaan Nya, maka dosa-dosannya yang telah lalu diampuni”. Sabda Junuunag SAW.
LUMRAHNYA ketibaan bulan Ramadhan yang mulia Allah SWT Yang Maha Pemurah mengurnikann aneka rahmat ke atas hamba-hamba Nya.
Pada bulan Ramadhan Karim balaisah di kampung kami menjadi hidup dan segar
dengan penduduk datang bersolat Isyak dan seterusnya menunai ibadat tarawih.
Biasanya selepas solat tarawih para jemaah dihidangkan dengan kueh-kueh yang disediakan oleh jemaah perempuan yang bersama-sama menunaikan perintah Allah.
Biasanya balaisah atau surau kami ini hampir sunyi dan sepi ditinggalkan
sendirian.
Ini adalah sebuah balaisah yang ada di sekitar kawasan perumahan di Lorong
Masjid Kubang Siput dan terletak hampir dengan kawasan kediaman kami.
Kami difahamkan madrasah ini telah berpuluh-puluh tahun dibina oleh Allahyarham Datok Hj.Mohamed Nasir, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang membina sebuah banglow yang cantik yang terletak berhampiran.
Kawasannya agak luas, dan berhampiran dengan balaisah itu pula ada
rumah-rumah sewa dan sebuah Tadeka KEMAS, tempat kanak-kanak mendapat
pendidikan awal mereka.
Tapi selepas beliau meninggal dunia, banglo dan tanah-tanah di mana
terdirinya balaisah dan rumah-rumah sewa itu telah dijual kepada Datok Saidi, seorang
usahawan yang berjaya.
Ketika kami mula-mula berhijrah ke sini kira-kira sepuluh tahun yang lalu
balaisah ini boleh dikatakan hidup, setiap malam ada jemaah solat Maghrib dan
Isyak, dan di waktu-waktu tertentu ada pula ceramah-ceramah agama oleh para
pendakwah jemputan.
Di waktu siang memang tidak digunakan untuk bersolat, kerana tidak ada penghuni, sebab semua orang keluar bekerja atau mencari rezaki.
Tapi akhirnya-akhirnya entah kenapa balaisah ini ditinggalkan sepi sendirian,
tidak lagi digunakan untuk bersolat
seperti biasa di waktu malam. Tidak ada siapa lagi mengindahkannya.
Kami difahamkan Datok Saidi juga pernah berusaha untuk memberi nafas baru
kepada balaisah itu, tapi entah kenapa sebabnya usaha yang mulia itu menjadi
tersangkut.
Namun sejak kebelakangan ini ada hamba Allah yang bertindak memberi
nafas kembali kepada balaisah yang
memiliki nyawa-nyawa ikan itu.
Beliau adalah dikenali sebagai Cik Gu Raja, bekas seorang guru yang pencen.
Cik Gu Raja Mamat bertindaak menjadi Imam balaisah dan sekali gus bertindak
menjaga balaisah tersebut, termasuk menjadi tukang bang atau muazim, membuka
pintu dan memasang lampu balisah dan sebagainya untuk berjemaah. Beliau dibantu
oleh Enc. Hanafi, seorang penduduk tempatan.
Dengan itu balaiasah tersebut mendapat nyawa kembali, walaupun aktivitinya
tidak dapat dijalankan setiap malam sebagaimana biasa di luar bulan puasa.
Kita harap balaisah ini akan terus bernafas walaupun bulan Ramadhan akan berlalu
nanti sementara menunggu ketibaan bulan Ramadhan tahun hadapan pula.
Syukur Alhamdulillah, Allah masih menyayangi balaisah ini dan mengizinkannya terus hidup walaupun hampir dilupakan.
Ya Allah janganlah Engkau biarkan balaisah ini roboh untuk selama-lamanya.
Terimakasih kepada Cik Gu Raja yang mengambil inisiatip untuk memberi nafas
kepada balaisah ini dengan keizinan Datok Saidi.
Syukran.
12 Ramadhan 1440
[17 Mei, 2019]
Kg. Parit, PT. Kota Bharu.
0 comments:
Post a Comment