NOSTALGIA MENYAMBUT PUASA DI KAMPUNG SALOR
>> Thursday, May 9, 2019
Foto sekadar hiassan
NOSTALGIA MENYAMBUT PUASA DI KAMPUNG SALOR
Ibu saya Allahyarhamah Maimunah.
Semoga Allah limpahi rahmat ke atasnya.
Setiap kali Ramdhan melabuhkan sayapnya, kenangan saya melangkau jauh ke suatu masa yang silam.
Kenangan saya akan
kembara ke kampung yang amat dekat di hati saya, iaitu Kampung Salor.
Di kampung itulah
saya diputerakan oleh bonda saya, Maimunah Ismail, dan di kampung itulah saya
membesar dan menjadi seorang dewasa.
Di situlah saya
menghabiskan masa kanak-kanak saya untuk menimba ilmu pengetahuan sebelum
melanjutkan pelajaran ke Maktab Sultan
Ismail di Kota Bharu.
Salah satu nostalgia
yang bermain-main dalam kepala saya ialah bila ketibaan bulan Ramadhan yang
mulia, baiaimana kami penduduk-penduduk Kg. Kedai Salor menyambutkan
ketibaannya.
Pada malam di mana
bulan Ramadhan dijangka tiba keesokan harinya, kaum ibu, termasuk ibu saya
mempunyai acara yang tersendiri.
Pada hari ini
kebanykan mereka akan menyediakan kueh-mueh untuk diedarkan kepada jiran-jiran
tetangga.
Anara kueh-meh yang
disediakan ialah ondeh-ondeh, petri mandi, gerodak telur, butir nangka, serabai
dan sebagainya, mengikut kesanggupan masing-masing.
Kueh-kueh itu diedar
sehari sebelum ketibaan bulan puasa dipastikan. Kiranya keesokan harinya puasa
masih belum juga tiba, tidaklah menjadi apa masalah.
Biasanya sayalah
yang menghantar makanan-makanan yang
dibuat oleh ibu itu kepada jiran-jiran di sekitar. Hanya ada setompok beberapa
rumah berjiran dengan rumah kami pada waktu itu.
Rumah-rumah itu yang
setakat yang ada dalam kepala saya ialah
selain dari rumah kami, Mak Su Munah P ak Chu Leh, ialah rumah Mak Som kakak
kepada ayah saya, rumah Mak Mah, [nasi kerabu], anak saudara ayah saya, rumah
Tok Daud Tok Bomoh, rumah Tok Awang Kak Nik Embong, rumah Cik Sefiah Pak Mat,
Rumah Pak Jah Som, dan sebuah rumah yang lupa nama penghuninya, rumah Minah dan
rumah Mok Cik Moh [rumah Raja Tijah], dan rumah Mok Wan Limah.
Kakak saya,
Allahyarhmah Zubaidah [Kak Dah] tidak tinggal bersama kami dari sejak kecil
lagi, tapi tinggal bersama nenek kami yang dipanggil Mok Mok Som.
Demikian juga salah
seorang daripada abang saya Allahyarhman Ariffin tidak tinggal bersama kami,
tapi kami tinggal bersama dengan emak saudara kami, Mok Minah emak kepada
Allahyarahmah jutawan Kak Nik Mas, sepupukami.
Bila solat Maghrib
telah selesai, kami, termasuk kanak-kanak pula bersiap sedia untuk mendengar peristiyaran
ketibaan bulan Ramadhan yang mulia.
Pada masa saya
kanak-kanak itu ada tiga cara penduduk-penduduk Kampung Salor mengetahui
pengumuman ketibaan bulan puasa.
Mendengar siaran radio
Malaya. Tapi oleh sebab waktu, itu di Kampung Salor tidak ada penduduk yang
memiliki radio, kecuali seorang yang tinggal jauh dari Kedai Salor, iaitu
berhampiran dengan Sekolah Kebangsaan Salor, dan di hadapan pintu Jalan Masuk
ke Kampung Jerulung. Saya dan beberapa orang akan biasanya pergi ke sana kalau
ingin mendengar siaran radio, terutama lagu-lagu pada waktu malam, sambil
duduk-duduk di sebuah gerai di tepi jalan di hadapan rumah tersebut. Biasanya
tuan rumah akan memasang radionnya dengan suara yang deras mungkin untuk
membolehkan kami menikmatinya.
Saya masih ingat
lagi salah sebuah lagu yang saya minati ialah “Cendera Wasih”.
Lain-lain cara ialah
mendengar bunyi beduk yang dipalukan berulang-ulang kali di Masjid Kampung
Salor yang menandakan besok telah puasa.
Selain dari bedok,
surau yang dipanggil “balaisah” Pohon Sagu, yang masih ada lagi hingga sekarang
memalu loceng besinya bertalu-talu. Loceng ini biasanya dipalu untuk menandakan
kemasukan waktu solat lima kali sehari semalam.
Ia sebenarnya bukan
sebuah loceng tapi sekeping besi berbentuk bulat yang berlubang di tengahnya
yang digantung kemudian dipalu dengan sebtang pemalu besi juga yang akan
mengeluarkan bunyi yang kuat.
Satu cara lagi untuk
mendengar pengumuan ketibaan bulan Ramadhan ialah yang lebih istimewa, ialah
menedengar bunyi tembakan meriam. Tembakan meriam itu dilepaskan dari Padang
Bank atau Padang Merdeka di Kota Bharu dan bunyinya akan bergema di sepanjang
Sungai Kelantan hingga sampai ke Kampung Salor, kira-kira sejauh dua belas batu
dari Kota Bharu mengikut jalan darat. Penduduk kampung yang terletak di pinggir
Sungai Kelantan itu pasti dapat mendengar bunyi “dom” memecah kesepian awal malam.
Setelah pasti besok
hari puasa, maka mana-mana mereka yang hendak solat tarawih pun bersia-siap
sedia untuk pergi ke masjid atau ke “balaisah”.Tapi kepada kami yang tinggal di
Kg. Kedai Salor lebih memilih balaisah kerana terletak dekat dengan kediamankami,
jika dibandingkan dengan masjid yang dipanggil “suarau”, yang terletaknya lebih
jauh.
Tapi bila kemasukan
elektrik dan kemudahan alat-alat komunikasi cara-cara itu tidak relevant lagi.
Demikianlah secebis
kenangan manis yang mewarni Kampung Kedai
Salor yang terus hidup merimbun di hati kami setiap kali menjelang Bulan Ramadhan yang mulia. Ia
sentiasa hidup dalam ingatan dan rona hidup yang seperti ini tidak mungkin lagi
dapat ditemui pada hari mutakhir ini akibat perubahan tempat, keadaan dan masa
yang terlalu pentas berlalu.
Saya harap pembaca
nostalgia ini, terutama warga Kg. Kedai Salor, khususnya mereka yang pernah
menjadi jiran-jiran saya dapat memperbaiki jika terdapat kesilapan atau
kekurangan faktor yang perlu ditambah untuk memori singkat ini.
9hb.Mei 2019
Kg.Kubang Siput,
Kota Bharu.
0 comments:
Post a Comment